Followers

Friday 10 May 2013

CERPEN: Ketika Syaitan Berbisik.....

Duhai wanita. Tahukah engkau akan diriku? Aku pasti ramai diantara kalian yang memngenali diriku. Malah ramai diantara kalian yang membenciku, tapi kalian tetap menuruti permintaanku. Begitukah cara kalian menzahirkan rasa benci kepadaku?
    Duhai wanita. Masihkah kalian ingat peristiwa ayahku disisihkan dari Syurga oleh Tuhan kalian? Ayahku disisihkan kerana tidak mahu sujud kepada ayah kalian. Ayahku fikir golongan kami lebih mulia dari golongan kalian. Kami diciptakan dari api, manakala kalian diciptakan dari tanah. Aku pun memikirkan hal yang sama. Disebabkan itu, aku berjanji untuk terus berjuang bersama-sama ayahku untuk menyesatkan kalian.
    Betapa bodohnya kalian. Sudah sampai pelbagai peringatan kalian untuk berhati-hati dengan golongan kami. Tapi ramai diantara kalian yang sombong, bongkak terhadap peringatan tersebut. Sekaligus menjadikan kalian hamba yang derhaka kepada Tuhan kalian. Malahan kalian juga merupakan Ummat yang derhaka kepada Rasul kalian.
    Dari sehari ke sehari aku sering dinaikkan pangkat. Aku bangga bila ayahku bangga kepadaku. Manakan tidak? Dahulu aku sering diejek oleh saudara-saudaraku kerana aku sering gagal menghasut kalian. Tetapi sekarang, siapa sangka aku lebih hebat dari saudara-saudaraku. Mereka pula tertunduk hormat kepadaku.
    Wahai wanita. Engkaulah yang sering menjadi sasaranku. Kerana aku tau engkau merupakan fitnah bagi agamamu. Jika engkau hancur, maka mudah juga orang disekelilingmu akan hancur. 
     Balkis. Wanita ini merupakan sasaranku. Dia tidaklah secantik mana. Tapi bagiku, sehodoh manapun seorang wanita, pasti ada tarikannya yang tersendiri. Balqis merupakan budak sekolah agama. Aku tahu isi hatinya. dia tidak suka dengan pemakaian tudung labuh yang diwajibkan di sekolahnya. Hatinya sering memberontak. Hal inilah yang membuatkan aku mudah untuk mendekatinya.
    Aku akui, Balkis mendapatkan tarbiah yang baik dari senior-seniornya. Kebanyakannya merupakan wanita solehah. Aku sangat membenci mereka. Kerana merekalah projekku susah untuk dijalankan. Disebabkan Balqis sering mendapat Tarbiah yang paling aku benci itu, hatinya lembut juga. Aku semakin berang. Aku bertambah benci kepada senior-seniornya yang solehah itu.
    Tapi aku bukanlah sebodoh yang kalian sangkakan. aku bukan seekor syaitan yang mudah mengalah. Mana mungkin aku akan melepaskan Balqis yang menjadi sasaranku sejak awal. Aku selalu bercakap-cakap dengannya.
    "Balqis. Aku rasa lagi bagus kalau kau pakai purdah. Kan bagus? Nanti tidak nampaklah muka engkau. Yang nampak hanya mata engkau sahaja. Pasti ramai lelaki akan terpikat dengan engkau," aku mula menghasut Balkis.
    "Hmm. Betul juga. Sekurang-kurangnya aku boleh menambahkan keyakinan untuk berhubung dengan orang luar," asalan yang tidak kukuh dikeluarkan dari akal Balkis.
    "Jangan Balkis, macam mana pula kalau engkau tidak istiqomah? Engkau akan jadi fitnah pada agamamu. Kalau engkau mahu juga, bersihkan niatmu. Niatlah semata-mata kerana Allah," hati kecil Balkis pula bersuara.
    Sejak dari hari itu, Balkis mula memakai purdah. Dia bertambah yakin apabila ramai seniornya yang sememangnya memakai purdah sepertinya. Aku seronok melihat riak yang dilahirkan Balkis. Lagi aku rasa seronok apabila ramai lelaki yang meminatinya. Mata Balkis yang bewarna coklat itu sungguh memikat hati lelaki yang tidak pandai menjaga pandangan mereka. Aku berpuas hati.
    Tahun demi tahun berlalu. Akhirnya Balkis habis tingkatan 5. Balkis ditawarkan ke PLKN di Selangor. Apakan daya, dia tidak mampu menolak kerana tidak ada alasan yang kukuh.
    Bagaikan kejutan budaya. Terlalu ramai anak muda yang tidak menjaga ikhtilat di sini. Aurat wanita islam pula dibiar untuk dilihat lelaki ajnabi. Balkis memberontak. Hatinya tidak selesa. Apatah lagi pemakaian Purdah diharamkan di sini.
     Pada hari pertana pendaftaran, Balkis tetap dengan purdahnya. Malu untuk dia membuka purdahnya. Malu kerana Allah.
     "Malu? tak lama lagi kau akan hancur, Balkis," Aku berkata sambil senyuman sinis terukir di bibirku.
    Hari pertama bagaikan penjara bagi Balkis. Masakan tidak. Purdah terpaksa dibuka. Dia juga terpaksa memakai baju Rasmi yang mewajibkan tudung dimasukkan ke dalam baju. Hatinya mahu menghalang. Tapi akalnya membenarkan. Ditambah dengan hasutanku. Balkis sudah berbelah bagi. Mudah untuk aku jatuhkannya.
    Semakin hari, Balkis sudah terbiasa. Dia merasa malu apabila dia sahaja wanita yang mengenakan tudung labuh. sedangkan kawan-kawannya yang lain memakai tudung biasa.
    "Cubalah pakai tudung ni. Kan kejap lagi kita nak masuk hutan? Tudung labuh kau tu tak sesuai sangatlah," ku utus seorang rakan Balkis untuk membantuku. Balkis agak terkejut, tetapi mujurlah respons yang diberinya positif. Dia setuju selepas beberapa kali didesak oleh rakannya itu. 
    Balkis memakai tudung bawal yang saiznya agak kecil. Tapi dia masih memakainya dengan menutup dadanya. 
     "ahh.. surah al-Ahzab, aku masih teringat Allah pernah berfirman yang bermaksud 'Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri orang-orang mu'min agar mereka melabuhkan jilbabnya....' dalam ayat ini, ustazah aku mengatakan sekurang-kurangnya bila memakai tudung mestilah menutup dada," Balkis berbicara sendirian. Aku berasa panas dengan apa yang dia ingatkan itu. Tapi aku faham. Orang seperti Balkis juga memerlukan pen'tarbiahan' dariku. Lama-lama dia juga akan ikut cakap aku.
     Aku meneruskan juga misiku untuk menhancurkan Balkis atau lebih tepat menjadikan dia temanku di akhirat nanti. Balkis sudah berjaya ku hasut. Dia sudah tidak lagi memakai tudung labuh. Tetapi sudah mula memakai tudung bersaiz kecil walaupun stail yang digunakan Balkis masih menutup dadanya. Betapa gembiranya aku. Ayah aku memuji-mujiku membuatkan aku lebih bersemangat untuk menjatuhkan dia.
    Persahabatan Balkis bersama-sama rakannya di PLKN bertambah erat dari hari ke sehari. Aku semakin gembira kerana kawannya merupakan wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna. Sejak itu aku tidak putus-putus untuk membisikkan kepada Balkis agar mengikuti jejak rakannya. Kawannya pula sering ku hasut supaya memujuk Balkis. 
    Siapa sangka, rakan Balkis yang merupakan anak Dato' itu sering mengajak Balkis untuk menemaninya bershopping. Kadang-kala rakannya itu membelikan Balkis baju yang tidak beberapa menutup aurat. Rohnya menolak. Tetapi untuk menjaga hati rakannya, jasadnya terima juga.
    "Balkis, malam ni datang rumah aku. Ada majlis makan-makan sikit. Datang awal sikit. biar aku yang siapkan kau. Ok?" rakan Balkis bersuara di hujung talian.
    "Err. Baiklah. InsyaAllah," Balkis tak sanggup menyakiti hati rakannya.
Balkis pergi ke rumah rakannya selepas Maghrib. Seribu satu alasan diberikan kepada ibunya agar membenarkan dia ke rumah rakannya. Semakin lama aku semakin bangga dengan Balkis. Dia sudah pandai menipu ibunya demi orang lain. Syabas Balkis!
     Malam itu Balkis didandan oleh rakannya. Saiz badan Balkis yang agak sama dengan rakannya memudahkan Balkis untuk memilih mana-mana pakaian. Rakan Balkis mencadangkan blaus merah jambu dipandankan dengan seluar sendat bewarna kuning. Balkis sudah rasa tidak sedap hati.
     "Awak, boleh tak kalau saya taknak pakai macam nie? Macam tak sesuai saja. Lagipun saya belum biasa pakai macam nie," Balkis bersuara.
     "Sesuailah. cuba kau tengok diri kau di cermin tu. Gorgeuos bukan? Ala.. kalau sekarang kau tak cuba, bila lagi?" rakannya itu menghasut. Akal Balkis mengiyakan kata-kata rakannya itu.
     Sejujurnya Balkis tidak mengetahui majlis apakah yang dimaksudkan rakannya itu. Apabila Balkis dan rakannya keluar rumah, iaitu di belakang rumah rakannya, terdapat ramai remaja lelaki dan perempuan yang pernah dia kenal di PLKN. Ada yang sedang menyiapkan BBQ, menyiapkan air dan sebagainya. Taman yang luas di belakang rumah rakan Balkis itu mengindahkan suasana.
    Balkis menjadi perhatian malam itu, mungkin ramai rakannya yang terkejut dengan perubahan dirinya. 
    "Biarkan sahaja mereka Balkis. Mereka cemburu dengan engkau," aku berbisik di telinga Balkis.
    Tiba-tiba ada seorang lelaki yang menghulurkan tangan kepada Balkis. Balkis teragak-agak untuk membalas. Tetapi rakannya menyiku Balkis untuk membalas huluran tangan lelaki itu.
    "Nama saya Farish, nama awak?" lelaki itu bersuara. Tangan Balkis yang dipegang erat lelaki itu cuba dileraikan.
    "Balkis," hanya perkataan itu yang terkeluar dari mulut Balkis. Dia mula rasa tidak senang dengan lelaki yang bernama Farish itu.
    Tanpa berkata apa, 2 gelas dihulurkan oleh lelaki itu. Satu untuk Balkis, satu untuk rakannya. Tanpa syak apa pun Balkis minum air jus oren yang memenuhi ruang gelas itu.
     Majlis berlajan seperti biasa. Majlis makan malam itu berjalan dengan meriah. Balkis sudah tidak kekok seperti tadi. Racun mula memasuki kapilari-kapilari dalam badan Balkis. Lama kelamaan kepalanya merasa semakin pening. Dan tiba-tiba...

Puuppp!~

Balkis pengsan, Keadaan agak kelam kabut sebentar sehingga Farish datang dan menawarkan bantuan untuk menghantar Balkis ke Hospital.
    Rakan Balkis juga menawarkan diri untuk menhantarnya ke Hospital, tetapi dihalang oleh Farish. Kata Farish tak manis jika tuan rumah meninggalkan majlis begitu sahaja. Rakan Balkis yang tidak tahu niat busuk Farish itu mengiyakannya sahaja.
    Kereta BMW milik Farish dipandu laju meninggalkan majlis. Farish tersenyum puas, dia akan menjadikan Balkis mangsanya malam ini. Farish memandu keretanya ke Hotel murahan yang terdekat. Nafsu syaitannya tidak dapat ditahan lagi.
    Balkis dibaringkan di atas katil. Aku bertambah gembira kerana rancanganku untuk menghancurkan Balkis semakin berjaya dengan bantuan Farish.
   Entah bagaimana Balkis boleh tersedar. Mungkin kesan racun yang diberikan tidak kuat. Sudahlah bertindak lambat, kesannya juga sekejap. Aku menyumpah seranah Farish. Balkis terkejut.
   "Apa kau nak buat?!" Balkis menjerit setelah dia menyedari Farish cuba menanggalkan bajunya. Farish yang terkejut menghadiahkan satu tamparan kepada Balkis dengan harapan Balkis akan pengsan semula. Pipi Balkis merona merah. Berdenyut-denyut menahan sakit. Tetapi dia kuatkan semangat. Dengan kudrat yang ada dia cuba menolak Farish. Lalu dia membuka silatnya. Dia pernah belajar silat dengan ayahnya. Telah banyak ilmu persilatan yang telah diperturunkan kepadanya.
   Farish mendekati Balkis. Sepantas kilat Balkis menendang dan menumbuk Farish. Farish yang bertubuh agak besar itu terkejut dengan kehebatan Balkis yang bertubuh agak kecil darinya. Rasa sakit yang dipukul oleh Balkis cuba dibiarkan. Cubaan kali kedua Farish untuk menjatuhkan Balkis mengundang bencana. Tangan Farish dipegang lalu disiku oleh Balkis. Lalu kaki Farish ditendangnya. Kuat. Sehingga lelaki itu rebah dan meraung kesakitan.
   Balkish mengambil peluang itu untuk melarikan diri. Hatinya menangis. Berkecamuk. Macam-macam yang berlegar di fikirannya.
   "Baru aku sedar akibat tidak menutup aurat dengan sempurna. Ya Allah, maafkan hambaMu yang lemah ini," Balkis berdoa.
   Tiba-tiba Balkis ditahan oleh seorang wanita bertudung labuh. Air mata yang mengaburi mata Balkis cuba dihilangkan.
   "Kak Sophea!" Balkis terjerit kecil. Lantas tubuh wanita yang tinggi lampai itu didakap. Air mata yang tadi mengalir bertambah laju kerana sebak. Dirinya insaf. Tarbiah yang pernah diberikan oleh Kak Sophea di sekolah dulu terngiang-ngiang di telinganya.
   Dalam hati kecil Balkis dia bertekad untuk berubah. Dia mahukan dirinya yang dulu. Berpakaian menutup aurat dan taat pada agama.
   Betapa kesalnya aku. Rancanganku hampir berjaya. argh!~ Tak guna punya Balkis. Aku takkan cuba lepaskan engkau. Aku janji!

TAMMAT
    

3 comments:

  1. Menarik kisahnya ukhti :) semoga Allah bantu para Muslima. Ameen~

    ~Putera Mujahid Islam

    ReplyDelete
  2. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete