Followers

Tuesday 17 July 2012

Dia mencintaiku kerana Allah SWT..

Assalammualaikum warahmatullah..
    Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyayang..
  alhamdulillah.. segala puji bagi Allah atas kenikmatan yang diberikan kepada kita.. walau banyak kemungkaran yang kita lakukan kepadaNya... Allah tetap mahu berikan kita pelbagai nikmat yang kita tak boleh nak menghitungnya.. Subhanallah... betapa Allah kasihkan hamba-hambaNya..

Selama ini ku mencari-cari teman yang sejati buat menemani perjuangan suci,
bersyukur kini padaMu Ilahi, teman yang dicari selama ini telah ku temui,
dengannya di sisi, perjuangan ini senang diharungi betambah murni kasih Ilahi..
 


masih terngiang-ngiang lagu bertajuk Teman Sejati nyanyian Brothers..

apabila teringatkan sahabat ana ini.. pasti ana akan tersenyum sendiri.. hadirnya di sisi ana, selalu membuatkan ana semangat untuk menjadi muslimah yang kuat mengharungi ujian demi ujian dalam hidup ini..

malah, dialah yang membuatkan ana lebih bersemangat untuk memakai pakaian muslimah yang sebenar-benarnya.. walaupun ana jarang berjumpa dengannya, tapi kasih ana terhadapnya tetap utuh dan kuat kerana  Allah.. ana tahu.. dia juga begitu..

pernah terjadi satu peristiwa yang membuatkan ana yakin akan cintanya terhadap ana...
masa itu, ada satu peristiwa yang membuatkan ana menangis dihadapannya... air mata ana mengalir tanpa ana sengajakan.. sebab ana tak sanggup nak tahan luka di hati.. bagai dihiris-hiris dengan pisau yang berbisa.. mungkin itu adalah kali pertama dia melihat ana menangis di hadapannya... dia juga terdiam saat itu... mungkin kerana tidak mahu memburukkan keadaan... selepas itu.. dia suruh ana bertenang.. and buat kerja ana dulu... semasa ana sibuk buat kerja ana... dia tuliskan ana sesuatu... ana sangat-sangat terharu... dia adalah salah seorang yang selalu membangkitkan semangat ana.. yang selalu membuat air mata ana menitis kerana terharu akan perhatiannya terhadap ana...

sahabat.. ana minta izin untuk kongsikan surat yang ente tulis untuk ana... ana tau ente akan baca blog ana juga kan?? semoga kasih sayang kita ini menjadi benih untuk sahabat-sahabat lain meyuburkan cinta mereka kerana Allah... insyaAllah..

"Ukhti...
walaupun kita bertudung labuh, orang tetap nak cari kesalahan kita.. selalunya tudung labuh dilabel baik dan alim.. disebabkan inilah mereka nak sangat-sangat jatuhkan kita..
ana sekarang nie di pihak ente..
kalau ente betul ana di sebelah ente..
kalau ente yang salah, ana masih di sebelah ente.. tetapi ente perlu perbetulkan keadaan, jangan sia-siakan kepercayaan ana kepada ente..


ente mesti pernah tau apa yang ana nak tulis nie..
- lollipop tu cover diri dia dari lalat dan semut...
- susah sangat lollipop tu nak jaga diri dia daripada hurungan semut and lalat.. itu sebab dia tau, ada tuan yang akan beli dia dengan senyuman dan kata.. 'MANISNYA!~'

sama juga dengan kita yang bertudung labuh, kita sangat susah untuk jaga diri kita daripada anasir-anasir kat luar, tohmahan, hinaan dan paling teruk, fitnah..

tapi, kuatkan semangat..
Allah sedang tengok kita berusaha..
Allah akan bagi ganjaran atas mana usaha kita..

Iman dan hati ana, naik dan turun..
kadang-kadang nak pakai tudung labuh, kadang-kadang nak pakai yang pendek..
tapi ana tetapkan hati..
tudung labuh itu Allah suka..
no tabarruj itu Allah suka..
istiqomah itu Allah suka..

Yelah, memang penat, ana pun penat: penat nak::
- maintain tudung labuh..
- hadapi apa yang orang kata..
- istiqomah..
- tunjuk akhlak baik..
- yakinkan orang yang kita ini baik..

Tapi, apa yang ana boleh harapkan adalah:
- kita tetap merasai indahnya mendekati Allah SWT..
- kita tetap merasai syurga duniaNya..

tentang akhlak:
walaupun orang kata "tudung labuh mesti kena baik."
- menutup aurat itu Allah suruh..
- tak kira kita baik atau buruk, menutup aurat itu suatu benda yang wajib seperti mana solat..

Jadi, tiada jalan lain selain Sabar..
ana yakin, ente mesti boleh bersabar.. jika pulangannya ialah SYURGANYA..
SABAR untuk SYURGA..
akhir kata..
SABAR.. SABAR.. SABAR.. untuk ALLAH kita SABAR..

daripada (nama dirahsiakan)..."

subhanallah... lepas ana baca... semuanya semakin naik... bersemangat... cinta terhadapNya.. cinta terhadap sahabat ana ini... and macam-macam lagi...

syukran laka ya ukhty... semoga Allah merahmatimu...

sebaik-baik sahabat ialah sahabat yang selalu bersama kita di waktu senang or susah.. yang selalu memberi semangat kepada kita.. dan yang paling penting... sahabat yang selalu mengingati kita kepadaNya..

bestkan jika semua kawan-kawan kita macam ini???

bagaimana mahu mulakan...? jika kawan kita tak mulakan, apa kata kita yang mulakan...??

semoga persahabatan kita ini kekal hingga ke jannahNya...
semoga persabatan kita ini tetap utuh dan bertambah erat keranaNya...

akhir kata wahai sahabat... semoga apa yang telah ente berikan pada ana.. semua menjadi pahala juga pada ente... ente memang sahabat yang super duper... tak ada gantiaannya....

di akhirat sana.. jika ente yang terjatuh dalam jurang neraka, ana akan menyambut ente.. dan kita akan bersama-sama menuju ke jannahNya... ukhti.. lalukanlah hal yang sama jika hal itu terjadi kepada ana...

Semoga Allah reda... ^^