Followers

Friday 31 August 2012

CERPEN: Persahabatan ini..

Adam melangkah pantas menaiki tangga menuju ke tingkat paling atas. Hatinya meronta-ronta agar maklumat yang baru didengarinya hanyalah rekaan semata-mata. Pelajar yang berpusu-pusu menuruni anak tangga langsung tidak menghalang Adam untuk terus berjalan. Waktu rehat baru bermula. Waktu sekarang adalah waktu untuk pelajar berehat dan membuat hal masing-masing.
     Adam menghentikan langkahnya. Cermin mata yang dipakainya dibersihkan dengan baju sekolah yang disarungkannya lalu cermin mata itu diletakkan kembali ke tempat asalnya. Hatinya terus beristighfar. Adam menundukkan pandangan. Lalu meninggalkan tingkat 3 banggunan sekolah itu. kakinya menapak perlahan menuju ke kelas. Adam masih tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.
     Adam melabuhkan punggungnya di atas kerusi kayu yang menjadi tempatnya di dalam kelas 5 Batutah. Matanya terpandang bekalan yang dibawa. Hari ini, dia yang akan membawa bekalan makanan untuk dikongsi bersama Asyraf. Kelmarin, Asyraf yang bawa bekalan makanan. Tugas ini akan mereka lakukan berselang-seli. Rasa yang mencucuk-cucuk perutnya dari pagi langsung hilang apabila teringatkan peristiwa tadi. Adam tidak habis fikir bagaimana Asyraf boleh berjumpa dengan perempuan dalam keadaan yang mesra. Sebelum ini Asyraf tidak begitu. Tapi kenapa hari ini? Adam menyoal sendirian.
     "Adam, ada bawa tak nasi goreng ayam yang anta janji kelmarin?" Asyraf menyapa Adam. Langsung Adam ditarik keluar dari lamunannya. Adam menunduk. Lalu bekalan makanan diletakkan di atas meja Asyraf, iaitu disebelah mejanya.
     "Makanlah. Selera ana dah hilang." Adam bangun lalu meninggalkan Asyraf dalam keadaan terpinga-pinga. Adam mengerutkan dahinya. Pelik dengan kelakuan Adam. Tidak pernah Adam buat begitu kepadanya.

LOCENG berbunyi menandakan waktu persekolahan telah tamat. Adam mengemaskan mejanya lalu dia berlalu keluar dari makmal kimia. Sekali lagi dia meninggalkan Asyraf. Selalunya Adam dan Asyraf bagai isi dengan kuku. Mereka selalu bersama.
     "Adam! Tunggulah." Asyraf memanggil Adam dari belakang. Tapi panggilan Asyraf langsung tidak mematikan langkah Adam yang pantas. Dari tadi dia cuba mengejar Adam yang merupakan antara atlet sukan sekolahnya. 'Berjalan laju mengalahkan zirafah,' Asyraf mengomel dalam hati. Lalu Asyraf mengambil langkah untuk mendapatkan Adam dengan berlari.
     "Adam. Kenapa dengan anta ni?" Asyraf memegang tangan Adam supaya dia berhenti berjalan. Adam merenung tajam ke dalam anak mata Asyraf.
     "Kenapa dengan ana? Anta tu yang kenapa?"
     "Kenapa dengan ana?" Asyraf menyoal kembali. Tidak faham dengan maksud Adam.
     "Anta ingat ana tak nampak apa yang anta buat waktu rehat tadi? Gelak-gelak dengan junior perempuan. Mana Asyraf yang jaga pergaulan yang ana kenal dulu? Ah. Sudahlah!" Adam melepaskan cengkaman Asyraf di lengannya lalu meninggalkan Asyraf bersendirian. Asyraf terpaku. 'Apa yang ada di fikiranmu, sahabat?' Asyraf memandang Adam yang meninggalkannya dengan perasaan sayu. 'Biarkanlah dulu. Esok aku terangkan kepada Adam.' Asyraf cuba menyenangkan hatinya yang gusar kerana tidak percaya akan peristiwa yang baru beberapa saat meninggalkannya.

ASYRAF meletakkan beg sekolahnya di atas kerusi kayu di sebelah Adam. Asyraf memandang Adam. Selalunya pagi-pagi begini pasti mereka akan keluar bertugas di pintu pagar bersama-sama. Mereka akan tukar-tukar cerita akan peristiwa yang berlaku di rumah. Tapi sejak seminggu yang lalu, semua itu telah tiada. Bahkan tiada lagi gelak ketawa Adam untuk didengari. Dalam seminggu itulah Asyraf sudah cuba bermacam-macam cara untuk menerangkan kepada Adam. Tapi, tidak ada apa-apa respon dari sahabat akhrabnya itu. Apa bila ditegur, dia cuba mengelak. Malah kawan-kawan sekeliling pun sudah menyedari kerenggangan hubungan mereka. Asyraf berlalu keluar dari kelas meninggalkan Adam tanpa sebarang kata. Kelmarin ada jugalah dia memberitahu Adam bahawa dia mahu keluar bertugas walaupun Adam hanya buat tidak tahu. Tapi Asyraf malas untuk berbicara. Bukan kerana sudah putus semangat untuk memperbaiki hubungan mereka, tapi dia tidak mahu ganggu Adam buat sementara waktu. Bagi Asyraf, dia mahu Adam punya masa untuk bertenang juga. Tetapi sudah seminggu. Takkanlah hatinya masih begitu?
     Adam yang menyedari pemergian Asyraf terus mengemaskan mejanya untuk pergi ke tapak perhimpunan. Buku teks Bahasa melayu yang hendak disimpan dibawah mejanya di belek-belek. Tiba-tiba terjatuh satu sampul surat di atas lantai. Adam mengambilnya lalu mengerutkan dahinya. Siapa yang bagi ni. Takkanlah peminat. Aku bukannya handsome pun. Adam berdialog sendiri sambil bibirnya tersenyum bak kerang busuk. Menyedari namanya tertera di luar sampul surat itu, Adam terus membukanya lalu membaca surat yang ditulis.

Assalammualaikum warahmatullah wahai sahabatku dari syurga..
sungguh, ana merindui persahabatan kita... ana rindu gelak ketawa anta.. ana rindu masakan anta.. dan yang paling penting, ana rindu nasihat anta... bukankah Adam yang ana kenal adalah seorang hamba Allah yang mulutnya ringan untuk menasihati orang lain... tapi kenapa anta buat ana macam ini? apa yang ada di dalam fikiranmu wahai sahabat?
macam-macam yang ana cuba buat untuk pulihkan hubungan kita.. ana merayu pada anta.. tolonglah dengar penjelasan ana..
junior perempuan yang ana jumpa hari itu hanya pinjam buku 'cinta Habiballah' dari ana.. mungkin anta pelik kenapa kami gelak-gelak.. sebabnya, ada sesuatu yang melucukan yang anta tulis dalam buku itu.. anta ingatkan yang anta pernah pinjam buku tu dahulu dari ana? lepas itu anta tulis pasal apa yang ana buat di kem awal tahun lepas.. peristiwa yang anta anggap lucu itu? masih ingat? junior tu terbaca apa yang anta tulis.. salahkan untuk dia ketawa sebab terbaca apa yang anta tulis? takkanlah ana nak buat muka 'nothing happen' depan dia. mestilah ana senyum kan? semasa ana nak ambil balik buku tu dari dia, kawan dia ada teman dia semasa jumpa ana... mungkin anta tak nampak sebab kawannya duduk di bahagian yang agak terlindung.. kami tak ada apa-apa hubungan.. malah ana hanya anggap dia sebagai saudara seagama sahaja.. tidak lebih dari itu..
berfikirlah wahai sahabat.. jangan bertindak melulu seperti syaitan... tapi bertindaklah seperti kekasih kita, Nabi Muhammad yang sentiasa berfikir sebelum bertindak..
kehadiran anta telah banyak mengubah ana.. malah persahabatan kita sudah tejalin selama 5 tahun.. takkan anta nak robohkan persahabatan ini hanya kerana peristiwa yang kecil itu?
sahabat.. ana masih perlukan anta dalam perjuangan ana ini.. bukankah kita pernah berkata bahawa persahabatan ini terbina semata-mata keranaNya..?
ana mohon maaf jikalau ana ada menyakitkan hati anta dalam ana sedar ataupun tak.. ana masih sayangkan perhubungan kita.. kalau anta maafkan ana.. kita jumpa di depan surau semasa rehat.. kalau anta tak maafkan, jangan datang.. ana faham..

salam sayang, cinta dan kasih: Muhammad Asyraf Syaufiq..

     Adam melipat kembali surat pemberian Asyraf. Air matanya hampir menitis. Ya Allah, apa yang aku fikir selama ini. Maafkan aku sahabat, aku terlalu mengikut nafsu amarahku. maafkan aku. Adam membisik perlahan.

ADAM melangkah laju menuju ke arah surau. Harapnya Asyraf masih ada di situ kerana Adam ada urusan sebentar tadi. Adam memperlahankan langkahnya apabila melihat Asyraf sedang duduk di tangga dihadapan surau.
     "Assalammualaikum. Maaf ana lambat." Adam menyapa Asyraf. Asyraf bangun apabila melihat kehadiran Adam. Lalu dia menjawab salam Adam. Asyraf mengajak Adam untuk mengambil tempat di depan surau. Tanpa teragak-agak, Adam hanya menuruti keinginan Asyraf.
     "Jadi, anta dah maafkan ana?" Asyraf memulakan bicara.
     "Bukan salah anta, ana yang salah sebab bertindak sebelum berfikir. Maafkan ana." Adam tertunduk. Kesal dengan sikapnya. Asyraf terseyum manis. Dia bersyukur kerana Adam sudah sedar akan kesilapannya.
     "Tak apa, salah ana juga sebab pergi tak ajak anta." Angin duha membelai mereka. Asyraf dapat merasakan kedamaikan ketika ini.
     "Persahabatan ini..... Kerana Allah ya?" Adam memandang Asyraf. Mata Adam sudah mula merah kerana kesan menangis.
      "Mestilah. Ana sangat sayangkan anta keranaNya." Asyraf tersenyum dalam menahan air mata. Tanpa disangka-sangka Adam memeluk tubuhnya sambil menangis. Asyraf terharu lalu membalas pelukan Adam. Inilah kali pertama mereka berpelukan dalam keadaan begini. Keadaan yang syahdu dan gembira membaluti mereka.

"EII.. Tengok! Pasangan gay dah masuk kelas!" seorang rakan lelaki bersuara kuat apabila Adam dan Asyraf melangkah memasuki kelas. Adam mengerutkan dahi. Tahulah dia bahawa kata-kata itu ditujukan kepadanya dan Asyraf.
     "Kenapa pula gay?" Adam bertanya. Asyraf mendiamkan diri. Dia hanya berdiri di sebelah Adam.
     "Yalah, aku nampak hampa berpelukan kat depan surau. Eh hampa dua ni. Dah la peluk kat tempat terbuka, kat depan surau pulak tu! Tak malu ka?" Badrul bercakap dengan pelat Kedahnya menceritakan peristiwa yang dilihatnya semasa rehat tadi. Adam terdiam. Otaknya ligat berfikir sambil mencari jawapan yang sesuai untuk makhluk Allah seperti Badrul ini.
     "Salahkah kalau berpelukan? Anta tahu mana haram? Bukankah itu adalah salah satu dari sunnah Rasulullah SAW. Bukan senang nak dapat kawan yang sanggup peluk kita untuk menenangkan kita. Meh sini ana peluk anta untuk bagi anta tenang sikit." Asyraf mendepakan tangannya lalu menuju ke arah Badrul. Badrul mengelak dan bersembunyi di belakang Adam. Satu kelas ketawa dengan sikap Badrul.
      "Eh. hang sabaq la dulu. aku tak habih cakap lagi. Haa... Betul cakap hang. Sunnah Rasulullah SAW. Nasib baik hang ingatkan aku. Tapi aku tak mau lah peluk hang. Cukuplah mak aku yang selalu dok peluk aku." ketawa yang semakin perlahan bertambah kuat kembali atas penerangan Badrul. Badrul mengetuk kepalanya sendiri kerana rahsianya sudah terbongkar.
      "Hasib baik ada Badrul. Kalau tak, tak meriah kelas kita ni. Ni lah sebab ana lagi sayang dekat Badrul ni." Asyraf kembali mendepakan tangannya lalu mengejar Badrul lalu memeluknya. Badrul yang bertubuh cubby itu meronta-ronta agar dilepaskan. Kawan-kawan sekelas hanya ketawa dengan gelagat Asyraf dan Badrul. Setelah melepaskan Badrul. Asyraf lalu mendapatkan Adam lalu tersenyum manis. Adam membalas senyuman Asyraf sambil kepalanya tergeleng-geleng dengan gelagat kelakar kawan-kawannya..
     "Persahabatan ini terbina....." Asyraf bersuara. Lalu memandang Adam..
     "...KeranaNya." Adam dan Asyraf bersuara serentak lalu tersenyum. Indahnya persahabatan ini. Mereka memuji-muji Allah SWT..



TAMMAT

Thursday 23 August 2012

trial SPM 2012.. KEDAH..!~

Assalammualaikum warahmatullah...

hmm.... :D
selamat hari raya aidilfitri...
semoga amalan-amalan kita pada ramadan yang lalu diterima Allah...

actually... ana nak post pasal isu berkenaan ziarah menziarahi.. tapi macam tak cukup time pulak kan??
sebab trial da dekat.. nanty lepas trial ana post ok??? Promise.. :)

kepada sahabat-sahabat seperjuangan... ready tak lagi untuk duduk dia atas kerusi dan menjawab soalan-soalan trial SPM yang sangat gempak?? ^^

do the best ok??

kita semua pandai... cuma kena rajin ja...

doakan ana dan sahabat-sahabat ya??? ^^V


aku tak cinta muka buku... tapi aku cinta isi buku... :P

hehe!~

teruskan berusaha, berdoa dan bertawakal... Allah sangat suka hamba-hambaNya bertawakal kepadaNya selepas berusaha dan berdoa.....

kita berjihad untuk agama Islam... belajar untuk berjaya... berjaya untuk membangunkan Islam...

banyak-banyakkan ulangkaji ok??

Wassalam...
semoga Allah reda...

Thursday 9 August 2012

Manusia hebat..

Assalammualaikum warahmatullah..
dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha penyayang..
segala puji bagi Allah yang memelihara alam tanpa bantuan dari sesiapa pun...
seluruh alam tunduk patuh kepada perintahNya kecuali yang kafir...
semoga kita berada di dalam kalangan hamba yang tunduk patuh kepadaNya dan yang sentiasa bersyukur atas nikmat yang dipinjamkan dariNya..

sebaik-baik ciptaan Allah adalah manusia... jika mahu melihat kelebihan pada burung yang terbang bebas di langit dan ikan yang rancak berenang di dalam lautan ciptaanNya.. memang kita tidak boleh tandingi kelebihan yang ada pada makhluk-makluk lain... tetapi jika mahu dibandingkan dengan manusia yang Allah telah letakkan seribu macam kelebihan... ya, tidak ada makhluk lain yang boleh tandingi...

kerana itulah Allah telah menjadikan manusia sebagai khalifah di bumi... daripada penciptaan manusia pertama iaitu nabi Adam AS dan seterusnya anak cucu baginda sehinggalah kita sendiri...
Allah juga menguji manusia dengan pelbagai bentuk ujian.. sama ada dalam bentuk kesenangan atau kesusahan, sedar atau tidak, suka atau tidak dan macam-macam lagi... dengan ujian yang Allah berikan itulah dapat mengangkat darjat manusia di matanya... sama ada yang beriman atau tidak...

"jika mahu lihat seseorang itu beriman atau tidak, lihatlah ketika dia ditimpa ujian dari Allah SWT"

selalunya manusia ini, ada tiga tugas, iaitu:
-Sebagai hamba Allah..
-Sebagai seorang anak..
-Sebagai seorang pelajar..

ana tak mahu kaitkan sebagai seorang suami/isteri, bapa/ibu dan sebagai seorang pekerja kerana ana belum ada pengalaman dalam situasi tersebut...

sebagai seorang manusia yang hebat, kita perlulah seimbangkan semua perkara dalam hidup kita... perpandukan saranan Rasulullah (selawat dan salam penuh keatas kekasih dunia akhiratku yang aku sanggup mati sejuta kali untuknya dan tak akan aku reda walaupun secebis duri melukai tapak kakinya) supaya kita seimbangkan dunia dan akhirat kita...
sebagai contohnya... jika kita lebihkan urusan dunia, asyik bekerja dan jarang beribadah, bagaimana kehidupan kita di akhirat sana? adakah selamat atau tidak..?
begitu jugalah kita kita lebihkan urusan akhirat.. kita asyik beribadah dan tak berusaha untuk mencari rezeki.. bagaimana kita mahu makan? untuk dapatkan kekuatan beribadah kepadanya... tidak mustahil juga jika terlalu terdesak kita akan mencuri... bukan???

Allah pernah berfirman dalam kitab yang suci yang menjadi panduan seluruh ummat Islam, Al-Quran yang menyatakan bahawa tidak ada sebab lain Allah menciptakan jin dan manusia semata-mata untuk beribadah kepadanya.... beribadah ini bukan sahaja di atas tikar sejadah.. tetapi ibadah dalam seluruh kehidupan kita... contohnya.. kita pergi ke sekolah... kita berjihad untuk membangunkan agama Islam dengan ilmu yang akan kita dapat.. itu ibadah.. kita kemas rumah supaya semua ahli keluarga berasa selesa untuk beribadah dan melakukan aktiviti harian, itu juga ibadah... lihat.. betapa syumulnya Islam.... boleh jadi setiap saat dalam hidup kita adalah ibadah kepadaNya.... konklusi yang mudah.. apa-apa sahaja kita buat yang akan mendapat pahala adalah ibadah... tak susahkan untuk dapat pahala?

tugas sebagai seorang hamba..

Tujuan kita hidup di bumi Allah ini adalah untuk mencari harta akhirat untuk menjadi bekalan di akhirat kelak..
perkara-perkara yang wajib seperti mengucapkan 2 kalimah syahadah, solat 5 waktu sehari semalam,  berpuasa di bulan Ramadan, membayar zakat dan menunaikan haji bagi yang berkemampuan hendaklah kita laksanakan...
perkara-perkara sunat perlulah kita banyakkan dalam kehidupan kita... perkara-perkara sunat adalah dari perbuatan kekasih kita Nabi Muhammad.. seperti memulakan perkara dari kanan kecuali apabila hendak masuk ke tandas.. solat sunat, puasa sunat dan macam-macam lagi...
kita perlulah mengikuti peribadi mulia Nabi Muhammad SAW yang berakhlak mulia dan menyayangi semua makhluk tak kira manusia, tumbuh-tumbuhan, haiwan malah makhluk yang tak bernyawa juga dikasihi baginda..

tugas sebagai seorang anak..

kita dilahirkan di dunia ini melalui rahim ibu kita.... sejak awal kejadian kita melalui percantuman sperma dan ovum sehingga sekarang, ibu bapa kita selalu mengharapkan yang terbaik untuk kita...
setiap pengorbanan ibu dan ayah kita tak dapat dibalas dengan apa pun... terutama ibu kita... mereka bermatian-matian semata-mata untuk melahirkan kita ke dunia.. menanggung sakit di saat melahirkan kita.. memang tak dapat dibalas dengan satu apa pun...
ayah yang bekerja siang malam untuk membesarkan kita, untuk memenuhi keperluan sehari-hari kita.. tak pernah berkira pun dengan kita.. entah berapa wang ringgit dan tenaga yang dikeluarkan oleh ayah untuk kita.. betapa besarnya pengorbanan dua insan yang bernama ibu dan ayah ini dalam hidup kita..
sebagai seorang anak, kita perlu sentiasa menjaga hati mereka.. ikut kata mereka selagi tidak bertentangan dengan syarak... hormati mereka... menyayangi mereka.. buat yang terbaik untuk mereka... buatlah apa-apa sahaja selagi mereka reda dengan kita... kerena reda Allah teletak atas reda ibu bapa kita..

tugas sebagai seorang pelajar..

ibu bapa yang telah bekerja keras semata-mata untuk melihat kita berjaya..
duit mereka banyak habis untuk pelajaran kita...
hargailah... belajarlah bersungguh-sungguh... sekolah adalah tempat menuntut ilmu.. apa yang diberi oleh guru, gunakan sebaiknya... banyakkan membaca, membuat latihan untuk mendapat keputusan yang cemerlang.. sebagai seorang pelajar yang akan menghadapi ujian SPM.. muhasabah diri... selama kita belajar  hampir 11 tahun ini, takkanlah kita mahu meninggalkan alam persekolahan dengan hasil yang sia-sia?? berusahalah supaya masa kita yang banyak terluang untuk menjadi seorang pelajar ini akan menghasilkan hasil yang lumayan... usaha, berdoa dan bertawakal... insyaAllah.. keputusan cemerlang dalam genggaman kita....

seimbangkan semuanya..

jangan jadikan kehidupan kita di dunia ini sia-sia... seimbangkan semuanya...
bagi ana sendiri, ana suka ada jadual harian atau senarai tentang apa yang ana perlu lakukan setiap hari.. ana akan berusaha untuk ikut jadual yang ana sediakan... untuk menjadi manusia yang produktif, ana bahagikan masa untuk beribadah, belajar, rehat dan tugas ana sebagai seorang anak.... selalu katakan kepada diri yang kita adalah manusia yang hebat dan soleh/ solehah untuk mencapai matlamat kita hidup di dunia... jangan  habiskan masa kita dengan sia-sia.. kerana perbuatan sia-sia itu adalah sikap syaitan... carilah aktiviti yang kita suka dan yang akan membawa faedah kepada kehidupan kita...

apa yang ana nyatakan di atas adalah untuk peringatan untuk diri ana dan sahabat-sahabat...
sesungguhnya ana akan terus ikhtiar untuk terus memperbaiki diri...
mujahidah itu pahit kerana Syurga itu manis...
selalu muhasabah diri dan terus memperbaiki diri...

semoga Allah reda...

Thursday 2 August 2012

Rindu terhadap kekasihku..

Assalammualaikum warahmatullah..
Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW, kaum kerabat baginda dan sahabat-sahabat seperjuangan baginda..

Alhamdulillah.. segala puji bagi Allah yang tak pernah putus-putus memberi nikmat kepada hamba-hambaNya yang masih hidup walaupun dosa hambaNya kepadaNya lebih besar dari gunung kinabalu.. jangan sia-siakan peluang yang masih ada ini untuk bertaubat dan kembali kepadanya...

Alhamdulillah.. maha Suci Allah yang telah membenihkan rasa cinta, rindu, kasih dan sayang terhadap Nabi Muhammad (selawat dan salam penuh keatas kekasih dunia akhiratku yang aku rela mati sejuta kali untuknya dan tidak akan aku reda walaupun duri melukai tapak kakinya)... semoga kita terus ikhtiar untuk terus mencintai baginda..

Alhamdulilah.. kita sudah berada di pertengahan bulan Ramadan... bulan yang penuh mulia.. bulan yang penuh barakah dimana setiap amal ibadah akan dilipat kali gandakan pahalanya... bulan yang ada solat sunat khusus di dalamnya... bulan yang terisi dengan malam yang mulia iaitu malam lailatulqadar... semoga kita dapat menemui malam itu... bulan yang mudah Allah perkenankan doa hamba-hambaNya... bulan tarbiah dan sebagainya... cantik dan moleknya Islam..

Rasulullah SAW.. Nabi yang mulia... Nabi yang terakhir iaitu penutup segala nabi dan rasul...

air mata ana tak akan pernah kering apabila teringat akan baginda dan para sahabat yang berjuang untuk agama Islam.. apabila membaca sirah, pasti ana akan menangis.. sudah banyak yang baginda SAW dan para sahabat telah buat untuk Islam.. tetapi kita??

mereka sanggup meninggalkan harta, isteri dan anak demi Islam.. mereka sanggup mati untuk Islam.. ana masih ingat peristiwa di dalam perang Badar.. andai kita perhatikan, perang Badar adalah pertempuran antara kurang 300 tentera Islam melawan tentera kuffar.. jika dihitung pada kuantiti tentera serta dengan kelengkapan ia sesuatu yang mustahil untuk tentera islam memenangi pertempuran tersebut.. akan tetapi, lantaran kekuatan semangat yang berdebarkan ketaqwaan, mereka maju ke tengah medan dengan matlamat yang jelas, mempertahankan Islam atau gugur sebagai syuhada... mulianya mereka..

pernahkah kita cuba menjadi seperti mereka?? mereka adalah pecinta Allah dan baginda SAW.. sudahkah ada rasa perasaan itu dalam diri kita??

antara cara yang paling mudah untuk mencintai baginda adalah dengan membaca sirah-sirah baginda.. kita perlulah terus ikhtiar untuk mencintai baginda.. kerana cinta kepada baginda tandanya kita cinta kepada Allah..
berharaplah agar kita dapat bertemu Rasulullah SAW... dapat syafaat baginda di akhirat dan paling utama, dapat tinggal bersama-sama baginda di syurga Allah SWT..

wahai purnama yang memiliki seluruh kesempurnaan,
tiada perkataan yang dapat diungkap bagi menyatakan kemuliaanmu,
engkau sememangnya telah dimuliakan oleh para makhluk di alam yang tinggi,
dengan cahayamu engkau menghapuskan segala kegelapanku,

semoga Allah Tuhanku sentiasa berselawat ke atasmu siang dan malam..

sesungguhnya rindu terhadap baginda kekasihku tidak akan pernah hilang... walaupun terkadang ana rasa yang ana tak layak untuk merindui insan semulia baginda.. :')

di saat sarakatul maut menjemput baginda pun baginda masih ingatkan kita, masih risaukan kita.. tanda cinta Rasulullah terhadap kita.. ya.. terhadap KITA ummatnya... tetapi kenapa sangat susah untuk kita ada perasaan yang sama terhadap baginda??

ayuh.. mulakan langkah.. teruskan langkah untuk mencintai baginda SAW..


semoga Allah reda.....