Followers

Friday 22 June 2012

CERPEN: Air mata Sakinah.


 Cahaya matahari di hujung laluan semakin jelas kelihatan. Bagaikan di kejar oleh harimau. Begitu lajulah pergerakan kaki Sakinah. Di dalam hatinya tidak pernah putus berdoa kepada Allah supaya dirinya selamat.
     “dup!!” tanpa disedari Sakinah terjatuh. Dirinya mengaduh kecil. Rasa sakit di pergelangan kakinya. Mukanya berkerut. Terseliuh mungkin. Hatinya meneka.
     “Ish. Yang si Aiman ni pun satu. Cari jalan keluar sampai lupa aku.” Hati kecilnya mengomel. Rasa sakit di hatinya kian membengkak. Walaupun rasa sakit, tetapi Sakinah tetap menggagahkan diri untuk keluar.
     Sakinah sudah sampai di pintu gua. Matanya merayau sekeliling.
     “Sakinah. Sakinah ok? Risau Aiman dibuatnya.” Sakinah menoleh ke belakang. Aiman! Air mata Sakinah hampir menitis. Entah mengapa. Rasa bersyukur, marah, sakit hati, gembira semuanya bercampur dalam satu hati bergelar isteri. Aiman memimpin Sakinah ke bawah rimbunan pohon hutan. Seperti mengerti kesakitan yang dialami isterinya. Aiman terus menyapu ubat dan mengurut pergelangan kaki isterinya itu.
     “Sampai hati Aiman.” Akhirnya air mata wanitanya menitis juga. Aiman memandang Sakinah. Jelas terpancar rasa bersalah di dalam anak matanya.
     “Maafkan Aiman. Aiman betul-betul lupa tadi. Maafkan Aiman.” Aiman memegang tangan Sakinah. Air mata yang merembes keluar dari mata Sakinah dikesat dengan jari yang tidak ada kesan ubat. Rasa sayang, cinta membuak-buak dalam diri Aiman. Jika dibenarkan. Mahu sahaja dia memeluk erat tubuh isterinya. Tetapi, adakah Sakinah akan membenarkannya? Aiman bermonolog sendirian. Sakinah membisu. Tidak mahu berbicara. Takut jikalau perkataannya akan mengguris hati suaminya. Walaupun mereka menikah atas sebab perjodohan orang tua, tetapi hati mengiyakan saja. Tanpa disedari. Perasaan cinta antara mereka semakin membenih. Tetapi masing-masing dengan egonya yang sendiri. Tidak mahu mengaku.
     “Mari sini. Aiman dukung Sakinah ke tepi sungai tu. Boleh basuh sikit muka Sakinah. Comot sangat isteri Aiman ni.” Aiman membuat keputusan setelah sekian lama mereka membisu. Sakinah masih diam. Umpama ada permata di dalam mulutnya. Sakinah memandang Aiman. Dukung? Kuatkah? Sakinah berbicara sendiri.
     “Aiman ni kuat tahu? Pernah jadi johan angkat berat peringkat tadika.” Sambil tangannya membetulkan tudung labuh isterinya. Tanpa berlengah Aiman terus mendukung Sakinah. Tawa Sakinah hampir meletus. Tetapi di tahan juga.
     Aiman meletakkan Sakinah di atas tepi batu betul-betul di tepi sungai.
     “Tunggu sekejap ya? Nak ambil beg tepi gua.” Aiman menggosok kepala Sakinah dan berlalu pergi. Sakinah tersenyum lebar. Subhanallah. Perasaan apakah ini? Mata Sakinah terus mengekori pergerakan Aiman. Kasihan pula aku tengok si Aiman tu. Tadi yang bawak barang semua dia. Aku tak bawak satu apa pun. Semua barang aku, Aiman yang bawa. Sakinah berbicara sendiri. Anak matanya terus dilarikan setelah dia sedar Aiman memandangnya dengan senyuman. Tergugat juga iman aku bila tengok suami aku ni senyum. Ah. Biasalah. Muslimin idaman bidadari dunia dan akhirat. Terdetik di hati Sakinah. Dia masih teringat cerita ibu mertuanya menceritakan bahawa Aiman ramai peminat. Cemburu? Adalah sikit.
     “Nah. Makan roti ni. Alas perut dulu. Lepas zohor kita bertolak balik.” Aiman menghulurkan sepotong roti kepada Sakinah. Sakinah menyambutnya. Satu ja?
     “Aiman tak nak makan?” Aiman menggeleng.
     “Ada satu ja. Sakinah makan dulu. Nanti keluar dari hutan ni Aiman cari yang lain.” Ada sedikit rasa bersalah dalam diri Sakinah. Semalam dialah yang makan banyak roti. Katanya, nasi yang dimasak Aiman tak sedap.
     “Jom. Kita kongsi nak?” sambil tangan Sakinah menghulurkan separuh roti kepada Aiman. 
      “Alhamdulillah.” Aiman tersenyum. Sebelum makan, Aiman membacakan doa. Sakinah mengaminkannya.

SEUSAI solat zohor berjemaah. Aiman terus mengangkat barang-barang yang dibawa. Dia tidak mahu menyusahkan isterinya. Tahulah dia bahawa kaki isterinya masih sakit. Semasa solat tadi pun Sakinah solat dalam keadaan duduk.
      Setelah menaiki kereta, Sakinah terus tertidur. Penat agaknya. Hati kecil Aiman mengiyakannya.


MALAM itu. Masing-masing tidak berbicara. Aiman dengan kerjanya. Begitu juga Sakinah. Komputer  riba yang ada di depan Aiman ditutup. Kepalanya mula rasa berdenyut-denyut. Sakit. Pantas tangan kasarnya mengurut-ngurut kepalanya. Rasa itu tidak berkurang. Aiman meraba-raba di dalam laci meja kerjanya. Ubat painkiller ditelan. Harapnya rasa sakit itu akan hilang. Sakinah yang sibuk dengan assignmentnya lansung tidak sedar dengan kelakuan Aiman.
     Rasa sakit di kepala Aiman kian hilang. Jam di dinding menunjukkan pukul 11 malam. Kalau aku tak tidur, Sakinah juga tak akan tidur. Esok Sakinah ada kuliah. Aiman tidak mahu tumpuan isterinya terganggu kerana mengantuk.
     “Sakinah. Jom. Kita solat witir. Dah pukul sebelas. Esok ada kelaskan?” Aiman memandang Sakinah. Sakinah mengangguk. Tanpa berlengah tangan Sakinah cepat saja mengemas barang-barangnya. Sementara menunggu Aiman berwuduk, Sakinah menghamparkan kain sejadah untuk mereka berdua. Bilik ini sudah cukup luas untuk mereka berdua solat berjemaah.
     “Pergilah ambil wuduk.” Aiman bersuara setelah keluar dari tandas. Sakinah hanya menuruti kata suaminya. Memang solat witir sudah menjadi kebiasaan mereka sebelum tidur sejak menikah. Kira-kira 3 bulan yang lalu. Aiman duduk berteleku di atas sejadah. Sambil memikirkan nasib dia dan isterinya. Hatinya semakin mencintai Sakinah. Tetapi bagaimana pula perasaan Sakinah terhadapnya.
      “Dah. Jom solat.” Suara Sakinah memecahkan lamunan Aiman. Aiman bangun dan membetulkan kedudukannya. Solat sunat 3 rakaat ditunaikan. Merdunya suara Aiman membuatkan Sakinah selalu tenggelam dalam solat apabila solat berjemaah bersama Aiman. Selepas membacakan doa, mereka bersalaman. Sebelum Sakinah bangun, sepantas kilat Aiman memegang tangan Sakinah. Kuatlah hati untuk berterus terang. Aiman memotivasikan dirinya.
     “Ada yang Aiman nak cakap dengan Sakinah. Fasal kita.” Sakinah hanya diam. Dalam banyak-banyak perkara dalam hidupnya bersama Aiman, saat-saat seperti inilah yang ditunggunya. Harapnya Aiman akan meluahkan perasaan yang sama terhadap Sakinah.
     “Cakaplah.” Sakinah bersuara setelah lama membisu.
     “Bismillah. Sakinah. Sudikah Sakinah mencintai Aiman seperti mana Aiman mencintai Sakinah kerana Allah? Sebenarnya dah lama Aiman nak cakap. Tapi Aiman tak kuat. Aiman dah taknak kita hidup macam ni. Aiman nak kita hidup seperti pasangan suami isteri yang normal.” Aiman berhenti berbicara. Kepalanya tertunduk. Bukan kerana malu. Tetapi dia mahu disayangi oleh orang yang dia cintai sebelum dia pergi meninggalkan dunia yang fana ini. Ya Allah. Redailah aku. Hatinya membisik sayu. Sakinah terpaku. Lidahnya langsung kelu. Betulkah apa yang aku dengar ini? Subhanallah. Dia juga mencintaiku. Air mata Sakinah menitis. Dia tidak mampu berkata apa-apa. Hanya hatinya berbicara indah mensyukuri nikmat yang sudah lama di tunggu.
      Sakinah terus merangkul tubuh tegap milik suaminya. Hanya pergerakannya yang mampu mentafsirkan segalanya. ‘Sakinah mencintai Aiman kerana Allah juga’. Hati kecil Sakinah berbisik. Tiba-tiba Sakinah merasakan sesuatu yang berat sedang ditanggungnya.
     “Aiman?” Sakinah bersuara. Kenapa dengan Aiman? Sakinah gagahkan diri untuk menggongcangkan sedikit tubuh Aiman. Aiman pengsankah? MasyaAllah. Air mata Sakinah semakin deras mengalir. Kenapa dengan Aiman? Tubuh Aiman diletakkan perlahan. Pantas Sakinah bangun dan mencari telefon bimbitnya. Dengan mata yang kabur disebabkan air mata yang kian melimpah, Sakinah mencari number ambulance. Tidak sampai lima minit. Ambulance sudah sampai di depan rumah mereka. Sakinah semakin tidak keruan. Kenapa dengan Aiman. Soalan yang sama bermain di fikirannya.

“PUAN isteri En. Aiman?” Seorang jururawat bertanya kepada Sakinah. Sakinah pantas mengangguk. Dia sudah menghubungi ahli keluarga yang lain. Mereka dalam perjalanan. Mungkin akan mengambil masa yang lama kerana mereka tinggal di negeri yang berlainan.
     “Sila ikut saya. Doktor mahu jumpa puan.” Belum sempat Sakinah bersuara, jururawat itu menunjukkan bilik doktor itu. Tanpa berlengah, Sakinah terus ke tempat yang di nyatakan.
      “Assalammualaikum.” Sakinah memberi salam pantas menyalam doktor di hadapanya. Doktor Mariam. Selepas menjawab salam doktor Mariam menyuruh Sakinah duduk.
      “Kalau tidak sebelum ini, suami saya yang merawat En. Aiman. Tetapi suami saya outstation. Jadi saya mengambil tempatnya hari ini.” Terang Dr. Mariam supaya Isteri Aiman tidak fikir bukan-bukan bahawa suaminya dirawat oleh doktor perempuan.
      “Merawat? Suami saya sakit apa Doktor?”
      “Hmm. Saya harap Sakinah bersabar. En. Aiman ada kanser barah otak peringkat ke-3. Tak boleh diselamatkan. Kalau sebelum ini, En. Aiman hanya membuat rawatan humortheraphy dan mengambil ubat yang membantu menghilangkan rasa sakit di kepalanya. Dan suatu perkara yang dia selalu pesan supaya jangan memberitahukan hal ini kepada orang lain. Termasuklah ahli keluarganya.”
Air mata Sakinah megalir lagi. Kini bagaikan empangan air yang pecah. Begitu lajulah air mata Sakinah mengalir. Kanser barah otak? Otak Sakinah ligat berfikir. Patutlah Aiman selalu lupa banyak perkara. Ya Allah. Kenapa Aiman tak beritahu aku. Aku isterinya. Hati Sakinah menjerit. Dr. Mariam pantas memeluk Sakinah.
     “Bertenanglah Sakinah. Allah sedang uji kamu berdua.” Dr. Mariam berbisik. Hati Sakinah semakin sayu. Allah. Hanya nama itu yang menyelungi fikirannya.

SEUSAI solat subuh di surau Hospital Jame’. Sakinah terus ke bilik yang menempatkan suaminya. Sakinah menatap wajah suamiya. Fikirannya melayang memikirkan saat mereka diperkenalkan untuk dijodohkan. Saat itu sakinah menolak mentah-mentah pinangan keluarga Haji Arshad untuk anak lelakinya, Aiman Azmi. Bukan apa. Umur sakinah masih muda dan dia mahu menyambung pelajarannya.
     “Ummi. Sakinah tak boleh terima pinangan tu.” Sakinah menggenggam erat tangan umminya. Harapnya ummi akan mengerti jiwa mudanya.
      “Sakinah. Ini untuk kebaikan Sakinah juga. Ada orang jaga Sakinah. Aiman tu baik orangnya. Ummi dan Walid yakin sangat-sangat Aiman boleh jaga Sakinah dan boleh jalankan tanggungjawab sebagai suami dengan baik.” Kepala Sakinah diusap lembut.
      “Sakinah istikarah dulu ya ummi?” setelah lama mendiamkan diri. Akhirnya Sakinah bersuara. Setelah tiga hari, barulah Sakinah membuat keputusan. Keputusannya untuk menerima Aiman amat menggembirakan keluarganya dan keluarga Haji Arshad.
      Sakinah akui. Perkahwinan dia bersama suaminya bukanlah seperti suami isteri yang lain. mereka tetap menjalankan tanggungjawab masing-masing. Cuma kata-kata cinta, kasih dan sayang tak pernah meniti di bibir mereka.
      “Sakinah.” Sakinah ditarik dari lamunannya. Aiman memanggilnya. Sakinah menggenggam tangan kasar Aiman. Air matanya menitis.
      “Kenapa Sakinah menangis. Ada orang buli Sakinah di Universiti? Siapa? Biar Aiman ajar dia.” Aiman menggumpalkan tangannya. Di dalam keadaan sebegitu sempat lagi Aiman cuba menggembirakan hati Sakinah
. Ya Allah. Jagalah dirinya sepertimana dia menjaga auratnya. Aiman berdoa.
      “Sakinah sayangkan Aiman. Kenapa Aiman tidak beritahu Sakinah yang Aiman sakit. Sampai hati Aiman.” Sakinah tunduk. Air matanya mengalir deras.
      “Sakinah. Aiman taknak Sakinah sedih. Sakit ini biarlah Aiman tanggung. Aiman taknak Sakinah sedih dengan keadaan Aiman. paling penting, Aiman taknak Sakinah ada di sisi Aiman kerana kasihankan Aiman.” Senyuman cuba Aiman ukir di bibirnya
      “Kalau boleh. Aiman taknak Sakinah Nampak Aiman sakit walau sikit pun. Sebab Aiman nak Sakinah rasa selamat di sisi Aiman.” Aiman mengusap lembut kepala Sakinah. Kepalanya semakin sakit. Tapi ditahan juga. Matanya ditutup rapat. Menahan perit yang mencengkan kepalanya. Mulutnya terkumat kamit menyebut dua khalimah syahadah. Tiada tuhan melainkanAllah. Nabi Muhammad pesuruh Allah. Tangan Sikinah dipegang erat.
      “Sudikah Sakinah bersama-sama Aiman ke syurgaNya?” dalam perit payah kesakitan Aiman. Dia gagahkan diri untuk menanyakan soalan itu kepada Sakinah.
      “Sakinah sudi. Sudilah kiranya Aiman memimpin Sakinah ke syurgaNya di akhirat sana ya?” Sakinah memandang Aiman. Bibir Aiman terukur senyuman yang sangat indah. Matanya Aiman masih terkatup rapat. Dahi Aiman berpeluh-peluh. Sakit yang tak pernah Aiman hadapi sepanjang hidupnya. Allah. Allah. Allah. Hanya nama itu yang terukir indah di bibirnya.
      “Aiman?” Sakinah menggerakkan tubuh Aiman. Tubuhnya tidak lagi bergerak.
      “Innalillah wainnalillahijoriun.” Mulut Sakinah terkumat kamit menyebut nama Allah. Ya Allah. Tempatkanlah dia bersama-sama orang yang beriman. Air mata Sakinah mengalir laju. Tangannya menggenggam erat tangan suaminya.

SAKINAH berlalu keluar dari Masjid seusai solat Isyak. Setahun sudah berlalu. Apa khabar engkau di sana wahai suamiku? Al-Fatihah disedekahkan kepada Aiman Azmi. Kasut di atas almari dicapai. Disarung ke kakinya. Beg solat yang dibawa disandang di bahu kanannya. Buku yang dibawa, didakap erat kedadanya. Kakinya mula bergerak meninggalkan perkarangan masjid.
     “Allahuakhbar!” buku Sakinah terlepas dari dakapannya.
     “Mari, saya tolong.” Kedengaran suara seorang lelaki mendekatinya. Tangan lelaki itu pantas mengumpulkan buku-buku Sakinah yang bertaburan. Mereka sama-sama berdiri. Buku yang dipegang lelaki itu diberikan kepada Sakinah. Sakinah terpaku. Aiman? Hatinya bersuara. Muka muslim itu hampir menyerupai wajah suaminya, Aiman Azmi. Matanya tertunduk. Tidak sanggup lagi dia memandang wajah muslim itu. Rindu. Sakinah terlalu merindui suaminya.
      “Lain kali hati-hati ya? Urm. Kamu student medic di USM kan? Sakinah Sofea kan?” muslim itu bertanya sambil tangannya membetulkan kopiah yang dipakainya.
      “Ya.” Jawab Sakinah. Matanya masih tertunduk. Allah. Allah. Allah.
      “Alhamdulillah. Tak salah orang rupanya. Saya Iskandar Syukur. Kalau tak silap saya, Prof. Zaidah ada suruh saya minta tolong kamu untuk bulan Mahbbah Lillah nanti. Prof. Zaidah ada beritahu kamu apa-apa?” kepala Sakinah ligat berfikir. Iskandar Syukur? Oh ya. Baru aku ingat.
      “Jadi, kamulah Iskandar Syukur?” Sakinah bertanya. Iskandar mengangguk. Bibirnya terukir senyuman senang. Di hati Iskandar. Dia memang sudah lama menyimpan perasaan terhadap Sakinah. Sejak dulu lagi. Hatinya terluka apabila mengetahui bahawa Sakinah kehilangan suaminya. jika Sakinah terluka, dia juga akan terluka.
       “Salam ta’aruf. Baiklah. Saya perlu pergi. Asslammualaikum warahmatullah.” Iskandar membiarkan sahaja perasaan itu berlalu pergi. Sakinah meminta diri. Iskandar menundukkan matanya. Layakkah aku memiliki bidadari itu? Iskandar tersenyum. insyaAllah. Allah lebih mengetahui.
       Ya Allah. Tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba. Jagalah hati hamba ya Allah. Sakinah berdoa. Pertemuannya dengan Iskandar sangat mengganggu fikirannya. Perasaan apakah ini? Soalan itu selalu menerjah ke fikirannya.
     
     
  

Friday 15 June 2012

HIDUP DENGAN UJIAN...

Assalamualaikum warahmatullah...
 dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
   selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, sahabat-sahabat baginda dan keluarga baginda...

Apa bila tiba ujian... pasti kita akan rasa lemah... umpama, tiada udara... kita akan rasa resah.. gelisah.. pasti ada yang tak kena disebabkan ujian yang sedang kita alami....
  Kadang-kadang hati berbicara.... "aku sudah tak kuat... aku tak sanggup lagi nak hadapi ujian ini.."
kadang-kadang, kita terus berputus asa dari terus hidup di atas jalan ujian yang kita fikir kita tak sanggup nak hadapinya...

tapi tahukah kita?? bahawa Allah SWT ingin menguji hati kita... menguji iman kita... dan paling penting Allah mahu kita bergantung harap semata-mata kepadaNya... iaitu tawakal.. kita serah semuanya bulat-bulat kepada Allah setelah kita berusaha dan berdoa.... Nabi Muhammad SAW adalah Habiballah.. kekasih Allah SWT... adakah anda pernah bertanya pada diri anda... kenapa Allah mengambil seorang demi seorang manusia yang dekat dengan baginda... Ayahnya, Abdullah... Ibunya, Aminah.. datuk baginda... bapa saudara baginda, dan Isteri yang dicintai baginda Siti Khadijah??? kenapa?? ya.. kerana Allah mahu Nabi Muhammad bergantung kepadaNya semata-mata.. bukan atas bantuan orang lain... begitu jugalah kita... di saat kita dah tak sanggup nak menghadapi ujian... di saat kita dah tak ada tempat mengadu... tempat pergantungan... kembalilah kepada Allah SWT... mengadu kepadanya..... usaha menyelesaikan ujian yang Allah berikan... berdoa dan terus berdoa... dan akhirnya, bertawakal..
     percayalah.. bahawa Allah SWT tak akan menguji kita di luar kemampuan kita.... semua ujian yang Allah berikan pasti kita boleh hadapinya... dan percayalah wahai hamba Allah... setiap ujian Allah itu, pasti dan sangat-sangat pasti ada kemanisan yang tersangat-sangat manis untuk kita rasai... jika bukan di dunia.. di akhirat pasti..

     seperti kita putus cinta kerana ditinggalkan... apa lagi sumber yang boleh menenangkan kita selain Allah...? apa lagi tempat sebaik-baik mengadu selain Allah... ketika itu.. kita mula mendekatiNya... dan mula merasai kemanisan ujian... saat itu.. kita berfikir.... kenapa Allah uji aku? ya... Allah ingin aku kembali kepadanya.... sebab itulah.. pengalaman adalah guru terbaik di dalam hidup kita..... tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini.... kerana itulah... kesalahan yang kita lakukan, kita akan pebetulkan... kita akan cari jalan penyelesaian... kita berdoa.... dan kita mendapatkan hasilnya... diri kita menjadi lebih baik dari yang dulu.. Alhamdulillah...

    Alangkah indahnya hidup bertuhan.. alangkah indahnya menjadi HambaNya... kita ada tempat bergantung.. tempat meminta... dan tempat mengadu.... yang pasti, di akhir jalan akan menceriakan kita...
kadang-kadang... bila berdoa... ana rasa malu sangat pada Allah... ada orang lain yang hidupnya tak ada apa yang ana ada... tapi ana terus minta... minta dan meminta kepada Allah SWT.. betapa baiknya Allah kerana kebanyakan doa ana dimakbulkan... Alhamdulillah... tetapi itulah fungsinya Dia sebagai Tuhan dan kita sebagai hamba... indah... indah.. indahnya menjadi hambanNya...

    kurniaan Allah ini... jika mahu kita hitung... nescaya tak boleh dihitung langsung kerana terlalu banyak...
Allah SWT pernah berfirman..

"Dan Dia telah memberikan kepadamu segala apa yang kamu mohonkan kepadaNya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sungguh, manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah)" (Suratul Ibrahim: 34)

bila kita dapat kesenanangan... dibelai dengan duniawi.. mula sibuk dengan harta benda, isteri dan anak-anak... kita semakin tak ada masa untuk meluangkan masa bersamaNya...
tetapi bila ditimpa ujian... di saat tak ada tempat bergantung... kita kembali kepadaNya... adakah Allah menolak kita?? tidak sesekali... malah Allah mendekati kita... apa maknanya? ya... maknanya Allah sayangkan kita.... bertuahnya kita.... ^^
Alhamdulillah...
oleh itu.... sahabat-sahabat semua.... sentiasalah mengingatiNya sewaktu senang dan susah.... di setiap apa yang berlaku... pasti ada hikmahnya...

semoga Allah reda...
ma'asalamah... <3
            

Friday 8 June 2012

Gadis Bertudung Labuh..


Assalamualaikum warahmatullah...
   Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyayang...

kak Nurul Ain Abd Razak
- Secara jujurnya bila kak Ain pakai, alhamdulillah, rasa selamat. Lagipun ada orang mengata, pandang pelik, tapi kita kena berbangga sebab kita dah tutup aurat dan sekaligus kita dah laksanakan perintah Allah.

Anis Shahira
- Rasa tenang. bahagia dan rasa dilindungi. Entahlah, kami rasa tudung labuh cantik lagi dari tudung biasa. ^^V (*peace)

kak Norelissa Abu Bakar
- Alhamdulillah. Akak rasa nikmat dan selamat bila pakai tudung labuh. Dapat menutupi badan kita.

Nurul Afnan
- ermm... Ana nak bagitau pun tak tau macam mana. Tapi perasaan gembira tak dinafikanla... :)

Wan Nor Akmal Hani
- Rasa terjaga, selamat and yang paling penting Hani akan selalu berhati-hati dalam segala tindakan, takut terbuat dosa and more important lagi, Hani akan ingat Allah..


begitulah pandangan sahabat-sahabat dan kakak-kakak ana yang menyarungkan tudung labuh.

Tudung labuh umpama Bodyguard..
- tudung labuh ini umpama bodyguard yang mengawal ana. tak ada bodyguard pun tak apa. Tudung labuh dah ada. sebab Allah dah berjanji dalam firmanNya dalam surah al-Ahzab.. ayat ke 59 yang bermaksud:
   

       "Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, 'hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka'. Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Alhamdulillah... siapa yang memakainya... dia akan rasa selamat..
   berbalik kepada kehidupan ana yang masih jahil dulu.. sewaktu ana tak menyarungkan lagi tudung labuh.. memang kadang-kadang rasa tak selamat bila keluar rumah.. tak lepas dari mata-mata jahat lelaki yang lemah imannya..
   dalam masa tu, ana memang rapat dengan sepupu ana... Anas Alya Ahmad Suhaimi.. dia ni pakai tudung labuh walaupun sekolah di sekolah biasa. Macam mana dia boleh pakai tudung labuh? Ana masih ingat yang dia ceritakan pada ana. Sebab ramai kawan-kawannya yang memakai tudung labuh. dan Anas pun nak try jugak.. tup-tup lepas pakai, hati terus jatuh cinta.. and semenjak tu lah dia pakai tudung labuh...
   bersahabat baik dengan Anas Alya, menyebabkan virus cinta tudung labuh, terkena pada ana... ana akui. ana bukan dari kalangan yang berlatar belakangkan agama.. jadi bila nak pakai tudung labuh ni, memang ada beberapa halangan.. tapi alhamdulillah.. ana tekadkan diri.. untuk pakai jugak tudung labuh ni.. apa perasaan Anas bila tengok ana pakai tudung labuh?? dia terharu and gembira la.. Alhamdulillah.. segala puji bagi Allah...
   and sejak tu, semakin banyak ujian yang datang.. orang sekeliling nak ana try pakai selendang, ada yang kata ana nampak tua, panggil ana ustazah.. but.. ana relax ja.. yang paling penting perubahan yang berlaku terhadap cara lelaki di sekeliling ana berubah 360 darjah.. bila nampak ana, dorang tundukkan pandangan.. tak macam dulu.. cara layanan pun dah lain.. Alhamdulillah..

Istimewanya bertudung labuh..
boleh anda bayangkan cincin mahal yang disimpan rapi dalam showroom..  tidak boleh dipegang.. hanya boleh dimiliki oleh orang-orang yang berada kerana harganya yang mahal..
bayangkan pula cincin yang dijual di pasar pula.. bebas dipegang oleh orang ramai kerana harganya yang murah.. anda boleh beli cincin di pasar malam ini.. berkali-kali pun tak apa.. hilang pun tak apa, kerana senang dimiliki.. tapi jauh di sudut hati anda... anda teringin sangat-sangat nak miliki cincin yang ada di showroom itu kerana cantik dan jarang dimiliki oleh sesiapa..
     begitu jugalah perumpamaan bagi wanita yang bertudung labuh.. mahal sangat-sangat.. susah nak disentuh kerana dijaga rapi... ^^
 mejoriti lelaki yang ana kenal pasti mahukan isteri yang bertudung labuh, yang solehah.. berbanding wanita yang tak beberapa menjaga auratnya...
   jadi, kalau anda lelaki, cincin di dalam showroom atau di pasar malam yang anda nak sangat-sangat? ^^


Tudung labuh dan Solehah..

Tudung labuh ini sering dikaitkan dengan mereka yang solehah..
sebenarnya, apabila memakai tudung labuh ini, dengan sendirinya sedikit demi sedikit kita akan cuba ubah diri kita ke arah yang lebih baik..  contohnya:

"eh, aku tak boleh buat ni.. nanti orang tengok apa pulak orang kata."

see??? serius.. ana tak tipu... promise.. :)

and paling penting adalah niat kita... kalau betul-betul kerana Allah.. insyaAllah... semuanya menjadi indah.. kalau atas sebab niat lain (tak termasuk dalam tajuk) itu kita kena muhasabah diri balik.. ingat ya.. tempat kembali kita ialah Allah... lakukan semuanya kerana Allah.. ce ikhlas... insyaAllah pemakaian tudung labuh ini diredaiNya.. ^^

apa yang selalu orang pandang, apa yang selalu orang nilai, bila bertudung labuh baik-baik, akhlak molek (walau hakikatnya tak semua begitu tak termasuk dalam tajuk ) tetapi kita juga meyakini bahawa kebanyakan mereka adalah yang baik akhlaknya. ana juga masih banyak kekurangan lagi..

ana selalu melihat orang-orang yang baik disekeliling ana.. si pemakai tudung labuh, akhlak molek, akademik cemerlang, sahsiah cemerlang.. jadi dengan mudah ana simpulkan bahawa pemakai tudung labuh hebat-hebat orangnya...

ana juga bukanlah berasal dari sekolah agama.. tapi tak salahkan ana nak wujudkan suasana islamik yang diredaiNya di sekolah and luar sekolah..

bagi yang dah ada niat untuk pakai tudung labuh.. teruskan.. insyaAllah dipanduNya..

bagi yang dah pakai tudung labuh.. semoga istiqomah.. betulkan niat... ingat... anda adalah insan terpilih untuk memakai tudung labuh ini.. bukan senang nak pakai tudung labuh yang kadang-kadang dilabel kolot.. hakikatnya Allah yang tahu.. ingat ya sahabatku... bukan saja-saja Allah nak pilih anda... Allah dah buka hati anda.. bersyukurlah.. ^^

semoga kita terus istiqomah.. <3

ayuh menjadi shauqah wardah (mawar berduri)

jom.. selangkah mendekati Allah...
ana hanya kongsikan dari ilmu dan pengalaman ana yang masih sikit nie..
semoga Allah reda..
ma'asalamah.. <3

Wednesday 6 June 2012

Saat Dia Tidak Memilihku..

Assalammualaikum warahmatullah..
    Alhamdulillah.. Allah berikan kita nikmat untuk merasakan cinta...
cinta ALLAH SWT.. cinta Rasulullah SAW... cinta Keluarga... cinta guru-guru... cinta kawan-kawan... and cinta dari si dia (suami/isteri or orang yang kita minat mungkin?)
    Alangkah indahnya kita dapat merasa nikmat cinta... kita sanggup buat apa-apa sahaja...
    and suatu hari... kita buat keputusan untuk merisik si dia.... dan alangkah sedihnya dia menolak cinta kita terhadapnya... sejak hari tu... kita rasa lemah... kita rasa tak kuat nak hidup... selalu rasa resah gelisah.. kerja selalu tak jadi disebabkan fikirkan dia... kualiti kerja kita berkurangngan... semua ini disebabkan dia....
   adakah kita lupa pada satu-satunya tempat bergantungan iaitu Allah?? Allah akan sentiasa ada dengan kita.. walaupun semua manusia di dunia nie tinggalkan kita... oleh itu... mengadulah pada Allah... Allah lah yang paling faham kita... sedangkan kita sendiripun tak faham dengan diri kita... Allah yang tahu apa yang terbaik untuk kita... Malah Dia dah sediakan semua tu.. cuma kita tak mencarinya... ayuh... berubahlah wahai diri... carilah diri kita yang sebenar dengan mendekatkan diri kepada Allah...
    bersolat malamlah... Solat sunat taubat, tahajjud, hajat, istikarah... mengadulah pada Allah.. merintih lah padanya supaya diberikan yang terbaik untuk diri kita... :')
   dan tahukah anda.. bila cinta anda ditolak, anda langsung tak rugi apa-apa... yang rugi adalah si Dia... kenapa??? ya!~ sebab anda hanya kehilangan orang yang anda sayang.. tetapi dia kehilangan orang yang mencintai dirinya... alangkah ruginya dirinya... kan?? tak perlulah kita nak bersedih-sedih... apa yang Allah berikan kepada kita hanyalah ujian untuk menguji keimanan kita... adakah kita hadapinya dengan berhemah atau tidak... Allah takkan pernah uji kita di luar kemampuan kita... jadi yakinlah... bahawa kita mampu menghadapinya... ^^
   tahukah kita bahawa Allah sangat-sangat sayang akan hamba-hambaNya?
   ada satu hadith baginda yang dapat mengalirkan air mata ana... di mana Rasulullah SAW melihat ada seorang ibu yang mencari-cari anak kecilnya.. apabila si ibu terjumpa anak kecilnya itu, ibu tadi susukan anaknya... dia belai dengan penuh kasih sayang... dia kucup dengan penuh kasih sayang... adakah anda rasa si ibu sanggup melemparkan anak kecilnya ke dalam nyalaan api? sudah tentu tidak!~ tahukah kalian.. Allah lebih sayangkan kita lebih dari seorang ibu menyayangi anak kecilnya.. kalau boleh Allah tak mahu lemparkan kita dalam api nerakaNya... kalau boleh Allah mahu semua hamba-hambaNya masuk ke jannahNya... sebab itulah Allah sudah tetapkan hukum supaya kita tidak terjatuh ke api neraka.... "janganlah kamu mendekati zina".. Allah dah bagi garisan syariat supaya kita tak mendekati zina... dan bukankah couple  itu salah satu jalan menuju ke zina??? oleh itu wahai para sahabat yang ana cinta kerana Allah.. teguhkanlah hati kita dengan syariatNya.. insyaAllah kita bahagia dunia dan di akhirat...
   Jika dia menolak kita... usahlah berputus asa... usaha lagi untuk mendapatkannya dengan cara yang halal... pernikahan.. ^^
   jika dia menolak juga.. yakinlah... Allah mahu memberikan yang lebih baik untuk kita...
lazimkanlah diri kita dengan zikir... kerana bila hati kosong, sangat mudah untuk syaitan menguasai diri...

La' tahzan.. innallah ma'ana.. jangan bersedih.. Allah bersama kita... <3
Jaga diri, jaga iman, jaga hubungan dengan Allah...
Ma'asalamah..
   

Tuesday 5 June 2012

Cinta Muka Buku..

Assalamualaikum warahmatullah..
  kenapa asyik update ja??? sekarang cuti sekolah la.... so, jari ana nie memang ringan untuk lompat menaip di atas keybord...
   bila sebut ja pasal Cinta Muka buku... semua pasty ingat Facebook.. yes!~ ana tak ada Facebook... yes!~ tak akan ada dah muslimin yang akan ganggu ana lepas nie.... (*haha.. mengarut)
   ramai jugakla yang cakap cinta muka buku nie agak mengarut kerana:

  1. tak pernah jumpa pun..
  2. orang tu boleh tipu kita.. yalah... dah kenal dalam Facebook ..
  3. alaaa... malas la nak senaraikan... anda senaraikan sendiri lah.. hhe!~
yap.. mungkin juga.. tapi tak semua orang macam tu.. ada jugak yang baik-baik... and setahu ana ramai jugak la yang kenal isteri/suami mereka di Facebook.. nice kan... kenal hati budi masing-masing, janji dan bernikah... bukan couple ok??
   couple nie diharamkan sama sekali dalam Islam... ini adalah budaya yahudi dan kristian... bukan budaya agama (ISLAM) kita... and ada ka couple yang mengikut syarak??? hmm?? cepat-cepat... fikir....
   hey!~ cinta mestilah mahu bersama-sama ke JannahNya bukan??? oleh itu, ambil lah jalan yang diredai... iaitu pernikahan... <3
   Apa-apa cinta yang membawa ke neraka, itu bukanlah cinta sebenarnya... kata sayang, cinta, tapi hubungan itu akan membawa ke neraka... adakah cinta itu namanya???
   Ada perasaan cinta, suka, sayang tu tak salah... yang salah adalah cara kita menyalurkan cinta itu... ingat.. jangan mencinta sesiapa lebih dari kita mencintai Allah SWT dan habiballah, Nabi Muhammad SAW... apa-apapun Allah dan Nabi Muhammad SAW adalah yang paling utama dalam carta hati kita... ^^
   Wahai lelaki yang kacak, macho, cute... tolong la... jangan la nak usik hati-hati wanita yang sangt lembut dan mudah terasa ini.. jangan mendekati wanita kalau tak ada niat untuk menikahinya... (kecuali pasal muamalat, study and bla bla bla)... kalau anda dah take care pasal wanita, memang mudah dia akan sukakan anda.... jadi... kalau betul-betul sukakan wanita.. jangan mendekatinya... dapatkannya dengan cara yang terhormat... bukan dengan couple... ok wahai muslimin??
   ok-ok.. bukan khusus hanya di Facebook.. tapi juga di Blog, YouTube or apa-apa laman sosial lain.... macam-macam lagi jalan untuk mencari jodoh nie.. hehe!!~
   bagi yang masih sekolah macam ana nie... tak payah la fikir sangat pasal cinta sekarang nie... just focuss pada study and hubungan kita dengan Allah dan manusia.... ( nasihat untuk diri sendiri... :p)

   apa-apapun... STOP mencari yang soleh.... solehkan dulu diri anda??? Ok...
"lelaki-lelaki yang jahat hanya perempuan-perempuan yang jahat. lelaki-lekaki yang baik hanya untuk perempuan-perempuan yang baik" ^^

gambar di atas tu ana yang lukis... tak cantik pun... yalah.. masih baru dalam bidang art nie.. ^^V
(benteng cinta Ilahi.. khas buat si dia.. :'))

Ma'asalamah.. <3
   

CERPEN: Sejernih Suria Dhuha


Suria dhuha memancar menerangi bumi. Cahaya  terang yang memancar langsung tidak menyakitkan mata. Malah menyenangkan sesiapa yang memandangnya. Pohon-pohon di sekeliling surau menari-nari gembira. Seolah-olah turut merasa gembira dengan kedatangan dhuha. Walaupun datangnya cuma sebentar, tetapi kehadirannya cukup bermakna buat pencinta kedamaian, ketenangan dan pencinta Ilahi..
     Aku membetulkan tudung yang aku pakai untuk pastikan tudungku ini betul-betul menutup auratku. Alhamdulillah. Allah SWT telah beri hidayah kepadaku. Tudung labuh inilah yang menjadikan aku jauh lebih baik berbanding dulu. Aku masih ingat kata-kata kakak naqibahku.
     “Jika kita mulakan dari luar, insyaAllah yang dalam akan berubah sedikit demi sedikit ke arah kebaikan. Contohnya apabila kita menutup aurat dengan sempurna seperti kita menyarungkan tudung labuh, jubah dan sarung kaki, pasti kita akan menjaga diri kita sendiri. Tidak mungkin dengan pakaian-pakaian sebegini kita akan menuju ke tempat-tempat maksiat. Cuba bayangkan pula jikalau kita tidak menutup aurat dengan sempurna. Pasti kita tidak akan segan untuk menuju ke tempat-tempat maksiat. Kemungkinan besar, kita susah nak menjaga hubungan lelaki dan perempuan. Yang paling penting, niat kita menyarungkan tudung labuh ini mesti betul. Mesti niat yang utama kerana Allah. Jangan pula niat kita untuk orang sekeliling memuji kita. Kerana Islam ini banyak bersandarkan kepada niat seseorang. Jika niat kita betul, insyaAllah tudung labuh inilah yang membantu menjaga kita dengan izinNya.”
     Kata-kata inilah yang membuka hatiku. Aku berhijrah bukan kerana kata-kata ini. Tetapi kerana Allah SWT. Allah SWT pernah berfirman yang bermaksud:
“Wahai nabi! Katakannlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin ‘hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka’ yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak diganggu, dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang” [al-Ahzab:59]
     Maka benarlah firman Allah ini. Selepas aku mula menyarungkan tudung labuh ke tubuhku, aku rasa lebih selamat. Perasaan yang sangat aneh dan masa yang sama perasaan yang sangat menyenangkan dan selesa menyelubungi diriku. Malah banyak lelaki yang tidak berani untuk mendekati aku lagi. Aku rasa betul-betul selamat! Maha Suci Allah. Hanya Allah yang tahu perasaan ini.
     “Assalammualaikum warahmatullah. Termenung jauh adik akak nie sampai tak perasan akak duduk sebelah dia.” Aku tersedar dari lamunan. Aku mengalihkan mukaku ke sebelah kiri. Kak Althafunnisa sedang memandangku dengan wajah berseri-seri. Seperti ada nur di wajahnya yang hitam manis itu. Benarlah kata ibuku, orang yang memakai tudung labuh dan banyak beramal soleh, mukanya akan sentiasa berseri-seri. Dialah kakak naqibahku. Selalu datang ke sekolah untuk  meluangkan masa  mengadakan usrah dengan adik-adik perempuan yang masih jahil dan ketagihan ilmu agama. Sementara menunggu keputusan SPM kak Altahfunnisa antara bekas pelajar yang sering datang ke sekolah untuk memberi  tarbiah kepada  aku dan rakan-rakan  seperjuanganku.
     “Wa’alaiksalam warahmatullah. Maaf kak. Ana tak perasan akak datang. Ana tengah fikir. Betapa indahnya menyarungkan tudung labuh ini.”
     Kak Althafunnisa tersenyum sambil membetulkan kedudukannya. Aku dapat merasai angin di waktu dhuha ini sedang membelai-belai pipiku. Terasa indah dan nyaman sekali. Aku tahu, kak Altahfunnisa juga merasai perasaan dan keadaan yang sama. Indahnya memakai tudung labuh ini tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
     “Adik nak tahu? Sebenarnya pakaian yang kita pakai juga berkait rapat dengan iman kita. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda. Baginda memberitahu bahawa syurga itu khusus untuk mereka yang beriman sahaja. Iman ini, kalau hilang 1, maka jadi kosonglah iman seseorang. Adik nak tau apa kaitan pakaian dan iman?”
Kak Althafunnisa mengajukan soalan kepadaku. Aku dapat merasai ada pengisian menarik yang akan diberikan kak Althafunnisa kepadaku. Aku menukar posisi menghadap ke kak Altahfunnisa dan menggelengkan kepalaku. Tanda tidak tahu.
   “Aiwah. Rukun iman ada 6. Percaya pada Allah, Rasul, kitab, malaikat, hari akhirat dan qadak dan qadar. Yang pertama, jika mengaku beriman kepada Allah, maka patuhilah perintah menutup aurat dan jauhi larangan mendedahkan aurat. Ke dua, jika mengaku beriman kepada Rasul  iaitu Muhammad SAW, maka patuhilah sunnah menutup aurat yang telah diterapkan oleh baginda. Modelnya telah wujud sekian lama  dan telah dipraktikkan oleh isteri-isteri baginda. Ke tiga, jika mengaku beriman kepada kitab iaitu kitab al-Quran, semestinya kita akan memahami dan mengamalkan anjuran menutup aurat yang telah termaktub dalam al-Quran. Ke 4, jika mengaku beriman kepada malaikat, pasti kita akan sedar bahawa malaikat Raqib dan Atid sentiasa ada di sisi merekodkan dalam buku amalan sama ada seseorang itu menutup aurat atau tidak. Jika kita mengaku beriman kepada hari akhirat, adakah kita masih berani melanggar arahan yang akan menghumban diri ke dalam neraka jahanam? Begitulah sebaliknya, mematuhi arahan pula akan menjadi sebab mempu menikmati rahmat Allah di dalam syurga yang sungguh indah. Dan yang terakhir, jika kita mengaku beriman kepada qadak dan qadar, jangan disangka jika ditakdirkan lahir dalam keluarga atau berada dalam suasana yang tidak islamik menjadi alasan untuk tidak menutup aurat. Fahamilah sebenar-benarnya di balik tabir qada dan qadar, setiap manusia ada potensi untuk berubah ke arah yang lebih baik.”
     MasyaAllah. Maha Suci Allah! Tidak pernah terlintas perkara ini sepanjang hidupku. Aku betul-betul teruja dengan pengisian kali ini.
     “Adikku sayang, adik pun tahu kan perintah Allah ini bukan untuk menzalimi kaum hawa. Tapi sebaliknya. Dia ingin menjaga kita. Allah tak pernah menzalimi kita sayang. Betapa baiknya Allah. Betapa Allah sangat menjaga kita.” Aku cuba hadamkan semua pengisian kak Althafunnisa. Kali ini aku lebih berlapang dada untuk istiqomah untuk memakai tudung labuh.
     “Kak Nisa, bagaimana pula ana nak menghadapi orang-orang yang menggelarkan ana sebagai ustazah, alim, dan warak?” Sudah lama aku pendamkan persoalan ini. Kali ini baru terdetik di hatiku. Hal ini kerana ramai orang di sekelilingku menggelarkan aku sebegitu.
     “Ucapkanlah ‘Aminn ya Robb’. Bukankah itu satu doa buat adik dari mereka? Kenapa nak rasa malu dan segan dengan perkataan alim, warak? Bagi akak, bila ada yang berkata begitu, adalah satu doa buat kita. Tetapi jawapan sebaiknya, katakanlah pada mereka ‘saya hanya patuh pada apa yang Allah perintahkan buat hamba-hambaNya’”
     Subhanallah! Aku tersenyum puas. Terlalu banyak kelebihan apabila memakai tudung labuh ini. Sampai ke sudut orang mahu mengejek kita pun boleh jadi satu doa. Subhanallah!
     “Tapi ingat ya, apabila kita memakai pakaian muslimah ini, kita juga perlu bawa imej islamik dalam akhlak dan ibadah kita. Kalau tak boleh, kita mula buat sikit-sikit. Yang penting adalah cuba untuk ikhlas.” Sambung kak Althafunnisa.
“Subhanallah. Syukran lillah. Pengisian yang sangat-sangat membuka minda ana. Ana ubbuki fillah!” aku terus memeluk kak Althafunnisa. Kak Alttahfunnisa hanya terseyum senang.
     “Ana uhibbuki fillah Kaman. Afwan lillah sayang. Akak hanya kongsikan ilmu akak yang sedikit ini. Semuanya datang dari Allah. Bersyukurlah kepadaNya. Ingat ya sayang, pakaian muslimah yang sebenar adalah pakaian yang boleh dibawa dalam solat.” Aku meleraikan pelukanku sambil mengangguk.
     “Jom masuk dalam, kita solat sunat dhuha.” Sambung kak Althafunnisa sambil bangun dan menarik tanganku. Aku mengikuti langkah kak Althafunnisa. Memandang  wajahnya sering buat aku berasa tenang. Indahnya ukhuwah dalam Islam.
     “Wajahnya manis bertudung labuh , sejernih suria dhuha, itulah dia muslimah Islam.” Hatiku berbisik senang.

Cinta Seorang Sahabat..


Assalamualaikum warahmatullah..
   Alhamdulillah... pasti kita ada kawan kan??  kawan karib.. kawan baik.. kawan rapat and macam-macam kawan lagi... paling best bila ada dicakapnya "kawan sehingga hujung nyawa".... ish... ana rasa macam tak best pulak statement nie.. kawan hingga hujung nyawa? memang tak patut... ya.... memang tak patut.... kenapa? kerana ana mahu "KAWAN HINGGA KE JANNAHNYA"....
    wah!~ sweetnya statement nie... jadi.... jom pilih... nak yang mana??

  1. kawan hingga ke hujung nyawa??
  2. kawan hingga ke jannahNya??
kalau ana.. mestilah number 1 2...
ana pernah terbaca satu statement dari seorang ulama.. katanya "kawan yang sebenar adalah kawan yang selalu tegur kesilapann kita"...
    ana selalu jugak kena tegur dengan kawan-kawan ana kalau ana buat silap... sayang sangat kat mereka... thanks Siti Sarah Anum... :') and Nor Shafirah... disebabkan mereka, ana berubah ke arah yang lebih baik... syukran wahai sahabat.. ^^ semoga Allah merahmati kalian...
   tau konsep cinta yang sebenar... ya... konsep cinta yang sebenar adalah mahu bersama-sama ke JannahNya.... kalau kita betul-betul sayangkan kawan kita... kita pasti nak ke syurga bersamanya... tak best la kan kalau seorang ke syurga.. seorang lagi ke neraka... T.T
     Oleh itu... ayuh!~ kita bersahabat semata-mata kerana Allah... bukan kerana rupa, harta, pangkat atau darjat... yang mana terlebih atau terkurang, kita tolong lengkapkan lagi... supaya kita dan kawan kita dapat menempah syurgaNya di akhirat sana...

Setiap orang yang berkawan denganmu bukan kerana Allah,
Maka jangan kau teruskan jalinan persahabatan dengannya,
Sebaik-baik kawan, ialah kawan yang berteman denganmu kerana Allah, 
Ia akan tulus mewajahkan persahabatan dan jernih menyikapimu.
(bait-bait syair dari Ali ibnu Daud ar-Riqqi)

Bilal ibnu Saad berkata:
Kawan sejati bagimu ialah orang yang setiap kali bersua denganmu, selalu menasihati dirimu kerana Allah, serta mengingatkan nasib dirimu di hadapan Allah. Kawan seperti itu, jauh lebih baik bagimu daripada kawan yang setiap kali bertemu denganmu, dia meletakkan dinar di telapak tanganMu....

Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Demi Zat yang nyawaku berada dalam genggamanNya, kamu tidak akan masuk syurga, kecuali telah beriman. Dan kamu belum disebut beriman, kecuali saling mencintai. Mahukah kamu aku beritahu amalan yang apabila kamu kerjakan dapat menzahirkan rasa saling cinta antara kamu? Sebarkanlah salam antara sesama kamu!"
(HR Imam Muslim)

Abi Umamah berkata bahawa Rasulullah SAW brsabda:
"Orang yang mencintai sesama hamba Allah, semata-mata kerana Allah nescaya akan dimuliakan Allah"
(HR Imam Muslim)

jadi... apa lagi yang nak ditunggu...? jom.. sebarkan cinta kerana Allah.. ^^

ma'asalamah... <3



Monday 4 June 2012

SPM 's candidate

Assalamualaikum warahmatullah... actually tahun nie (2012) ana akan menduduki peperiksaan BESAR... iaitu SPM... disebabkan dakwah ni dah macam sebati dalam hidup ana.. jadi ana pilih blogging daripada guna  facebook... ^^ Dakwah nie bukan untuk tunjuk ana banyak ilmu atau pun apa-apalah, tapi untuk ana mendidik dan menasihati diri ana juga... selain nak bersama-sama kalian ke jannahNya... ya... bersama-sama kalian... ^^ ana bukanlah baik sangat.. malah pun masih jahil pasal agama ni... ya Allah..kerdilnya diriku...
     tapi tak bermakna jika kita jahil kita perlu duduk diam kan??? hey!~ berusaha itu sangat dituntut ok? kalau tak macam mana Islam nak membangun?! (isk.. emo2...)
     hehe.. dakwah nie jugak ada caranya... kita tak boleh main serang ja.... mesti iikut situasi... lain orang, lain cara penerimaannya.... apa-apa pun dakwah juga sangat dituntut dalam ISLAM... kalau anda nak cakap anda belum sempurna untuk berdakwah... anda memang silap.... okeyh.. kita pun tau kan... ulama-ulama semuanya tawaduk, banyak ilmu agama, beramal dengan ilmu agama dan mengatakan yang mereka tak sempurna... ya... sebab mereka adalah golongan yang sangat tawaduk.. kalau anda guna konsep "diri sempurna baru boleh berdakwah.." jadi bagaimana dengan ulama-ulama tadi.... ilmunya mahu dikongsi sorang-sorang? tanpa disebarkan?
   Nah... kita tak payah la guna konsep "diri sempurna baru boleh dakwah.." semua orang boleh berdakwah... kan?? ^^V

masyaAllah.. terkeluar topic.. ok-ok... back to SPM...
    ana ambil sepuluh subjek, sains tulen and akaun... antara semua subjek nie, yang paling ada suka adalah......... SEMUA.... hehe... kalau tak suka macam mana nak dapat 10A kan??? jadi ana suka semua walaupun pada hakikatnya ada subjek yang ana masih merangkak lagi... yang penting... adik-adik form 4.. takpayah la nak honey moon... naik form 5 menyesal... T.T penting skali... faham konsep pun dah cukup... ok adik-adikku??
    oleh sebab ana nak ambil SPM tahun nie... ana pun susun la jadual belajar...
   ramai yang tanya... macam mana nak buat and bla bla bla... kepada Siti Hajar.... maaf sangat-sangat... tak sempat nak jumpa hampa and tolong buat jadual belajar.... senang ja... time petang.. usaha untuk habiskan homework... malam tu boleh la study.... ikut orang jugak... kalau macam ana... malam tu ana akan ambil 3 jam.. dari pukul 9 mlm hingga 12 tgh malam.... 2 subjek.... ok Hajar??? and.. subjek yang memang susah senang scor.. add math... hehe... tolong la... sesiapa yang ambil subjek yang senang nie, buat la latihan tiap-tiap hari... setengah jam ka, 15 minit ka.... buat ja beberapa soalan setiap hari... ok???
     Jangan la duk fikir subjek nie susah, subjek tu susah... sebenarnya semuanya senang... cuba la pulak kita study selalu.... tak la jadi susah.... ok??? thinks positive...
  formula bila menghadapi ujian dalam hidup... bukan hanya dalam exam sahaja tau....
"Usaha + Doa + Tawakal = insyaAllah berjaya"


 ok??? jangan cepat give up.... gagal sekali tak bermakna gagal selamanya... ^^

ma'asalamah.... <3

CERPEN: Seindah Pelangi Sarrah


Kesibukan lebah yang bekerja terus mencuri perhatianku. Tidak pernah penat mereka ini bekerja untuk mendapatkan hasil yang baik. Walaupun zahirnya ramai yang tidak sukakan lebah kerana bisanya, tetapi mereka tidak boleh menolak hakikat bahawa madu lebah mampu memberi banyak faedah dalam kehidupan seharian. Aku masih teringat. Ummi sangat suka minum teh bersama madu lebah. Ahh. Betapa rindunya aku pada ummi dan abi. Walaupun aku sering menghubungi mereka melalui khidmat telefon bimbit, tetapi rasa rindu ini takkan pernah hilang selagi aku tak meyentuh kulit tua mereka. Mataku terus meliar mengikut rentak lebah di taman bunga ini. Sambil mulutku tak henti-henti berzikir memuji Allah SWT kerana ciptaanNya yang sangat indah ini.
     “Diam mukmin itu berfikir, bercakap mukmin itu berzikir” hatiku berbisik senang. Pagi tadi aku sudah berjanji untuk berjumpa dengan Ayesha selepas asar. Ayesha. Rakan yang paling aku sayang. Tali persahabatan kami terikat kukuh keranaNya. Seusai solat asar di masjid, aku terus datang ke sini.
     Dari jauh aku melihat kelibat lembaga yang pantas bergerak ke arahku. Tahulah aku bahawa itu ialah Ayesha. Jubah dan tudung labuh hitam yang dipakainya menyerlahkan lagi kulit hitam manisnya. Pergerakannya pantas tetapi tawaduk. Itulah dia, muslimah acuan Islam. Ayesha memegang satu sampul bewarna biru. Sejujurnya, aku tidak jelas akan pertemuan dengannya kali ini. Mungkin ada hal penting yang mahu dia sampaikan.
     “Assalammualaikum warahmatullah” kami bersalaman dan berpelukan.
     “Wa’alaikumsalam warahmatullah.” Selepas kami meleraikan pelukan, aku memandang wajah bersih Ayesha. Matanya bercahaya. ‘mungkin ada sesuatu yang penting yang mahu dia kabarkan kepadaku’ detik hatiku.
     “Mari, kita duduk dulu.” Aku mengajak Ayesha duduk atas bangku di bawah pohon yang rendang. Angin petang menambahkan lagi ketenangan dalam hatiku. Seusai duduk, Ayesha memberikan sampul yang dipegangnya tadi kepadaku.
     “Apa ini ukhti?” Aku memandang Ayesha. Seperti sampul kad perkahwinan.
     “Bukalah dulu. Lepas tu ukhti tahu la.” Ayesha mengenyitkan matanya kepadaku. Aku tergelak kecil. Sungguh comel gaya sahabatku ini. Aku yakin pasti ada berita gembira. Mungkinkah dia akan menikah? Tidak mustahil juga kerana kami berada di semester akhir di universiti. Aku membuka sampul ini dengan penuh tanda tanya.
‘majlis perkahwinan Muhammad Yusuff al-Qobus bin Naqiuddin dan Sophea Ayesha binti Muhammad’

     Aku terpaku. Lidahku kelu. Adakah aku sedang bermimpi? Ya Allah. Ujian apakah ini? Air mataku hampir menitis. Tapi aku tahan juga. Aku tidak mahu Ayesha tahu bahawa aku mencintai lelaki yang namanya tertera di atas kad perkahwinan ini. Aku tundukkan pandangan. Aku rasa seperti kepala ku dihempap dengan batu yang besar.
     “Sarrah?” Ayesha memegang bahuku. Aku mengangkat muka. Aku yakin, purdah yang aku pakai ini sedikit sebanyak akan melindungi kesedihanku. Ayesha memandangku kehairanan.
     “Kenapa mata ukhti berair? Anti menangis?” Ayesha bertanya.
     “Ya. Sahabatku. Ana terharu. Sahabat ana akan menjadi seorang isteri.” Aku cuba berselindung. ‘menjadi isteri seseorang yang ana cinta’ hatiku berbisik. Aku dapat melihat Ayesha tersenyum manis.
     “Boleh ana tanya sesuatu pada ukhti?” aku bersuara.
     “Ya. Tanyalah.” Ayesha memandangku.
     “Macam mana ukhti boleh kenal dia?” aku bertanya dalam keadaan yang teragak-agak.
     “Ohh. Fasal itu. Begini. Kami mula kenal semasa bulan Ihya Mahabbah Rasulullah 5 bulan lepas. Semasa itu kami sama-sama bekerjasama untuk persiapan bulan tu. Tak sangka pula perasaan istimewa antara kami mula membenih. Kenapa ya ukhti?”
     “Tak ada apa-apa. Maaf ya ukhti. Ana terpaksa pergi sekarang. Ada kerja yang ana perlu selesaikan sebelum masuk waktu maghrib.” Aku meminta diri. Kami bersalaman dan berpelukan. Ayesha memegang tanganku dan mengucapkan terima kasih. Aku mengangguk dan berlalu pergi.
     Tidak ada perkataan lain yang dapat aku sebut selain nama Allah. Allah. Allah. Hatiku sakit. Kali ini, aku tidak dapat menahan lagi air mataku. Bagaikan empangan air yang pecah. Begitu jugalah lajunya air mataku. Kakiku berasa lemah. Aku terus menuju di sebuah pondok berdekatan. Aku yakin. Tempatku sudah jauh dari Ayesha. Hujan rahmat mula membasahi bumi.
     Muhammad Yusuff al-Qobus. Dialah lelaki pertama yang dapat mencuri hatiku. Akhlaknya, hubungannya dengan muslimat, agamanya, semuanya dijaga. Dia merupakan ketua pelajar di sekolah. Dia jualah yang membangkitkan nama Islam dalam kalangan ahli sekolahku kerana kami bukan berasal dari sekolah agama. Aku mencintainya sejak berada di tingkatan 5, sehingga sekarang. Rasa itu tak pernah berkurangan walaupun sedikit. 7 tahun aku memendamkan perasaan suci ini. Dalam setiap doaku, aku memohon kepada Allah supaya pertemukan kami dalam redaNya. Tapi kali ini……. Aku tersepit antara kasih sahabat dan orang yang aku cinta. Apa yang patut aku buat sekarang? Aku mencintai kedua-duanya kerana Allah. Fikiranku buntu.
     ‘Ya Allah yang Maha Mengetahui. Bantulah hamba untuk melupakan dia. Ya Allah. Peganglah hati hamba. Jangan lepaskan hamba ya Allah. Hamba tak kuat tanpaMu ya Allah. Ya Allah. Bantulah hamba untuk melupakan dia. Agar sahabat hamba dapat hidup bahagia dengan insan yang bakal menjadi suaminya. Cukuplah Engkau bagi hamba. Cukuplah Engkau bagi hamba. Cukuplah Engkau bagi hamba. Aminn ya Robb.’
     Al-Quran yang aku bawa, aku peluk erat. Dengan harapan bertambah kuat hatiku untuk menghadapi hakikat ini. Air mata ku tak henti-henti mengalir. Purdah hitam yang ku pakai semakin basah. Aku selak setiap helai muka surat al-Quran. Sehinggalah mataku terpaku pada satu ayat.
     “Apakah kamu sudah kira kamu sudah beriman, sedangkan kamu belum diuji?”
Aku menutup semula naskah al-Quran ini. Cuba ku hadam ayat Allah ini. Tiba-tiba aku teringat kata-kata ummiku. ‘Semakin kuat ujian Allah kepada hambaNya, itu tandanya Allah semakin sayangkan kita. Cinta tak semestinya memiliki’ Aku tersenyum.
     “Cinta tak semestinya memiliki.” Aku sebut perkataan ini tanpa aku sedari. Kali ini hatiku bertambah kuat untuk melupakan Yusuff. Aku pandang ke hadapan. Nampaknya hujan sudah reda. Aku menapakkan langkah untuk pulang ke bilik asrama. Ku alunkan istighfar dalam setiap langkahku. Ya Allah. Sisihkanlah dia dari hatiku. Sisihkanlah.

SEBULAN telah berlalu. Alhamdulillah. Allah izinkan aku untuk melupakan Yusuff. Kalau adapun, aku pasti rasa itu hanya sedikit. Bahagia Ayesha lebih utama bagiku. Aku buka laci meja ku. Mencari kad perkahwinan mereka. Aku buka perlahan-lahan. Kali ini aku tersenyum senang. Malam ini majlis akad nikah mereka. Hmm. Aku mahu belikan sesuatu untuk Ayesha dan Yusuff. Aku memandang jam di dinding. Masih awal. Aku bersiap-siap untuk keluar. Aku ada mengajak Fatimah untuk menemani aku. Dia akan menjemputku pukul 3 petang nanti. Aku mengenakan pakaian serba hitam. Aku ikat kemas purdahku. Harapnya Allah akan menjaga ku di luar sana dari fitnah manusia.
     “Hon! Hon!.” Aku memandang ke luar. Fatimah sudah sampai dengan kereta Myvi miliknya. Kami bersepakat untuk menuju ke kedai buku Pustaka Darussalam. Aku mahu belikan Al-Quran untuk Ayesha dan Yusuff.
     “Sarrah. Ada yang ana nak tanya kepada ukhti.” Fatimah mula berbicara.
     “Hmm? Tanyalah. InsyaAllah ana jawab.” Aku memandang Fatimah. Nada suaranya serius.
     “Begini. Abang ana yang belajar di Mesir tu, sekarang dia tengah bercuti. Ukhti pun tau kan?”
     “Ya. Ana tau. Kenapa ukhti?” aku mengajukan soalan kembali pada Fatimah.
     “Minggu lepas kan ukhti datang ke rumah ana. Abang ana ada beritahu ana yang dia dah tertarik untuk jadikan ukhti sebagai isterinya.” Fatimah menuturkan ayat dengan berhati-hati. Aku terkelu. Aku pernah ternampak abang Fatimah. Semasa itu dia baru pulang dari solat Jumaat. Aku dan Fatimah sedang berbincang tentang usrah di luar rumahnya. Abangnya menuju ke arah kami ketika dia melihat Fatimah. Tetapi selepas dia perasan akan kehadiranku, dia terus masuk ke rumah. Peristiwa itu agak lucu bagiku dan Fatimah.
     “Hmm. Boleh berikan ana masa dulu?”
     “Alhamdulillah. Ukhti istikharahlah dulu. Tak perlu tergesa-gesa. Pernikahan bukan perkara main-main.” Fatimah tersenyum manis kepadaku.
 
SETELAH aku pulang dari majlis akad nikah Ayesha. Ummi terus menghubungiku. Semasa bertanya khabar, suara ummi lain sekali. Seperti ada sesuatu yang gembira dia mahu khabarkan kepadaku.
     “Anak ummi dah sedia nak menikah?” aku tersentap. Takkanlah dia dah pergi berjumpa dengan abi dan ummi?
     “Hmm. Kenapa ummi tanya? Ada orang datng merisik kakak?” aku bertanya. Ummi tergelak kecil.
     “Ya sayang. Abang Fatimah yang belajar di Mesir tu.” Dengan nada gembira ummi memberitahu aku.
     “Jadi apa pandangan ummi dan abi terhadap abang Fatimah?” aku bertanya lagi. Bagiku, pilihan ummi dan abi adalah yang terbaik untukku.
     “Ummi dan abi suka dengannya. Nama dia Luqman. Muhammad Luqman Hakim. Sejuk mata ummi tengok dia. Orangnya pula sopan. Terpikat abi kakak tau? Dia dah semester akhir di Mesir. Tak lama lagi habis la.” Penuh bersemangat dan ceria ummi ceritakan kepadaku tentang abang Fatimah itu. Aku membisu.
     “Ummi dan abi tak paksa kakak. Kakak ambil masa dulu. Istikharah. Ya sayang?”
     “Terima kasih ummi. Ya. Kakak akan istikharah. Doakan yang terbaik untuk kakak ya  ummi. Rindu ummi. Sampaikan salam kakak kepada abi ya ummi? Assalammualaikum.”
     “Jaga diri ya sayang. InsyaAllah ummi sampaikan. Rindu kakak juga. Wa’alaiksalam warahmatullah” aku meletakkan gagang telefon bimbitku. Lama ku renung sambil otakku ligat berfikir. Hmm. Lagi 2 bulan habislah semester akhir aku ini.
    Selama 3 hari ini, malam-malam ku, aku hiasi dengan tahajjud dan istikharah kepada Allah. Memohon petunjuk. Sesungguhnya hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untukku.
    ‘Ya Allah, hanya Engkau yang tahu apa yang terbaik untuk hamba. Ya Allah. Jika Engkau telah takdirkan dia untuk hamba dan hamba untuknya, pertemukanlah kami dalam redaMu’
     Aku harap perkahwinan ini bukan untuk mengubati luka yang pernah berdarah di hatiku. Tetapi aku mengharapkan perkahwinan ini agar menjadi aset aku ke jannahNya. Ya Allah. Tunjukkanlah jalanNya.
    Dengan lafaz bismillah, aku menghubungi abi, wali aku. Aku beritahu abi bahawa aku sedia menerima Muhammad Luqman Hakim sebagai suami ku. Abi sungguh gembira dengan keputusan aku.
     “Alhamdulillah. Syukurlah. Abi sangat suka Luqman tu. Sesuai sangat dengan anak dara abi ni. Abang Atif pun suka dengan bakal adik ipar dia. Hujung minggu ni kakak balik rumah ok? Kita makan sama-sama dengan keluarga dia.” Pesan abi padaku. Aku hanya menuruti apa yang abi pinta. Apa yang ummi dan abi pilih, itulah yang terbaik untukku.

DUA keluarga yang bakal bersatu ini solat maghrib berjemaah di rumah abi. Di rumahku ada disediakan bilik solat. Agak luas. Abi sediakan semua ini kerana keluarga besar abi selalu berkumpul di sini apabila pulang ke kampung. Luqman menjadi imam. Abi yang beri tanggungjawab kepadanya. Kata abi, mahu menguji calon menantunya. Aku tenggelam dalam solat. Suaranya yang merdu menjadikan solat ini lebih sayu.
    Selepas solat maghrib berjemaah semua berkumpul di ruang tamu rumahku. Abi ada bertanya pada Luqman. Tidak mahukah dia melihat wajahku sebelum menjadikan aku isterinya. Luqman menolak. Katanya, biarlah aku menjadi yang halal baginya barulah dia mahu menatap wajahku. Itu adalah satu nikmat baginya. Aku tertunduk malu. Wajah Luqman yang putih bersih mampu menarik perhatian mana-mana bidadari dunia untuk jatuh cinta kepadanya. Sesekali aku mencuri pandang wajahnya itu. Aku tahu dia perasan akan kelakuanku. Cuma dia endahkan.
     Kali ini, Abi telah menetapkan majlis akad nikah dan perkahwinan. Permintaan aku dan Luqman agar majlis ini di buat biasa-biasa saja. Yang penting adalah majlis itu nanti akan dilimpahkan rahmat dari Allah SWT. InsyaAllah. Majlis akad nikah ini akan berlansung lagi dua bulan. Selepas aku habis ‘final exam’. Begitu juga Luqman.

DUA bulan telah berlalu. Malam ini aku dan Luqman akan diijab kabul. Aku mengenakan jubah putih bersih. Tudung labuh dan berpurdah. tidak lupa juga sarung kaki. Aku tak henti-henti berdoa agar majlis ini mendapat rahmat darinya.
     Selepas Isyak, semua berkumpul di Masjid Jamek Pulau Pinang. Luqman duduk membelakangiku. Abi duduk menghadapnya. Ramai rakan-rakan seperjuanganku yang hadir. Ayesha dan Yusuff  juga hadir. Nampaknya sahabatku ini lebih berseri-seri selepas nikah. Ayesha duduk di sebelah kiriku. Ummi pula duduk di sebelah kananku. Ummi pegang erat tanganku. Seperti tidak mahu melepaskan aku kepada muslimin lain.
     “Jadilah isteri yang solehah. Ummi dan abi sentiasa doakan kebahagiaan kakak.” Ummi berbisik kepadaku. Air mataku hampir menitis. Ku pandang wajah tua ummi. Ummi tersenyum manis kepadaku.
     “Aku nikahkan dikau Muhammad Luqman Hakim bin Yasin dengan puteriku, Sarrah Althafunnisa binti Abu Bakar dengan mas kahwinnya RM80 tunai.” Kali ini mataku tertunduk. Lagi beberapa saat aku akan memikul tugas yang berat sebagai seorang isteri.
     “Aku terima nikahnya Sarrah Althafunnisa binti Abu Bakar dengan mas kahwinnya RM80 tunai.” Balas Luqman dengan sekali lafaz. Abi memandang saksi-saksi.
     “Sah, sah, sah.” air mataku nenitis. Syukur ya Allah. Hanya itu yang mampu aku ucapkan.
     “Alhamdulillah. Allahuakhbar. Allahuakhbar. Allahuakhbar.” Aku mendengar semua yang berada dalam masjid ini bertakbir memujiNya. ‘Ya Allah. Berkahilah perkahwinan kami.’ Hatiku berbisik.
     Selepas membacakan doa, Luqman melakukan solat sunat dua rakaat. Seterusnya acara pembatalan air sembahyang. Luqman menghulurkan tangannya sebagai tanda aku melakukan hal yang sama. Dia menggapai cincin dan memegang tanganku. Aku terasa satu kedamaian ketika memegang tangannya. Sangat selesa. Seperti tangan kami sudah lama berkenalan. Luqman menyarungkan cincin di jari manisku. Aku pun melakukan hal yang sama. Setelah bersalaman, kami bergambar di dalam masjid. Dia tidak mengucup dahiku di khalayak ramai kerana baginya hal itu terlalu istimewa. Orang lain tak boleh lihat. Aku tersenyum senang. Dia mengerti aku.
     Semasa jamuan diadakan, Luqman mengajak ku duduk di dalam masjid sebentar. Ada yang mahu dia bicarakan kepadaku. Dia memimpin tanganku ke suatu sudut masjid. Kami duduk menghadap kiblat. Aku memegang erat tangan kanannya. Dia pula memegang erat tangan kiriku. Bagaikan pasangan kekasih yang sudah lama berpisah dan bertemu kembali, seperti itulah eratnya pegangan tangan kami.
     “Terima kasih kerana Sarrah sudi jadi yang halal bagi abang. Abang rasa bertuah sebab dapat memiliki bidadari seperti Sarrah.” Luqman memandang tepat ke mataku. Apabila melihat matanya, aku dapat merasakan kedamaian yang aneh. Sangat menyenangkan jiwa.
     “Terima kasih juga sebab sudi terima Sarrah untuk menjadi yang halal bagi abang.” Aku tersenyum.
      “Biarlah semua bidadari mencemburuimu sayang. Abang tahu apa yang Sarrah lalui selama ni. Fatimah ada cerita pada abang. Isteri abang ni memang kuat ya?” Luqman mencubit hidungku. Walaupun aku memakai purdah, dia tetap melakukan hal itu. Aku tersentap. Fatimah cerita? Fasal Yusuff?
     “Abang. Itu kan cerita lama. Kan sekarang Sarrah dah ada abang. Kita suburkan cinta kita ini selepas nikah, cinta yang halal. Kita bina keluarga yang sakinah, mawaddah, warohmah. Ya?” aku mencubit pipi bersih Luqman. Dia tergelak kecil.
     “Jom sayang. Kita layan tetamu kat luar.” Luqman mengajakku.
     “Abang pergi dulu ya? Sekejap lagi Sarrah ikut.”
     “Aiwah. Jaga diri. Abang sayang Sarrah kerana Allah.” Dia mengucup dahiku. Belum sempat dia melangkah keluar, aku terus memegang tangan kanannya. Aku pegang erat tangan itu. Aku kucup sebagai tanda aku sangat menghargai kehadirannya dalam hidupku. Luqman tersenyum. Dia memegang kepalaku dengan penuh kasih sayang dan berlalu pergi. Aku merasa sangat bahagia.
     ‘Ya Allah. Teguhkanlah cinta kami kerana Mu. Suburkanlah cinta kami di jalanMu. Jadikanlah kami sebagai suami isteri yang saling melangkapi. Kuatkanlah kami yang bakal menempuh cabaran sebagai suami isteri ini. Syukran ya Allah. Kau telah berikan hamba suami yang soleh. Kau berikanlah pula hamba anak-anak yang soleh. Amin ya Robb.’
Aku terus sujud syukur. Semasa aku menoleh ke belakang, aku melihat Ayesha dan Fatimah sedang memandangku. Mereka terus memelukku.
    “Uhibbuki fillah.” Mereka sebut perkataan istimewa ini serentak. Aku memandang wajah bersih mereka berdua. Aku tersenyum.
    “Ana uhibbuk antunna fillah kaman.” Kami genggam tangan bersama. Erat.
    “Jom. Kita layan tetamu yang hadir.” Ajak Ayesha. Aku mengangguk dan keluar bersama-sama Ayesha dan Fatimah.
‘La’ tahzan. Innallah ma’ana. Jangan bersedih jika Allah berikan kita hujan, kerana bila matahari menerpa, pasti kita akan mendapat pelangi yang cukup indah.’ Aku berbisik dalam hatiku. Kini aku merasainya. Syukran ya Allah.

-TAMAT-

Glosari
ana = saya
anti = kamu (perempuan)
ukhti = saudari
ummi= ibu
Abi = ayah
Uhibbuki fillah = mencintai kamu (perempuan) kerena Allah.
ana uhibbuk antunna kaman = saya mencintai kamu (sekalian perempuan) kerena Allah juga.
Aiwah= baiklah
Muslimin= lelaki beragama Islam.