Followers

Saturday 1 December 2012

CERPEN: aku Cinta si KHEMAH!

Fatimah dan Humaira pantas meninggalkan kelas seusai tamat pembelajaran subjek matematik. Mereka perlu pantas kerana kelas tambahan yang disediakan oleh sekolah akan bermula pukul 2 petang. 30 minit sahaja masa yang diperuntukkan untuk semua pelajar tingkatan 6 atas untuk solat dan makan tengahari. Selalunya Fatimah dan Humaira hanya mengambil waktu ini untuk solat Zohor sahaja. Mereka sudah menjamah makanan ketika waktu rehat pukul 10.30 pagi tadi. Jadi perut mereka tak akan merayu untuk diberi makan lagi.
     Seusai solat berjemaah, mereka berdua terus bersiap untuk masuk ke kelas semula. Kebanyakan rakan perempuan mereka akan mengambil waktu ini untuk makan, dan solat selepas tamat kelas tambahan. Bagi dua sahabat karib ini mereka lebih mengutamakan solat di awal waktu. Semasa keluar dari surau, beberapa orang budak lelaki memerhatikan Fatimah dan Humaira.
     "Tudia, ustazah dah keluar dari surau. Rajinnya ustazah," seorang lelaki berkata-kata dengan kuat sambil kawan-kawan disekelilingnya mengilai bak hantu. Surau yang berhadapan dengan kantin memudahkan sesiapa sahaja nampak orang masuk dan keluar dari surau. Fatimah hanya memandang Humaira dan memegang tangan sahabat karibnya itu. Humaira baru berhijrah untuk memakai tudung labuh. Jadi Fatimah yang sudah terbiasa dengan tudung labuh ini ingin memberi kekuatan kepada Humaira. Fatimah sudah terbiasa dengan teguran sedemikian rupa malah telinganya sudah lali dengan teguran-teguran sebegitu.
     "Jalan tu jangan tunduk bawah sangat, nanty terlanggar tiang kami jugak yang susah," Sindir lelaki itu lagi. Kawan-kawannya seperti biasa akan ketawa mengejek.
     Fatimah dan Humaira berjalan pantas melintasi surau. Tak suka dengan layanan sedemikian rupa. Amirr yang baru keluar dari surau memerhatikan kejadian yang berlaku. Percakapan pelajar lelaki itu kedengaran hingga ke dalam surau. Selepas memakai kasut, Amirr menuju ke arah kumpulan pelajar itu.
     "Assalammualaikum warahmatullah," Amirr menyapa sekumpulan pelajar itu. Amirr sudah masak dengan perangai Borhan yang boleh di anggap ketua pelajar nakal di sekolah ini.
     "AllahuAkhbar. Ustaz dah mai tengur kita dah. Aduh. Wa'alaikumsalam. Ya, ada apa ustaz?" Borhan bangun dari tempat duduknya dan mendekati Amirr. Kawan-kawannya yang lain hanya mengekori langkahnya sambil senyum mengejek.
     "Akhi semua sudah solat? Lagi sepuluh minit lagi kelas tambahan akan bermula. Tak baik lengah-lengahkan solat," Amirr menjaga tutur katanya. Senyuman manis tidak lekang dari bibirnya.
     "Ya Allah! Aku lupa. Nasib baik hang ingatkan aku. Terima kasih noh," kata Borhan sambil menepuk-nepuk bahu milik Amirr.
     "Tak apa, memang sudah menjadi tanggungjawab ana sebagai ummat Islam untuk berpesan-pesan," Amirr merendah diri.
     "Jom geng. Kita pergi solat dulu," kata Borhan kepada kawan-kawannya yang agak ramai itu. Selepas Borhan dan kawan-kawannya masuk ke surau, wajah Fatimah pantas menyapa benak fikirannya. Amirr segera istighfar dan berjalan pantas masuk ke kelas.

"CEPATLAH sikit Umai! Nanty kita terlambat," Fatimah kehulu ke hilir di hadapan bilik asrama mereka. Risau mereka akan terlambat ke Kempen Kau Bidadari. Mereka akan pergi bersama ustazah Asma yang banyak membimbing mereka. Selain itu ada juga pelajar-pelajar yang lain yang akan pergi.
     "Ya. Kejap, Umai dah nak siap dah ni," sahut Humaira dari dalam. Tangan kanan milik Humaira pantas memasukkan buku nota dan pen ke dalam beg sandang miliknya. Tidak lupa juga al-Quran yang dihadiahkan   oleh Fatimah kepadanya. Selepas siap, Humaira terus mengunci bilik asrama mereka, pelajar lain sudah keluar kerana hari ini ialah hari minggu.
     "Jom," kata Humaira selepas mengunci bilik asramanya. Lalu dua pasang kaki milik Fatimah dan Humaira pantas berjalan ke depan sekolah. Ustazah Asma sudah tunggu di sana. Setelah memasuki kereta milik ustazah Asma, mereka terus ke lokasi yang dituju.
     15 minit perjalanan di isi dengan tarbiah yang meniti lembut dari bibir ustazah Asma dan membelai-belai jiwa Fatimah dan Humira.
     "Allah perintahkan kita sebagai muslimah untuk menutup aurat dengan sempurna dalam Suratul Ahzad ayat ke 59 yang bermaksud 'Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, "hendaklah mereka menglabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka," yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali dan tidak mudah diganggu dan Allah maha pengampun lagi maha penyayang,'" Ustazah Asma membelokkan keretanya ke kanan.
    "Dalam perintah Allah agar kita menutup aurat supaya kita dikenali dan tidak diganggu. Sekarang banyak ustazah baca di surat khabar kes pembuangan bayi. Jika kita fikir mengikut logik akal, lelaki lebih cenderung goyah imannya. Tetapi cenderung itu kepada wanita yang tidak menjaga auratnya dengan rapi. Sebagai contohnya, di hadapan lelaki ini ada 2 orang perempuan. Perempuan yang pertama pakai tudung labuh, auratnya dijaga dengan rapi. Tetapi perempuan ke dua pakaiannya menjolok mata. Pada pandangan Fatimah dan Umai, nafsu lelaki itu akan cenderung kepada perempuan yang mana?" Ustazah membangkitkan soalan bagi menajamkan fikiran mereka.
     "Perempuan yang kedua," jawab mereka serentak.
     "Ya, benar. Terutama lelaki yang lemah imannya. Lagi mudahlah nafsunya akan teransang. Sebab itulah Allah telah letakkan syariat dalam hal ini. Dalam surah An-Nur ayat 31, Allah perintahkan agar lelaki dan perempuan sama-sama menjaga kemaluan dan pandangan. Barulah kes-kes seperti rogol dan pembuangan bayi dapat dielakkan, insyaAllah" ustazah Asma berhenti berkata-kata. Kereta Myvi yang dipandu Ustazah Asma diparking bersebelahan kereta kancil.
     "Alhamdulillah, kita dah sampai dengan izinnya. Jom." Ustazah Asma dan dua orang pelajarnya itu turun dari kereta. Senyuman terukir indah di bibir Fatimah dan Humaira. Ramainya, bukan sahaja muslimat, tetapi muslimin juga turut hadir. Subhanallah.
     Ustazah Asma, Fatimah dan Humaira berjalan-jalan di sekitar kawasan itu. Banyak gerai yang di buka terrmasuk gerai pakaian muslimat. Semasa singgah di satu gerai yang menjual jubah, Ustazah Asma berbesar hati untuk belikan Fatimah dan Humaira sepasang abaya hitam. Humaira sangat gembira kerana sebelum ini dia tidak pernah memiliki abaya.
     Setelah 2 jam berada di sana, Ustazah Asma mengajak pulang. Sebelum itu, mereka singgah di Masjid Jame' Alor Setar kerana sudah masuk waktu Asar. Dengan izin Allah, mereka sempat solat berjemaah bersama.
    Apabila sampai di sekolah, mereka mengucapkan terima kasih kepada ustazah Asma kerana sudi membawa mereka.
    Tanpa disedari gelagat Fatimah dan Humaira diperhatikan oleh Amirr. Sekuntum senyuman manis terukir di bibirnya. Tenang. Hanya perkataan itu yang muncul di benak fikirannya apabila dia terpandang Fatimah.

AMIRR mengemas meja belajarnya yang agak berselerak. Jam menunjukkan pukul 11.30 malam. Amirr mendisiplinkan dirinya agar mengikut jadual hariannya. Setiap hari Amirr akan belajar dari Isyak hingga pukul 11.30 malam kerana selepas itu dia akan menunaikan solat sunat witir dan membaca Surah al-Mulk.
      "Assalammualaikum. Heip. Kenapa dengan anta ni? Macam ada masalah ja ni. Cecite kat ana sikit," Shahir yang merupakan kawan rapat Amirr sudah masak dengan sikap sahabatnya ini. Jika ada masalah, dia suka duduk menyendiri.
      "Wa'alaikumsalam warahmatullah. Tak ada lah akhi. Ana ok ja. Cuma......." ayatnya terhenti. Sengan untuk mula berbicara soal hati.
      "Ahh. Ada dah tau dah. Ni mesti pasal Fatimah kan?" Shahir memegang bahu kawannya. Amirr tertunduk malu.
     "Kalau jodoh ada, tak kemana. Akhi, kita masih muda. Banyak lagi cabaran yang akan kita tempuh. Lagi sebulan lagi nak exam. Jangan lah fikir lagi. Fokuskan pada exam STPM ni dulu. Ok?" Shahir sedang cuba menenangkan sahabatnya.
     "Ya, ana tahu. Cuma ana nak hadiahkan dia sesuatu," kata Amir sambil mengubah posisinya menghadap Shahir.
    "Hadiahkan apa?" Shahir tertanya-tanya.
    "Ana nak hadiahkan cinta ana untuknya. Ana akan menjemputnya bila dah tiba masanya nanti," Amirr senyum dengan penuh yakin.
    "Subhanallah. Tinggi cita-cita anta?"
    "Akhi, Fatimah tu, bagi ana terlampau istimewa. Siapa sangka, dia muslimat pertama yang pakai tudung labuh di sekolah ni. Cara dakwahnya sampai dah ada muslimat lain yang turut pakai tudung labuh sepertinya. Paling hebat sekali, dia istiqomah dalam memakai tudung labuh walaupun dah disindir dan diperli.
Ana betul-betul suka si khemah itu," Amirr berhenti berbicara. Dia masih ingat peristiwa apabila Fatimah diejek memakai 'khemah' di atas kepala. Fatimah hanya melemparkan senyuman manis ke arah pelajar perempuan yang mengejeknya itu. Siapa sangka, pelajar itu sudah menjadi kawan baik Fatimah dan sudah memakai tudung labuh sama sepertinya. Humaira, dialah pelajar itu.
   "Subhanallah. Akhi ni tau selok belok si khemah tu. Tak apa. Ana akan berdiri di belakang akhi selagi akhi mengikut landasan syarakNya," Shahir memandang Amirr.
   "Eh! Dah la, jom masuk. Dah pukul 12 malam dah. Nanti takut tak terjaga untuk bangun tahajjud," Amirr menarik tangan Shahir menuju ke dalam asrama. Ketawa Shahir meletus juga. Tahulah dia bahawa si Amirr sudah malu. Dia dapat mengesan kerana tiba-tiba muka kawannya yang putih itu menjadi kemerah-merahan.

DUA bulan sudah berlalu. Semua pelajar STPM berkumpul di Dewan besar Sekolah Sri Dian. Malam ini merupakan malam terakhir mereka di sekolah ini kerana esok pagi semua pelajar akan pulang ke rumah masing-masing. Sedikit hidangan ringan diakan oleh pihak sekolah.
    Semasa majlis diakan, majlis penyampaian hadiah diakan. Semua pelajar diminta membawa hadiah untuk dihadiahkan kepada orang lain. Setiap orang yang terpilih akan mencabut nama orang yang akan diberi hadiah di dalam balang yang terisi nama semua pelajar STPM.
    Pengetua memanggil nama Amirr sebagai ketua pelajar untuk mencabut nama di dalam balang, seterusnya akan diikuti oleh pelajar lelaki yang lain. Peraturannya, pelajar perlu buka kertas itu pada slot yang disediakan khas untuk memberi hadiah. Setelah 15 minit berlalu, guru kaunseling mengarahkan para pelajar membuka kertas yang sudah terisi nama pelajar. Semasa memberi hadiah, mereka perlu menunjukkan kertas itu sebagai bukti.
    Semasa kertas di tangan Fatimah di buka, tertera nama 'Muhammad Amirr Fahim Bin Syukur'. Lidah Fatimah kelu. 'Allahu Robbi,' apakah rahsia disebalik takdirmu ini ya Allah? Di hati kecil Fatimah terukir indah nama insan bernama Amirr. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaannya itu.
    "Dapat nama siapa?" tanya Humaira.
    "Aaaa... Amirr," kata Fatimah gagap. Dia masih terkejut nama lelaki yang sukainya tertera di atas kertas itu.
    "Owh. Amirr. Dia ada kat sana. Nak Umai temankan bagi hadiah?" tanya Humaira.
    "Fatimah seganlah nak bagi sekarang. Orang ramai. Sekejap lagi Umai teman Fatimah ok?" Humaira mengangguk mengerti.
    "Umai pula dapat nama siapa?" tanya Fatimah.
    "Alhamdulillah. Nama Sofea Balqis," Humaira tersenyum. Sofea Balqis merupakan kawan rapatnya sebelum dia berhijrah. Mungkin peluang ini ialah peluang untuk aku berbaik dengannya. Bisik hati kecil Humaira.
    "Jom Fatimah temankan," Fatimah mengajak Humaira sambil menarik tangan kanan milik Humaira menuju ke arah Sofea Balqis.

"NAMA siapa yang tertera kat atas kertas tu?" tanya Shahir kepada Amirr.
    "Fatimah Az-Zahra binti Muhammad Yasin," Amirr tertunduk. Dia berasa amat malu.
    "Subhanallah. Tengok, Allah aturkan cantik ja untuk akhi," Shahir menepuk-nepuk bahu kawannya itu.
    "Alhamdulillah, nak ana temankan bagi hadiah untuk Fatimah? Dia ada di sana tu," pantas jari telunjuk milik Shahir mengarah ke arah Fatimah. Fatimah kelihatan sopan dengan abaya berwarna hitam dan tudung labuhnya itu.
   "Ana segan nak pergi sekarang. Masih ramai orang. Kejap lagi akhi teman ya?" tanya Amirr. Shahir mengangguk tanda faham.
   Jam menunjukkan pukul 11.30 malam. Ramai pelajar yang sudah pulang ke asrama masing-masing. Di Dewan besar ini hanya tinggal guru-guru dan beberapa orang pelajar yang bertugas. Fatimah dan Humaira masih meluangkan masa bersama ustazah Asma.
     "Assalammualaikum warahmatullah," Amirr memberi salam kepada ustazah Asma, Fatimah dan Humaira. Shahir yang setia mengikutnya menghadiahkan senyuman.
    "Wa'alaikumsalam warahmatullah," para muslimat ini menjawab. Selepas Fatimah mengangkat kepala dia amat terkejut kerana pemilik suara itu ialah Amirr.
    "Ada apa Amirr?" tanya Ustazah Asma.
    "Tadi semasa cabut nama dalam balang, saya dapat nama Fatimah Az-zahra. Jadi saya singgah sini sebab nak berikan hadiah ini kepadanya," hati Amir agak gugup. Ustazah Asma memegang tangan Fatimah dan mengukir senyuman.
    "Ana pun dapat nama anta. Ini hadiahnya," Fatimah menghulurkan satu bungkusan berbalut kemas.
    "Jagalah barang ini dengan sebaiknya. Ia ibarat hati ana. Tanpa nyanyiannya ana akan rasa sunyi," kata Fatimah menunduk. 'Demi nama Allah yang memegang hatiku, aku tidak sanggup untuk memandang wajahnya. Hanya Engkau sahaja yang tahu perasaan ku ini ya Allah,' bisik hati kecil Fatimah.
    Amirr baru teringat sesuatu. Patutlah dari tadi dia tak dapat hadiah dari mana-mana rakan. Hatinya tergelak kecil sambil tangannya menggaru kepalanya yang tidak gatal.
    "Syukran. Ini pula untuk anti," kini mereka bertukar tangan. Hadiah yang diberi Amirr berbalut kemas. bentuknya sepeti buku. Teka Fatimah.
    "Baiklah, ana nak balik ke asrama dahulu. Assalammualaikum warahmatullah," Amirr dan Shahir berlalu pergi.
     "Wa'alaikumsalam warahmatullah," jawab ustazah Asma. Sepasang mata milik Fatimah tunduk ke lantai. Hatinya pula tidak putus-putus istighfar. Hadiah pemberian Amirr dipegang erat.

"ALHAMDULILLAH. Ayah bangga dengan Amirr. Tak sangka putera ayah ni dah jadi usahawan yang berjaya," kata ayah Amirr sambil menepuk-nepuk bahu anak tunggalnya. Ibunya tersenyum manis.
   "Alhamdulillah. Tinggal nak dapat menantu ja kan abahnya?" tanya ibu Amirr kepada suaminya. Ayat yang keluar dari bibir wanita yang paling disayangi Amirr mengusik hatinya. Tiba-tiba nama Fatimah terukir indah dalam hatinya. Pantas memori tentang Fatimah diulang tayang di kepalanya.
  "Ya lah ibunya. Bilalah anak kita yang kacak ni nak carikan kita menantu," sindir ayah Amirr pula. Amirr hanya tersenyum.
   "InsyaAllah ayah, bu. Bila dah ada calon, cepat-cepat Amirr bagitau," Amirr tersenyum. Dia cadang mahu beristikarah dahulu. InsyaAllah esok pagi dia mahu berbincang dengan ibu bapanya akan hal ini.
    Amirr masih tahu Fatimah tinggal di mana. Dia juga mengetahui bahawa Fatimah sudah menjadi seorang Ustazah di sebuah sekolah rendah berdekatan rumahnya.

ESOKNYA setelah beristikarah dan berbincang dengan ibu bapanya, Amir terus berbuat keputusan untuk merisik Fatimah. Semasa dalam perjalanan ke rumah Fatimah, Amirr hanya berdoa agar Allah permudahkan hajatnya.
     "Assalammualaikum," Amirr memberi salam. Seorang wanita yang agak dikenali menjenguk ke luar.
     "Amirr. Buat apa anta datang ke sini?" tanya Fatimah dengan agak gugup.
     "Ana datang sebab nak menjemput bidadari ana," Fatimah kelu. Hanya air mata kegembiraan yang menitis di pipi mulus miliknya. Tanpa berkata apa-apa Fatimah terus berlari-lari anak masuk ke dalam rumah. Sebeberapa ketika, seorang lelaki berusia keluar dengan senyuman yang menyenangkan. Tahulah Amirr bahawa lelaki itu ayah Fatimah.
     "Kamu Amirr ya? Puteri pakcik selalu cerita pasal kamu. Tak sangka pula kamu nak menjemput anak pakcik. Marilah, masuk ke dalam dulu," ayah Fatimah mengajak Amirr masuk ke dalam. Rasa gembira dan bersyukur tercampur sebati dalam hatinya.
     'Ya Allah. Satukanlah hati kami keranaMu,' hati amir berbisik gembira. 'Alhamdulillah, Aku sudah berjaya mendapatkan si KHEMAH aku. Alhamdulillah,' bisik Amirr lagi.

-TAMMAT-
 
 



1 comment:

  1. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete