Followers

Wednesday 15 May 2013

CERPEN: Kerana Dia Solehah...

Suasana pagi itu amat damai. Amir berdiri di balkoni rumahnya. Matanya memandang langit sambil bibirnya basah dengan zikrullah. Amir amat berharap agar pilihannya adalah yang terbaik. Sumayyah. Namanya indah, seindah akhlak pemiliknya. Amir tentunduk malu apabila nama wanita itu menyapa benak fikirannya. Rasa malu kepada Allah kerana merindui wanita yang belum halal baginya.
    Amir pernah bertemu wanita itu sekali. 4 tahun yang lepas. Memang sudah lama. Semasa mereka bertunang pun Amir tidak mahu memandang Sumayyah. Bukan apa. Dia terlampau malu waktu itu. Bagaikan ada batu besar yang menghempap kepalanya untuk menghalang matanya melihat bakal isterinya itu.
    Kenangan lama berputar kembali. Amir sendiri tidak menjangka bahawa dia dan Sumayyah mempunyai perasaan yang sama. Alhamdulillah. Atas ketentuan Allah, Amir dan Sumayyah mengikat janji untuk hidup bersama suatu masa nanti. Amir memilih Sumayyah bukan kerana rupa. Tetapi kerana kesolihannya. Amat terserlah pada diri Sumayyah.
    Kenangan itu berlalu pergi. Terlalu indah untuk diingati. Amir memandang jam di tangannya. Tepat menunjukkan jam 8.30 pagi. Tanpa melengahkan masa, Amir terus siapkan dirinya untuk menunaikan solat sunat Dhuha. Doa dipanjatkan kepada Allah supaya dilimpahkan rezeki yang halal. Lalu Amir bangun dan mengerjakan solat sunat Istikarah pula. Amanat yang selalu dipesan oleh Murobbinya, supaya apa yang kita lakukan lebih terarah seiring kehendak Allah SWT.
    Tanpa melengahkan masa Amir terus bersiap-siap pergi ke pejabat. Dia mahu datang awal kerana kerjanya di pejabat masih bertimbun. Kebetulan semasa Amir ke pantry untuk membuat air, dia terserempak dengan Alif. Amir mengambil peluang ini memberikan kad undangan ke walimatulurusnya bersama Sumayyah.
    Kebetulan, Alif merupakan lelaki yang selalu berhubung dengan Sumayyah atas perkara-perkara yang berkaitan dengan Kelab semasa di kolej dahulu. Jadi tak hairanlah kawan Amir ini banyak tahu tentang Sumayyah.
    "Biar betul kau dengan Sumayyah dah bertunang?" Alif bertanya dalam keadaan sedikit terkejut. Amir hanya membalas dengan senyuman sebagai respon.
    "Jaga-jaga tau. Sumayyah ni badannya besar. Nanti kalau menikah, dia tolak kau cepat je rebah. Hahaha," Alif gelak besar. Amir tergelak kecil. Sekadar meraikan sahabatnya. Amir menganggap apa yang diucapkan itu hanya gurauan.
   "Mana kau tahu dia berbadan besar?" Amir bertanya kembali.
   "Yalah. Kau tengok sendirilah cara pemakaian dia. Apa yang dia pakai semuanya nampak besar. Dah sah-sah dia tu besar," Alif tergelak kecil. Amir sekadar senyum.
   "Sahabatku. Bukankah jilbab itu fungsinya untuk 'cover up the aurat'. Bukan untuk 'show off the aurat'. Tak lah namanya jilbab jika orang lain boleh nampak bentuk tubuhnya. Benar. Pada zahirnya kita nampak dia itu besar. Mungkin ya, dan mungkin tidak. Wallahulam. Tapi benda tu semua tak penting bagi aku. Yang penting dia solehah," Amir menepuk bahu Alif dan berlalu pergi. Alif terpinga-pinga. Tak sangka ayat itu yang akan terkeluar dari mulut sahabatnya.

LAGI beberapa jam sahaja lagi saat bersejarah itu akan tertulis dalam kamus hati Amir. Hati Amir semakin berdebar-debar. Malu, gembira, takut, semuanya bercampur baur dalam 1 rasa. Hanya Allah sahaja yang mampu menterjermahkan perasaannya di waktu ini. Ibu Amir lah orang yang paling sibuk. Kehulu, kehilir bagi memastikan apa yang dirancang akan berjalan lancar. Sungguh besar jasa ibu dalam kehidupannya.
    Pada jam 10 pagi, Amir dan keluarganya sudah bertolak ke Masjid. Pada pukul 10.15 majlis akad nikah akan berlansung. Amir mengambil tempat di depan ayah Sumayyah. Ayah Sumayyah tersenyum. Berkurang sedikitlah perasaan gentarnya saat itu. Lepas beberapa minit Sumayyah pula mengambil tempat di belakangnya. Amir tak berani menoleh ke belakang walaupun 1 darjah. Perasaan malu membekukan dirinya saat ini.
    Selepas beberapa minit, majlis akad nikah bermula. Dengan sekali lafaz maka sahla Sumayyah menjadi bidadarinya yang sah. Tamat juga puasa nafsunya yang selalu dikawalnya selama ini. Bukan senang menangung rindu. Syukur diucapkan kepada yang Maha Esa.
   Selepas mengerjakan solat 2 rakaat. Amir bersalaman dengan ayah mertuanya. Ayah mertuanya itu memeluk Amir dengan erat. Basah pipi tua ayahnya itu.
   "Jagalah anak ayah baik-baik Mir. Bimbinglah dia ke Syurga. Dia lah satu-satunya harta akhirat ayah yang paling berharga. Jangan biarkan dia menangis. Jangan sia-siakan dia, Mir," ayat yang dituturkan jelas di tepi telinga Amir. Lantas riak dihasilkan oleh otaknya menghantar isyarat kepada matanya untuk mengeluarkan air mata. Amir sebak! Dia dan ayah mertuanya berdakapan, lama. Setelah itu Amir bersalaman dengan ibu Sumayyah, ibu bapa Amir dan seterusnya sanak saudara yang hadir.
   "Ni yang ke hulu ke hilir menyalam org sampai dah terlupa dekat isteri ke?" Ayah Amir menyiku Amir. Sanak saudara yang mendengar tergelak besar. 'Amir bukan lupa, ayah. Tapi Amir malu.' Kalbu Amir berbisik. Bibirnya menguntumkan senyuman.
    Amir bergerak menuju ke arah Sumayyah dengan tenang. Bibirnya tidak lekang dari zikrullah. Amir duduk di hadapan Sumayyah. Cincin emas dihulurkan oleh ibunya. Amir memandang ibunya. Ibunya sekadar senyum dan mengangguk, sebagai tanda memberi dorongan kepada anaknya itu. Dia cukup kenal dengan perangai Amir.
     Amir menghulurkan tangannya dan disambut oleh Sumayyah. Molekul-molekul yang membawa kuasa positif mengalir dari tangan Sumayyah mengalir ke tangan Amir dan merebak ke seluruh tubuh Amir. Tenang! Hanya perkataan itu yang menyapa fikirannya. Bagaikan 2 tangan yang sudah lama berpisah dan bertemu kembali. Begitu jugalah eratnya tangan Amir dan Sumayyah.
     "Ehem-ehem," Ayah Sumayyah menyiku Amir. Sanak saudara yang hadir hanya ketawa. Gembira. Majlis berjalan dengan lancar. Selepas itu mereka berarak ke rumah Sumayyah yang tidak jauh dari masjid. Walimah yang diadakan sederhana. Tapi barakahnya dapat dirasai. 'Ya Allah. Beginikah rasanya merasai cinta yang diredaiMu?' Amir berbicara sendiri. Hatinya gembira.

SEMINGGU selepas itu Amir pergi ke pejabat seperti biasa. Dia masuk agak awal kerana dia tahu kerjanya pasti banyak sepanjang cuti yang diambilnya. Seperti biasa, Amir akan bertembung dengan Alif di pejabat.
    "Macam mana lepas nikah ni? Mesti kau rasa menyesalkan?" Alif bertanya. Sinis.
    "Alhamdulillah. Sikit pun tak. Malah aku rasa beruntung sebab dah berjaya suntik dia jadi bidadari aku di dunia. And insyaAllah bidadari aku di akhirat jugak. Nikmat rasanya cinta lepas nikah ni." Amir membalas tenang. Dia tidak mahu menyimbah minyak kepada api.
    "Macam mana nak rasa ni'matnya? Peliklah kau ni.," Alif membalas. Sinis nadanya.
    "Nikmat kerana dia jaga maruahnya sebagai seorang wanita. Tak meletakkan sesuatu yang bukan pada tempatnya. Dan yang paling utama, kerana dia solehah." Amir tersenyum. Alif terdiam.
    "Dah-dah la tu usik aku," Amir menyambung. Mereka ketawa.
    "Tak. Saja nak uji kau," Alif menepuk bahu Amir.
    "Bertunglah kedua-dua tangan kau sebab dapat isteri solehah. Aku ni, bilalah nak bina masjid." Alif tunduk. Hatinya hanya Allah sahaja yang tahu.
    "Jangan risau. Ada jodoh. InsyaAllah tak kemana kan?" Amir menepuk bahu Alif.
    "InsyaAllah. Eh. Dahla. Kau kan baru habis cuti. bertimbun kerja boss bagi kau tahu? Pergi sana buat." Alif menolak badan Amir sedikit. Amir tergelak. Lalu berlalu pergi meninggalkan bilik Alif. Alif selalu mendoakan orang yang dicintainya. Sumayyah. Apabila Sumayyah gembira, dia juga akan merasai hal yang sama. Walaupun pada hakikatnya hatinya sakit. Tapi Apakan daya Alif untuk tidak terima takdir ini. semua ini ketentuan Allah dan pasti ada hikmahnya.
    "Ya Allah. Jagalah dia di sisi suaminya. Jauhkan dia dari hatiku. Allahumma Aminn," setitis air jernih menitis di pipi Alif.
 
TAMMAT

1 comment:

  1. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete