Followers

Monday 21 July 2014

PENDAM

Aku memandang ke langit
seperti ada yang tidak kena
warna kelabu menghiasi
disulami angin kencang entah dari mana

maafkan aku
perasaan ini bukan aku minta
telah cuba aku buangkan
tapi sungguh aku tidak mampu

ingatkah kamu dulu?
tika kita masih bersama
kau pernah memberitahuku
kau berharap aku akan berkhidmat kepadamu?

Memori indah bersimpul mati
rasa rindu berkecam lara
tak mampu lagi aku ungkapkan
rasa ini tak pernah berubah

Aku tak berani melangkah lagi
kerana terlalu mencintaimu
sehinggakan aku takut mengganggu hatimu
perasankah engkau akan tabiatku?

Walau rasa ini tak terluah
berat lidah mengatakan cinta
kerana Tuhan lebih tahu
apa yg terbaik untuk kau dan aku

Biar dunia tidak tahu
Sedang Tuhan tak jemu mendengar aku
Rasa ini biar aku sahaja yang simpan
pendam



Wednesday 16 July 2014

RASA

Malam semakin gelap membuta
bintang semakin jelas menyapa
rasa sunyi mencengkam jiwa
susah ingin mentafsir rasa

Hariku masih seperti biasa
melihat yang lain 'gembira'
sedangkan aku sedang menikmati
menikmati 'lara' yang hakiki

Terkadang aku bermain rasa
benarkah aku untuknya?
dan dia untukku?
sedangkan ini soalan tanpa jawapan

Manusia terkadang tertipu
dek rasa yg tiada dasar Ilahi
Cinta yang awalnya suci
bertukar menjadi jijik

Lalu mereka tenggelam
dalam kolam yang hitam
tidak dapat melihat
malah cahaya tidak menembusi

Biarkan aku begini
menikmati 'lara' ku yang sedikit
dan menanti cinta dariNya
tidak lama lagi

Tuesday 15 July 2014

RAMADHAN

Aku memandang bulan
17 bertukar ke 18 Ramadhan
tanpa aku sedar
Ramadhan akan meninggalkan aku lagi

Syukur kali ini berbeza
ada sentuhan ajaib yg menyentuhku
tapi aku tak pasti 
kerana rasa ini datang dan pergi

Wahai Tuhan
apakah yg ingin Engkau tunjukkan?
adakah ini tandanya Engkau menerimaku?
membuang jauh dosa-dosa hitamku?

Aku terus bermain dengan teka teki
teka teki yang aku sendiri tak pasti

Wahai Tuhan
selangkah aku mendekatiMu
Engkau tidak kekok berlari ke arahku

Tapi dalam masa itu
seribu macam Engkau mengujiku
sebagai bukti aku jujur
Engkau mengujiku

Wahai Tuhan
jadikanlah hatiku taat kepadaMU
peluklah hatiku tika aku tidak kuat
paksakan ku tunduk sehingga mati