Followers

Friday 22 June 2012

CERPEN: Air mata Sakinah.


 Cahaya matahari di hujung laluan semakin jelas kelihatan. Bagaikan di kejar oleh harimau. Begitu lajulah pergerakan kaki Sakinah. Di dalam hatinya tidak pernah putus berdoa kepada Allah supaya dirinya selamat.
     “dup!!” tanpa disedari Sakinah terjatuh. Dirinya mengaduh kecil. Rasa sakit di pergelangan kakinya. Mukanya berkerut. Terseliuh mungkin. Hatinya meneka.
     “Ish. Yang si Aiman ni pun satu. Cari jalan keluar sampai lupa aku.” Hati kecilnya mengomel. Rasa sakit di hatinya kian membengkak. Walaupun rasa sakit, tetapi Sakinah tetap menggagahkan diri untuk keluar.
     Sakinah sudah sampai di pintu gua. Matanya merayau sekeliling.
     “Sakinah. Sakinah ok? Risau Aiman dibuatnya.” Sakinah menoleh ke belakang. Aiman! Air mata Sakinah hampir menitis. Entah mengapa. Rasa bersyukur, marah, sakit hati, gembira semuanya bercampur dalam satu hati bergelar isteri. Aiman memimpin Sakinah ke bawah rimbunan pohon hutan. Seperti mengerti kesakitan yang dialami isterinya. Aiman terus menyapu ubat dan mengurut pergelangan kaki isterinya itu.
     “Sampai hati Aiman.” Akhirnya air mata wanitanya menitis juga. Aiman memandang Sakinah. Jelas terpancar rasa bersalah di dalam anak matanya.
     “Maafkan Aiman. Aiman betul-betul lupa tadi. Maafkan Aiman.” Aiman memegang tangan Sakinah. Air mata yang merembes keluar dari mata Sakinah dikesat dengan jari yang tidak ada kesan ubat. Rasa sayang, cinta membuak-buak dalam diri Aiman. Jika dibenarkan. Mahu sahaja dia memeluk erat tubuh isterinya. Tetapi, adakah Sakinah akan membenarkannya? Aiman bermonolog sendirian. Sakinah membisu. Tidak mahu berbicara. Takut jikalau perkataannya akan mengguris hati suaminya. Walaupun mereka menikah atas sebab perjodohan orang tua, tetapi hati mengiyakan saja. Tanpa disedari. Perasaan cinta antara mereka semakin membenih. Tetapi masing-masing dengan egonya yang sendiri. Tidak mahu mengaku.
     “Mari sini. Aiman dukung Sakinah ke tepi sungai tu. Boleh basuh sikit muka Sakinah. Comot sangat isteri Aiman ni.” Aiman membuat keputusan setelah sekian lama mereka membisu. Sakinah masih diam. Umpama ada permata di dalam mulutnya. Sakinah memandang Aiman. Dukung? Kuatkah? Sakinah berbicara sendiri.
     “Aiman ni kuat tahu? Pernah jadi johan angkat berat peringkat tadika.” Sambil tangannya membetulkan tudung labuh isterinya. Tanpa berlengah Aiman terus mendukung Sakinah. Tawa Sakinah hampir meletus. Tetapi di tahan juga.
     Aiman meletakkan Sakinah di atas tepi batu betul-betul di tepi sungai.
     “Tunggu sekejap ya? Nak ambil beg tepi gua.” Aiman menggosok kepala Sakinah dan berlalu pergi. Sakinah tersenyum lebar. Subhanallah. Perasaan apakah ini? Mata Sakinah terus mengekori pergerakan Aiman. Kasihan pula aku tengok si Aiman tu. Tadi yang bawak barang semua dia. Aku tak bawak satu apa pun. Semua barang aku, Aiman yang bawa. Sakinah berbicara sendiri. Anak matanya terus dilarikan setelah dia sedar Aiman memandangnya dengan senyuman. Tergugat juga iman aku bila tengok suami aku ni senyum. Ah. Biasalah. Muslimin idaman bidadari dunia dan akhirat. Terdetik di hati Sakinah. Dia masih teringat cerita ibu mertuanya menceritakan bahawa Aiman ramai peminat. Cemburu? Adalah sikit.
     “Nah. Makan roti ni. Alas perut dulu. Lepas zohor kita bertolak balik.” Aiman menghulurkan sepotong roti kepada Sakinah. Sakinah menyambutnya. Satu ja?
     “Aiman tak nak makan?” Aiman menggeleng.
     “Ada satu ja. Sakinah makan dulu. Nanti keluar dari hutan ni Aiman cari yang lain.” Ada sedikit rasa bersalah dalam diri Sakinah. Semalam dialah yang makan banyak roti. Katanya, nasi yang dimasak Aiman tak sedap.
     “Jom. Kita kongsi nak?” sambil tangan Sakinah menghulurkan separuh roti kepada Aiman. 
      “Alhamdulillah.” Aiman tersenyum. Sebelum makan, Aiman membacakan doa. Sakinah mengaminkannya.

SEUSAI solat zohor berjemaah. Aiman terus mengangkat barang-barang yang dibawa. Dia tidak mahu menyusahkan isterinya. Tahulah dia bahawa kaki isterinya masih sakit. Semasa solat tadi pun Sakinah solat dalam keadaan duduk.
      Setelah menaiki kereta, Sakinah terus tertidur. Penat agaknya. Hati kecil Aiman mengiyakannya.


MALAM itu. Masing-masing tidak berbicara. Aiman dengan kerjanya. Begitu juga Sakinah. Komputer  riba yang ada di depan Aiman ditutup. Kepalanya mula rasa berdenyut-denyut. Sakit. Pantas tangan kasarnya mengurut-ngurut kepalanya. Rasa itu tidak berkurang. Aiman meraba-raba di dalam laci meja kerjanya. Ubat painkiller ditelan. Harapnya rasa sakit itu akan hilang. Sakinah yang sibuk dengan assignmentnya lansung tidak sedar dengan kelakuan Aiman.
     Rasa sakit di kepala Aiman kian hilang. Jam di dinding menunjukkan pukul 11 malam. Kalau aku tak tidur, Sakinah juga tak akan tidur. Esok Sakinah ada kuliah. Aiman tidak mahu tumpuan isterinya terganggu kerana mengantuk.
     “Sakinah. Jom. Kita solat witir. Dah pukul sebelas. Esok ada kelaskan?” Aiman memandang Sakinah. Sakinah mengangguk. Tanpa berlengah tangan Sakinah cepat saja mengemas barang-barangnya. Sementara menunggu Aiman berwuduk, Sakinah menghamparkan kain sejadah untuk mereka berdua. Bilik ini sudah cukup luas untuk mereka berdua solat berjemaah.
     “Pergilah ambil wuduk.” Aiman bersuara setelah keluar dari tandas. Sakinah hanya menuruti kata suaminya. Memang solat witir sudah menjadi kebiasaan mereka sebelum tidur sejak menikah. Kira-kira 3 bulan yang lalu. Aiman duduk berteleku di atas sejadah. Sambil memikirkan nasib dia dan isterinya. Hatinya semakin mencintai Sakinah. Tetapi bagaimana pula perasaan Sakinah terhadapnya.
      “Dah. Jom solat.” Suara Sakinah memecahkan lamunan Aiman. Aiman bangun dan membetulkan kedudukannya. Solat sunat 3 rakaat ditunaikan. Merdunya suara Aiman membuatkan Sakinah selalu tenggelam dalam solat apabila solat berjemaah bersama Aiman. Selepas membacakan doa, mereka bersalaman. Sebelum Sakinah bangun, sepantas kilat Aiman memegang tangan Sakinah. Kuatlah hati untuk berterus terang. Aiman memotivasikan dirinya.
     “Ada yang Aiman nak cakap dengan Sakinah. Fasal kita.” Sakinah hanya diam. Dalam banyak-banyak perkara dalam hidupnya bersama Aiman, saat-saat seperti inilah yang ditunggunya. Harapnya Aiman akan meluahkan perasaan yang sama terhadap Sakinah.
     “Cakaplah.” Sakinah bersuara setelah lama membisu.
     “Bismillah. Sakinah. Sudikah Sakinah mencintai Aiman seperti mana Aiman mencintai Sakinah kerana Allah? Sebenarnya dah lama Aiman nak cakap. Tapi Aiman tak kuat. Aiman dah taknak kita hidup macam ni. Aiman nak kita hidup seperti pasangan suami isteri yang normal.” Aiman berhenti berbicara. Kepalanya tertunduk. Bukan kerana malu. Tetapi dia mahu disayangi oleh orang yang dia cintai sebelum dia pergi meninggalkan dunia yang fana ini. Ya Allah. Redailah aku. Hatinya membisik sayu. Sakinah terpaku. Lidahnya langsung kelu. Betulkah apa yang aku dengar ini? Subhanallah. Dia juga mencintaiku. Air mata Sakinah menitis. Dia tidak mampu berkata apa-apa. Hanya hatinya berbicara indah mensyukuri nikmat yang sudah lama di tunggu.
      Sakinah terus merangkul tubuh tegap milik suaminya. Hanya pergerakannya yang mampu mentafsirkan segalanya. ‘Sakinah mencintai Aiman kerana Allah juga’. Hati kecil Sakinah berbisik. Tiba-tiba Sakinah merasakan sesuatu yang berat sedang ditanggungnya.
     “Aiman?” Sakinah bersuara. Kenapa dengan Aiman? Sakinah gagahkan diri untuk menggongcangkan sedikit tubuh Aiman. Aiman pengsankah? MasyaAllah. Air mata Sakinah semakin deras mengalir. Kenapa dengan Aiman? Tubuh Aiman diletakkan perlahan. Pantas Sakinah bangun dan mencari telefon bimbitnya. Dengan mata yang kabur disebabkan air mata yang kian melimpah, Sakinah mencari number ambulance. Tidak sampai lima minit. Ambulance sudah sampai di depan rumah mereka. Sakinah semakin tidak keruan. Kenapa dengan Aiman. Soalan yang sama bermain di fikirannya.

“PUAN isteri En. Aiman?” Seorang jururawat bertanya kepada Sakinah. Sakinah pantas mengangguk. Dia sudah menghubungi ahli keluarga yang lain. Mereka dalam perjalanan. Mungkin akan mengambil masa yang lama kerana mereka tinggal di negeri yang berlainan.
     “Sila ikut saya. Doktor mahu jumpa puan.” Belum sempat Sakinah bersuara, jururawat itu menunjukkan bilik doktor itu. Tanpa berlengah, Sakinah terus ke tempat yang di nyatakan.
      “Assalammualaikum.” Sakinah memberi salam pantas menyalam doktor di hadapanya. Doktor Mariam. Selepas menjawab salam doktor Mariam menyuruh Sakinah duduk.
      “Kalau tidak sebelum ini, suami saya yang merawat En. Aiman. Tetapi suami saya outstation. Jadi saya mengambil tempatnya hari ini.” Terang Dr. Mariam supaya Isteri Aiman tidak fikir bukan-bukan bahawa suaminya dirawat oleh doktor perempuan.
      “Merawat? Suami saya sakit apa Doktor?”
      “Hmm. Saya harap Sakinah bersabar. En. Aiman ada kanser barah otak peringkat ke-3. Tak boleh diselamatkan. Kalau sebelum ini, En. Aiman hanya membuat rawatan humortheraphy dan mengambil ubat yang membantu menghilangkan rasa sakit di kepalanya. Dan suatu perkara yang dia selalu pesan supaya jangan memberitahukan hal ini kepada orang lain. Termasuklah ahli keluarganya.”
Air mata Sakinah megalir lagi. Kini bagaikan empangan air yang pecah. Begitu lajulah air mata Sakinah mengalir. Kanser barah otak? Otak Sakinah ligat berfikir. Patutlah Aiman selalu lupa banyak perkara. Ya Allah. Kenapa Aiman tak beritahu aku. Aku isterinya. Hati Sakinah menjerit. Dr. Mariam pantas memeluk Sakinah.
     “Bertenanglah Sakinah. Allah sedang uji kamu berdua.” Dr. Mariam berbisik. Hati Sakinah semakin sayu. Allah. Hanya nama itu yang menyelungi fikirannya.

SEUSAI solat subuh di surau Hospital Jame’. Sakinah terus ke bilik yang menempatkan suaminya. Sakinah menatap wajah suamiya. Fikirannya melayang memikirkan saat mereka diperkenalkan untuk dijodohkan. Saat itu sakinah menolak mentah-mentah pinangan keluarga Haji Arshad untuk anak lelakinya, Aiman Azmi. Bukan apa. Umur sakinah masih muda dan dia mahu menyambung pelajarannya.
     “Ummi. Sakinah tak boleh terima pinangan tu.” Sakinah menggenggam erat tangan umminya. Harapnya ummi akan mengerti jiwa mudanya.
      “Sakinah. Ini untuk kebaikan Sakinah juga. Ada orang jaga Sakinah. Aiman tu baik orangnya. Ummi dan Walid yakin sangat-sangat Aiman boleh jaga Sakinah dan boleh jalankan tanggungjawab sebagai suami dengan baik.” Kepala Sakinah diusap lembut.
      “Sakinah istikarah dulu ya ummi?” setelah lama mendiamkan diri. Akhirnya Sakinah bersuara. Setelah tiga hari, barulah Sakinah membuat keputusan. Keputusannya untuk menerima Aiman amat menggembirakan keluarganya dan keluarga Haji Arshad.
      Sakinah akui. Perkahwinan dia bersama suaminya bukanlah seperti suami isteri yang lain. mereka tetap menjalankan tanggungjawab masing-masing. Cuma kata-kata cinta, kasih dan sayang tak pernah meniti di bibir mereka.
      “Sakinah.” Sakinah ditarik dari lamunannya. Aiman memanggilnya. Sakinah menggenggam tangan kasar Aiman. Air matanya menitis.
      “Kenapa Sakinah menangis. Ada orang buli Sakinah di Universiti? Siapa? Biar Aiman ajar dia.” Aiman menggumpalkan tangannya. Di dalam keadaan sebegitu sempat lagi Aiman cuba menggembirakan hati Sakinah
. Ya Allah. Jagalah dirinya sepertimana dia menjaga auratnya. Aiman berdoa.
      “Sakinah sayangkan Aiman. Kenapa Aiman tidak beritahu Sakinah yang Aiman sakit. Sampai hati Aiman.” Sakinah tunduk. Air matanya mengalir deras.
      “Sakinah. Aiman taknak Sakinah sedih. Sakit ini biarlah Aiman tanggung. Aiman taknak Sakinah sedih dengan keadaan Aiman. paling penting, Aiman taknak Sakinah ada di sisi Aiman kerana kasihankan Aiman.” Senyuman cuba Aiman ukir di bibirnya
      “Kalau boleh. Aiman taknak Sakinah Nampak Aiman sakit walau sikit pun. Sebab Aiman nak Sakinah rasa selamat di sisi Aiman.” Aiman mengusap lembut kepala Sakinah. Kepalanya semakin sakit. Tapi ditahan juga. Matanya ditutup rapat. Menahan perit yang mencengkan kepalanya. Mulutnya terkumat kamit menyebut dua khalimah syahadah. Tiada tuhan melainkanAllah. Nabi Muhammad pesuruh Allah. Tangan Sikinah dipegang erat.
      “Sudikah Sakinah bersama-sama Aiman ke syurgaNya?” dalam perit payah kesakitan Aiman. Dia gagahkan diri untuk menanyakan soalan itu kepada Sakinah.
      “Sakinah sudi. Sudilah kiranya Aiman memimpin Sakinah ke syurgaNya di akhirat sana ya?” Sakinah memandang Aiman. Bibir Aiman terukur senyuman yang sangat indah. Matanya Aiman masih terkatup rapat. Dahi Aiman berpeluh-peluh. Sakit yang tak pernah Aiman hadapi sepanjang hidupnya. Allah. Allah. Allah. Hanya nama itu yang terukir indah di bibirnya.
      “Aiman?” Sakinah menggerakkan tubuh Aiman. Tubuhnya tidak lagi bergerak.
      “Innalillah wainnalillahijoriun.” Mulut Sakinah terkumat kamit menyebut nama Allah. Ya Allah. Tempatkanlah dia bersama-sama orang yang beriman. Air mata Sakinah mengalir laju. Tangannya menggenggam erat tangan suaminya.

SAKINAH berlalu keluar dari Masjid seusai solat Isyak. Setahun sudah berlalu. Apa khabar engkau di sana wahai suamiku? Al-Fatihah disedekahkan kepada Aiman Azmi. Kasut di atas almari dicapai. Disarung ke kakinya. Beg solat yang dibawa disandang di bahu kanannya. Buku yang dibawa, didakap erat kedadanya. Kakinya mula bergerak meninggalkan perkarangan masjid.
     “Allahuakhbar!” buku Sakinah terlepas dari dakapannya.
     “Mari, saya tolong.” Kedengaran suara seorang lelaki mendekatinya. Tangan lelaki itu pantas mengumpulkan buku-buku Sakinah yang bertaburan. Mereka sama-sama berdiri. Buku yang dipegang lelaki itu diberikan kepada Sakinah. Sakinah terpaku. Aiman? Hatinya bersuara. Muka muslim itu hampir menyerupai wajah suaminya, Aiman Azmi. Matanya tertunduk. Tidak sanggup lagi dia memandang wajah muslim itu. Rindu. Sakinah terlalu merindui suaminya.
      “Lain kali hati-hati ya? Urm. Kamu student medic di USM kan? Sakinah Sofea kan?” muslim itu bertanya sambil tangannya membetulkan kopiah yang dipakainya.
      “Ya.” Jawab Sakinah. Matanya masih tertunduk. Allah. Allah. Allah.
      “Alhamdulillah. Tak salah orang rupanya. Saya Iskandar Syukur. Kalau tak silap saya, Prof. Zaidah ada suruh saya minta tolong kamu untuk bulan Mahbbah Lillah nanti. Prof. Zaidah ada beritahu kamu apa-apa?” kepala Sakinah ligat berfikir. Iskandar Syukur? Oh ya. Baru aku ingat.
      “Jadi, kamulah Iskandar Syukur?” Sakinah bertanya. Iskandar mengangguk. Bibirnya terukir senyuman senang. Di hati Iskandar. Dia memang sudah lama menyimpan perasaan terhadap Sakinah. Sejak dulu lagi. Hatinya terluka apabila mengetahui bahawa Sakinah kehilangan suaminya. jika Sakinah terluka, dia juga akan terluka.
       “Salam ta’aruf. Baiklah. Saya perlu pergi. Asslammualaikum warahmatullah.” Iskandar membiarkan sahaja perasaan itu berlalu pergi. Sakinah meminta diri. Iskandar menundukkan matanya. Layakkah aku memiliki bidadari itu? Iskandar tersenyum. insyaAllah. Allah lebih mengetahui.
       Ya Allah. Tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba. Jagalah hati hamba ya Allah. Sakinah berdoa. Pertemuannya dengan Iskandar sangat mengganggu fikirannya. Perasaan apakah ini? Soalan itu selalu menerjah ke fikirannya.
     
     
  

No comments:

Post a Comment