Followers

Tuesday 5 June 2012

CERPEN: Sejernih Suria Dhuha


Suria dhuha memancar menerangi bumi. Cahaya  terang yang memancar langsung tidak menyakitkan mata. Malah menyenangkan sesiapa yang memandangnya. Pohon-pohon di sekeliling surau menari-nari gembira. Seolah-olah turut merasa gembira dengan kedatangan dhuha. Walaupun datangnya cuma sebentar, tetapi kehadirannya cukup bermakna buat pencinta kedamaian, ketenangan dan pencinta Ilahi..
     Aku membetulkan tudung yang aku pakai untuk pastikan tudungku ini betul-betul menutup auratku. Alhamdulillah. Allah SWT telah beri hidayah kepadaku. Tudung labuh inilah yang menjadikan aku jauh lebih baik berbanding dulu. Aku masih ingat kata-kata kakak naqibahku.
     “Jika kita mulakan dari luar, insyaAllah yang dalam akan berubah sedikit demi sedikit ke arah kebaikan. Contohnya apabila kita menutup aurat dengan sempurna seperti kita menyarungkan tudung labuh, jubah dan sarung kaki, pasti kita akan menjaga diri kita sendiri. Tidak mungkin dengan pakaian-pakaian sebegini kita akan menuju ke tempat-tempat maksiat. Cuba bayangkan pula jikalau kita tidak menutup aurat dengan sempurna. Pasti kita tidak akan segan untuk menuju ke tempat-tempat maksiat. Kemungkinan besar, kita susah nak menjaga hubungan lelaki dan perempuan. Yang paling penting, niat kita menyarungkan tudung labuh ini mesti betul. Mesti niat yang utama kerana Allah. Jangan pula niat kita untuk orang sekeliling memuji kita. Kerana Islam ini banyak bersandarkan kepada niat seseorang. Jika niat kita betul, insyaAllah tudung labuh inilah yang membantu menjaga kita dengan izinNya.”
     Kata-kata inilah yang membuka hatiku. Aku berhijrah bukan kerana kata-kata ini. Tetapi kerana Allah SWT. Allah SWT pernah berfirman yang bermaksud:
“Wahai nabi! Katakannlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin ‘hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka’ yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak diganggu, dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang” [al-Ahzab:59]
     Maka benarlah firman Allah ini. Selepas aku mula menyarungkan tudung labuh ke tubuhku, aku rasa lebih selamat. Perasaan yang sangat aneh dan masa yang sama perasaan yang sangat menyenangkan dan selesa menyelubungi diriku. Malah banyak lelaki yang tidak berani untuk mendekati aku lagi. Aku rasa betul-betul selamat! Maha Suci Allah. Hanya Allah yang tahu perasaan ini.
     “Assalammualaikum warahmatullah. Termenung jauh adik akak nie sampai tak perasan akak duduk sebelah dia.” Aku tersedar dari lamunan. Aku mengalihkan mukaku ke sebelah kiri. Kak Althafunnisa sedang memandangku dengan wajah berseri-seri. Seperti ada nur di wajahnya yang hitam manis itu. Benarlah kata ibuku, orang yang memakai tudung labuh dan banyak beramal soleh, mukanya akan sentiasa berseri-seri. Dialah kakak naqibahku. Selalu datang ke sekolah untuk  meluangkan masa  mengadakan usrah dengan adik-adik perempuan yang masih jahil dan ketagihan ilmu agama. Sementara menunggu keputusan SPM kak Altahfunnisa antara bekas pelajar yang sering datang ke sekolah untuk memberi  tarbiah kepada  aku dan rakan-rakan  seperjuanganku.
     “Wa’alaiksalam warahmatullah. Maaf kak. Ana tak perasan akak datang. Ana tengah fikir. Betapa indahnya menyarungkan tudung labuh ini.”
     Kak Althafunnisa tersenyum sambil membetulkan kedudukannya. Aku dapat merasai angin di waktu dhuha ini sedang membelai-belai pipiku. Terasa indah dan nyaman sekali. Aku tahu, kak Altahfunnisa juga merasai perasaan dan keadaan yang sama. Indahnya memakai tudung labuh ini tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
     “Adik nak tahu? Sebenarnya pakaian yang kita pakai juga berkait rapat dengan iman kita. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda. Baginda memberitahu bahawa syurga itu khusus untuk mereka yang beriman sahaja. Iman ini, kalau hilang 1, maka jadi kosonglah iman seseorang. Adik nak tau apa kaitan pakaian dan iman?”
Kak Althafunnisa mengajukan soalan kepadaku. Aku dapat merasai ada pengisian menarik yang akan diberikan kak Althafunnisa kepadaku. Aku menukar posisi menghadap ke kak Altahfunnisa dan menggelengkan kepalaku. Tanda tidak tahu.
   “Aiwah. Rukun iman ada 6. Percaya pada Allah, Rasul, kitab, malaikat, hari akhirat dan qadak dan qadar. Yang pertama, jika mengaku beriman kepada Allah, maka patuhilah perintah menutup aurat dan jauhi larangan mendedahkan aurat. Ke dua, jika mengaku beriman kepada Rasul  iaitu Muhammad SAW, maka patuhilah sunnah menutup aurat yang telah diterapkan oleh baginda. Modelnya telah wujud sekian lama  dan telah dipraktikkan oleh isteri-isteri baginda. Ke tiga, jika mengaku beriman kepada kitab iaitu kitab al-Quran, semestinya kita akan memahami dan mengamalkan anjuran menutup aurat yang telah termaktub dalam al-Quran. Ke 4, jika mengaku beriman kepada malaikat, pasti kita akan sedar bahawa malaikat Raqib dan Atid sentiasa ada di sisi merekodkan dalam buku amalan sama ada seseorang itu menutup aurat atau tidak. Jika kita mengaku beriman kepada hari akhirat, adakah kita masih berani melanggar arahan yang akan menghumban diri ke dalam neraka jahanam? Begitulah sebaliknya, mematuhi arahan pula akan menjadi sebab mempu menikmati rahmat Allah di dalam syurga yang sungguh indah. Dan yang terakhir, jika kita mengaku beriman kepada qadak dan qadar, jangan disangka jika ditakdirkan lahir dalam keluarga atau berada dalam suasana yang tidak islamik menjadi alasan untuk tidak menutup aurat. Fahamilah sebenar-benarnya di balik tabir qada dan qadar, setiap manusia ada potensi untuk berubah ke arah yang lebih baik.”
     MasyaAllah. Maha Suci Allah! Tidak pernah terlintas perkara ini sepanjang hidupku. Aku betul-betul teruja dengan pengisian kali ini.
     “Adikku sayang, adik pun tahu kan perintah Allah ini bukan untuk menzalimi kaum hawa. Tapi sebaliknya. Dia ingin menjaga kita. Allah tak pernah menzalimi kita sayang. Betapa baiknya Allah. Betapa Allah sangat menjaga kita.” Aku cuba hadamkan semua pengisian kak Althafunnisa. Kali ini aku lebih berlapang dada untuk istiqomah untuk memakai tudung labuh.
     “Kak Nisa, bagaimana pula ana nak menghadapi orang-orang yang menggelarkan ana sebagai ustazah, alim, dan warak?” Sudah lama aku pendamkan persoalan ini. Kali ini baru terdetik di hatiku. Hal ini kerana ramai orang di sekelilingku menggelarkan aku sebegitu.
     “Ucapkanlah ‘Aminn ya Robb’. Bukankah itu satu doa buat adik dari mereka? Kenapa nak rasa malu dan segan dengan perkataan alim, warak? Bagi akak, bila ada yang berkata begitu, adalah satu doa buat kita. Tetapi jawapan sebaiknya, katakanlah pada mereka ‘saya hanya patuh pada apa yang Allah perintahkan buat hamba-hambaNya’”
     Subhanallah! Aku tersenyum puas. Terlalu banyak kelebihan apabila memakai tudung labuh ini. Sampai ke sudut orang mahu mengejek kita pun boleh jadi satu doa. Subhanallah!
     “Tapi ingat ya, apabila kita memakai pakaian muslimah ini, kita juga perlu bawa imej islamik dalam akhlak dan ibadah kita. Kalau tak boleh, kita mula buat sikit-sikit. Yang penting adalah cuba untuk ikhlas.” Sambung kak Althafunnisa.
“Subhanallah. Syukran lillah. Pengisian yang sangat-sangat membuka minda ana. Ana ubbuki fillah!” aku terus memeluk kak Althafunnisa. Kak Alttahfunnisa hanya terseyum senang.
     “Ana uhibbuki fillah Kaman. Afwan lillah sayang. Akak hanya kongsikan ilmu akak yang sedikit ini. Semuanya datang dari Allah. Bersyukurlah kepadaNya. Ingat ya sayang, pakaian muslimah yang sebenar adalah pakaian yang boleh dibawa dalam solat.” Aku meleraikan pelukanku sambil mengangguk.
     “Jom masuk dalam, kita solat sunat dhuha.” Sambung kak Althafunnisa sambil bangun dan menarik tanganku. Aku mengikuti langkah kak Althafunnisa. Memandang  wajahnya sering buat aku berasa tenang. Indahnya ukhuwah dalam Islam.
     “Wajahnya manis bertudung labuh , sejernih suria dhuha, itulah dia muslimah Islam.” Hatiku berbisik senang.

No comments:

Post a Comment