Followers

Tuesday 6 August 2013

today is last RAMADAN!~

Aku tidur lambat malam nie. Rasa bad jugak sebab tak dapat pergi solat tarawih yang terakhir untuk tahun ini. Memandangkan mama lebih perlukan kami adik-beradik, aku pun stay  di rumah untuk tolong mama baked cornflake madu.
   Nak dijadikan cerita, sambil tangan aku ligat memasukkan adunan dalam paper cup tu, kami (mama, aku, kakak aku and adik aku) tengok cerita BRAVE. OK. Aku tak pernah tengok, jadi layan jelah kan.
   Pada masa yang sama tangan aku juga ligat memasukkan cornflake madu tu dalam mulut aku. Mama? bising le...  Mana tak nya. Tergugat iman aku dengan conflake madu nie. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang-Alang masukkan cornflakes madu dalam paper cup, biar masuk juga dalam mulut. hehe.
   Lepas dah siap, kemas semua dalam pukul 11.30 malam, aku pun nak take 5. Bukak FB aku. Aku pun berjalan-jalan la dalam FB, tiba-tiba mata aku melekat dekat satu status nie. Status tu status kawan yang aku kenal di Miftah Al-Ilmi (Kolej Islam As-Sofa). Dia update pasal Syeikh Fuad. Tiba-tiba jugak, aku rasa macam kena panah rindu. Aku rindukan Syeikh Fuad. Hanya Allah ja yang tau.
    Seriously, bertuah hamba-hamba Allah yang dapat sambung Diploma di Kolej Islam as-Sofa. Dapat berada di bawah tarbiah Syeikh Fuad. Dapat dekati ulama, dapat tu, dapat nie, dapat tu, dapat nie. Untungnya kalian.
   Mood aku malam tu down terus. Nak basuh pinggan pun dah tak semangat. Masak sambal pun tak beberapa jadi, kesian Mama kena upgreat masakan aku tu. Lepas masak and kemas-kemas dapur dekat pukul 1 pagi, aku pun siap-siap la g solat then layan video "DUA MARHALA PRODUCTION". Seriously awesome gila video yang kumpulan tu buat. Mata aku bersinar-sinar time tengok.
   Lepas mata aku dah letih, aku pun nak masuk tidur dah. Sleep... :D

AKU gosok-gosok mata. Mama bising.
   "Pintu rumah ternganga (terbuka) luas. Siapa tak tutup?" sambil mama bising, sambil tu jugakla mama kejutkan anak-anak mama yang comel macam adik aku tu.
    Mama aku dah start risau, takut-takut ada pencuri masuk. Aku masik separuh jaga, so aku buat muka blur ja sebab mengantuk lagi.
    "Pergi tengok barang-barang hampa, ada tak yang hilang. Ya Allah," Mama aku bersuara lagi. Aku tetap di posisi yang sama (atas tilam) sedangkan kakak aku dah cepat-cepat keluar dari bilik. Dia letak lappy (laptop) dia di ruang tamu.
    Tangan aku mula meliar di tepi tilam, Cari handphone aku. Dah pukul 5.10 pagi. Aku pun dengan malasnya bangun and pakai tudung. Then dengan mata yang kuyu aku pergi ke dapur. Cuci muka and tolong hidang apa yang patut. Kenapa aku pakai tudung? Sepupus (sepupu-sepupu) lelaki ada di rumah. Aurat penting untuk dijaga. Am I right?
    Time tengah  makan tu, aku rasa lauk sahur nie lagi sedap dari sahur-sahur sebelum nie. First time aku tambah lagi nasi bulan nie. hahaha. Di kolej aku sahur dengan kurma and kismis yang mama bekalkan ja, kalau rajin sikit makan roti. Mana pernah makan nasi. Mungkin sebab masak sambal yang mama aku upgreatkan beberapa jam yang lepas menjadikan selera aku bertambah. Lagipun aku memang suka yang pedas-pedas. Malanglah siapa yang nikah dengan aku nanti. Tiap-tiap hari jadi naga sebab makan masakan yang pedas-pedas. Aha.
     Pastu naik balik isu pintu rumah ternganga.
   "Alhamdulilah Allah jaga rumah kita nie dari pencuri masuk, kalau tak entahla apa jadi," Mama aku bersuara. Tiba-tiba aku teringatkan Syeikh Fuad and kitab Sahih Bukhari. Aku start senyum macam kerang wangi. Masak Sweet sour mungkin?
   "Mama, Syeikh Fuad pernah cakap, kalau kita simpan Kitab Sahih Bukhari dalam rumah, insyaAllah pencuri tak masuk. Kalau masuk pun tak boleh keluar," aku tersenyum. Aku buat permintaan dekat abang aku yang sulung untuk belikan aku Kitab Sahih Bukhari di bawah Kolej Islam as-Sofa. Disebabkan time tu abang aku suruh aku buat request kerana result SPM aku yang agak molek tu. Alhamdulillah. Walaupun full bahasa arab, and aku tak faham pun, tapi aku akan faham jugak suatu hari nanti. Sambung belajar bahasa Arab. InsyaAllah. suatu hari nanti.
   "Alhamdulillah, InsyaAllah," Mama senyum. Aku pulak macam nak menangis. Jantung aku berdenyut kencang ketika nama Murobbiku, yakni Syeikh Fuad meniti di bibir aku. Rindu. Itu sahaja perkataan yang hadir dalam benak fikiran aku.
  "Hmm, kalau tak dia ambil laptop aiza tu, dah la tinggal depan TV," kakak aku mencelah. Kakak aku ramai.
   "Entah-entah kalau dia masuk dia curi biskut raya," Sepupu aku pulak mencelah. Geli hati aku. Pencuri curi Biskut raya? nice.
    "Menangis tak berlagu la mama," kakak aku mencelah. kami gelak.
    "Eh tak, Aina menangis dulu, sebab dia yang banyak buat biskut raya," mama aku balas.

LEPAS semua dah masuk bilik, aku dengan kakak aku kemas meja makan and dapur. Then kakak aku pulak hilang, tinggal aku sorang. Aku pun ambil kain dari mesin and pergi sidai (jemur) dalam bilik. Disebabkan rumah aku rumah kedai, jadi kami just sidai dalam rumah. Jadi tak pelik la kalau aku sidai kain pukul 5.50 pagi kan?
   Sambil-sambil sidai kain tu, aku pasangkan Qasidah ya Imama'r rousli. Indah bait-bait kata yang didendangkan. Subhanallah. Hati aku menangis sebab rindukan suasana Qasidah di Kolej islam As-Sofa. InsyaAllah 18 ogos ni aku sampai. Tak sabarnya!~

TODAY is the last day of RAMADAN. Will you meet me again next year? please say "YES" oh Ramadan. I'll miss you a lot.

So, harini aku perlu siapkan apa yang patut. Hantar barang ke pejabat pos, tolong mama kemas rumah, cari time untuk study. Ahh. Hidup nie sesak. Tapi aku perlu hadapinya dengan tenang. Perlu menjadi Muslimah Produktif.

Doakan aku. Sesungguhnya aku mudah jatuh kerana iman aku teramat rapuh. Doakan aku.

so, enjoy lah hari terakhir nie dengan ibadah yang double triple ok.

Assalammualaikum... :)