Followers

Saturday 1 September 2012

Muslimah: Permata Islam..

Assalammualaikum warahmatullah..
Segala puji bagi Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..




Allah berfirman dalam kitab suci Ummat Islam;

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." Surah An-Nur ayat 31.

Allah menerangkan secara jelas tentang batas aurat wanita.. iaitu, sebagai seorang muslimah kita perlu menyekat pandangannya serta memelihara kehormatannya.. muslimah tidak perlu mendedahkan aurat mereka kecuali bagi yang telah dinyatakan dalam ayat.. muslimah hanya boleh menampakkan yang zahir sahaja kepada ajnabi mereka... hal ini jelas didapati dalam hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Jika seorang anak perempuan itu telah baligh, hanya wajah dan dua telapak tangannya sahaja boleh kelihatan." Riwayat Abu Dawud.


dalam hadis ini, Nabi Muhammad SAW menjelaskan bahawa yang zahir itu adalah muka dan telapak tangan sahaja... hal ini juga bermaksud, kaki juga harus ditutup...

Allah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud:

"Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri orang-orang mukmin 'Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka,' yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak diganggu." Surah al-Ahzab ayat 59.

jilbab di dalam ayat ini bermaksud sejenis baju kurung yang lapang, iaitu dapat menutup kepala, wajah dan dada. Melalui syariat pemakaian muslimah di dalam islam, syarat-syaratnya mestilah seperti berikut.
-menutup seluruh tubuh kecuali wajah dan tapak tangan.
-tidak menampakkan bentuk tubuh iaitu tidak ketat dan jarang.
-pakaian yang dipakai hendaklah besar dan tebal supaya melindungi aurat.
-pakaian yang tidak mengikut pakaian lelaki.
-tidak bertabarruj.
-tudung yang dipakai hendaklah menutup dada.

Di dalam ayat ini juga, Allah menyatakan bahawa muslimah yang memakai pakaian yang mengikut syariat Islam ini akan lebih mudah dikenali sehingga muslimah ini tidak diganggu.. bagi pemakai tudung labuh, ana yakin dan sangat-sangat pasti mereka ada pengalaman ini.. Tudung labuh adalah salah satu pakaian muslimah yang mengikut syariat Islam.. pada pengalaman ana sendiri.. muslimah yang hanya memakai tudung biasa.. lelaki lain tidak segan untuk bertepuk tampar dan bersalaman dengan mereka.. tetapi jikalau dengan muslimah yang memakai tudung labuh, mereka akan menjaga pergaulan.. nak cakap pun mereka akan cuba gunakan bahasa yang sopan.. Seronok bukan? hak kita, orang lain hormati.. ada juga wanita yang beragama islam, tetapi tidak bertudung, ramai yang tidak dapat pastikan sama ada mereka Islam atau beragama lain... kepada wanita Islam.. memakai pakaian yang menutup aurat itu adalah wajib.. seperti mana tuntutan solat.. jika tutup aurat tapi tak solat, tak boleh... jika tak tutup aurat dan solat pun belum sempurna... kan cantik dan molek jika wanita Islam menutup aurat dan menjaga solatnya? :)

Wanita Islam  itu sangat mahal kerana selalu menjaga auratnya.. menjaga pergaulannya.. menjaga akhlaknya..  alangkah bagusnya jikalau semua wanita Islam sebegitu...

Wanita di dalam Islam diangkat darjatnya berbanding wanita-wanita lain.. muslimah juga sangat-sangat mudah memasuki syurga berbanding lelaki... masih ingtkah kita.. lelaki tidak akan masuk syurga melainkan bersama-sama isterinya... dan wanita boleh masuk syurga tanpa suaminya... tugas sebagai seorang muslimin ini sangat berat.. terutama yang sudah berumah tangga.. mereka perlu tanggung semua dosa yang dilakukan isteri-isteri dan anak-anaknya... dan jika dia berpoligami, dia perlu adil terhadap isteri-isterinya.. mereka juga perlu melaksanakan perintah jihad fisabilillah.. sedangkan wanita tidak... Rasulullah pernah bersabda:

"Jika perempuan mengerjakan solat, memelihara kehormatannya dan taat pada suami maka akan dikatakan padanya masuklah ke dalam syurga dari pintu mana yang engkau sukai." Hadis riwayat Ahmad dan Thabarani.

lihat.. betapa senangnya untuk wanita memasuki syurga.. Alhamdulillah.. tetapi wanita perlu menjaga auratnya, tidak mengumpat, tidak berzina dan melakukan apa yang Rasulullah sarankan, insyaAllah, mudahlah bagi wanita itu untuk memasuki syurga.. ^^
memang bukan mudah untuk menjadi solehah.. tetapi sekurang-kurangnya kita perlu berusaha menjadi yang solehah.. mencari cinta yang hakiki.. cinta Ilahi...
jika dilihat dari aspek kehidupan.. sebenarnya tanggungjawab wanita itu lebih sikit berbanding lelaki... lelaki sifatnya melindungi wanita, memberi nafkah zahir dan batin.. tanggungjawab lelaki pasti akan disoal di akhirat kelak... lihatlah.. masih tidak gembirakah Allah menciptakan kamu menjadi seorang wanita yang hidup sebagai orang Islam??
sepaptutnya kita bersyukur Allah lahirkan kita dari rahim seorang ibu yang beragama Islam... bukan Allah saja-saja pilih tahu? tapi kita adalah hamba yang terpilih untuk menjadi ummat Muhammad SAW.. begitu juga non-muslim yang Allah telah memberikan hidayah untuk memeluk Islam... kita adalah makhluk yang terpilih.. bersyukur lah wahai insan...

Ada insan yang cakap..
"Aku hidup sebagai orang Islam nie, tak rasa pun indahnya hidup dalam agama Islam.."
nak tahu kenapa... kerana kita tak mengamalkan Islam sepenuhnya dalam kehidupan kita... jika kita mengamalkan Islam sepenuhnya, insyaAllah, kita akan merasai nikmat menjadi Ummat Muhammad SAW..
teruskan berusaha untuk mencari cintaNya...

semoga Allah reda..