Followers

Thursday, 9 August 2012

Manusia hebat..

Assalammualaikum warahmatullah..
dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha penyayang..
segala puji bagi Allah yang memelihara alam tanpa bantuan dari sesiapa pun...
seluruh alam tunduk patuh kepada perintahNya kecuali yang kafir...
semoga kita berada di dalam kalangan hamba yang tunduk patuh kepadaNya dan yang sentiasa bersyukur atas nikmat yang dipinjamkan dariNya..

sebaik-baik ciptaan Allah adalah manusia... jika mahu melihat kelebihan pada burung yang terbang bebas di langit dan ikan yang rancak berenang di dalam lautan ciptaanNya.. memang kita tidak boleh tandingi kelebihan yang ada pada makhluk-makluk lain... tetapi jika mahu dibandingkan dengan manusia yang Allah telah letakkan seribu macam kelebihan... ya, tidak ada makhluk lain yang boleh tandingi...

kerana itulah Allah telah menjadikan manusia sebagai khalifah di bumi... daripada penciptaan manusia pertama iaitu nabi Adam AS dan seterusnya anak cucu baginda sehinggalah kita sendiri...
Allah juga menguji manusia dengan pelbagai bentuk ujian.. sama ada dalam bentuk kesenangan atau kesusahan, sedar atau tidak, suka atau tidak dan macam-macam lagi... dengan ujian yang Allah berikan itulah dapat mengangkat darjat manusia di matanya... sama ada yang beriman atau tidak...

"jika mahu lihat seseorang itu beriman atau tidak, lihatlah ketika dia ditimpa ujian dari Allah SWT"

selalunya manusia ini, ada tiga tugas, iaitu:
-Sebagai hamba Allah..
-Sebagai seorang anak..
-Sebagai seorang pelajar..

ana tak mahu kaitkan sebagai seorang suami/isteri, bapa/ibu dan sebagai seorang pekerja kerana ana belum ada pengalaman dalam situasi tersebut...

sebagai seorang manusia yang hebat, kita perlulah seimbangkan semua perkara dalam hidup kita... perpandukan saranan Rasulullah (selawat dan salam penuh keatas kekasih dunia akhiratku yang aku sanggup mati sejuta kali untuknya dan tak akan aku reda walaupun secebis duri melukai tapak kakinya) supaya kita seimbangkan dunia dan akhirat kita...
sebagai contohnya... jika kita lebihkan urusan dunia, asyik bekerja dan jarang beribadah, bagaimana kehidupan kita di akhirat sana? adakah selamat atau tidak..?
begitu jugalah kita kita lebihkan urusan akhirat.. kita asyik beribadah dan tak berusaha untuk mencari rezeki.. bagaimana kita mahu makan? untuk dapatkan kekuatan beribadah kepadanya... tidak mustahil juga jika terlalu terdesak kita akan mencuri... bukan???

Allah pernah berfirman dalam kitab yang suci yang menjadi panduan seluruh ummat Islam, Al-Quran yang menyatakan bahawa tidak ada sebab lain Allah menciptakan jin dan manusia semata-mata untuk beribadah kepadanya.... beribadah ini bukan sahaja di atas tikar sejadah.. tetapi ibadah dalam seluruh kehidupan kita... contohnya.. kita pergi ke sekolah... kita berjihad untuk membangunkan agama Islam dengan ilmu yang akan kita dapat.. itu ibadah.. kita kemas rumah supaya semua ahli keluarga berasa selesa untuk beribadah dan melakukan aktiviti harian, itu juga ibadah... lihat.. betapa syumulnya Islam.... boleh jadi setiap saat dalam hidup kita adalah ibadah kepadaNya.... konklusi yang mudah.. apa-apa sahaja kita buat yang akan mendapat pahala adalah ibadah... tak susahkan untuk dapat pahala?

tugas sebagai seorang hamba..

Tujuan kita hidup di bumi Allah ini adalah untuk mencari harta akhirat untuk menjadi bekalan di akhirat kelak..
perkara-perkara yang wajib seperti mengucapkan 2 kalimah syahadah, solat 5 waktu sehari semalam,  berpuasa di bulan Ramadan, membayar zakat dan menunaikan haji bagi yang berkemampuan hendaklah kita laksanakan...
perkara-perkara sunat perlulah kita banyakkan dalam kehidupan kita... perkara-perkara sunat adalah dari perbuatan kekasih kita Nabi Muhammad.. seperti memulakan perkara dari kanan kecuali apabila hendak masuk ke tandas.. solat sunat, puasa sunat dan macam-macam lagi...
kita perlulah mengikuti peribadi mulia Nabi Muhammad SAW yang berakhlak mulia dan menyayangi semua makhluk tak kira manusia, tumbuh-tumbuhan, haiwan malah makhluk yang tak bernyawa juga dikasihi baginda..

tugas sebagai seorang anak..

kita dilahirkan di dunia ini melalui rahim ibu kita.... sejak awal kejadian kita melalui percantuman sperma dan ovum sehingga sekarang, ibu bapa kita selalu mengharapkan yang terbaik untuk kita...
setiap pengorbanan ibu dan ayah kita tak dapat dibalas dengan apa pun... terutama ibu kita... mereka bermatian-matian semata-mata untuk melahirkan kita ke dunia.. menanggung sakit di saat melahirkan kita.. memang tak dapat dibalas dengan satu apa pun...
ayah yang bekerja siang malam untuk membesarkan kita, untuk memenuhi keperluan sehari-hari kita.. tak pernah berkira pun dengan kita.. entah berapa wang ringgit dan tenaga yang dikeluarkan oleh ayah untuk kita.. betapa besarnya pengorbanan dua insan yang bernama ibu dan ayah ini dalam hidup kita..
sebagai seorang anak, kita perlu sentiasa menjaga hati mereka.. ikut kata mereka selagi tidak bertentangan dengan syarak... hormati mereka... menyayangi mereka.. buat yang terbaik untuk mereka... buatlah apa-apa sahaja selagi mereka reda dengan kita... kerena reda Allah teletak atas reda ibu bapa kita..

tugas sebagai seorang pelajar..

ibu bapa yang telah bekerja keras semata-mata untuk melihat kita berjaya..
duit mereka banyak habis untuk pelajaran kita...
hargailah... belajarlah bersungguh-sungguh... sekolah adalah tempat menuntut ilmu.. apa yang diberi oleh guru, gunakan sebaiknya... banyakkan membaca, membuat latihan untuk mendapat keputusan yang cemerlang.. sebagai seorang pelajar yang akan menghadapi ujian SPM.. muhasabah diri... selama kita belajar  hampir 11 tahun ini, takkanlah kita mahu meninggalkan alam persekolahan dengan hasil yang sia-sia?? berusahalah supaya masa kita yang banyak terluang untuk menjadi seorang pelajar ini akan menghasilkan hasil yang lumayan... usaha, berdoa dan bertawakal... insyaAllah.. keputusan cemerlang dalam genggaman kita....

seimbangkan semuanya..

jangan jadikan kehidupan kita di dunia ini sia-sia... seimbangkan semuanya...
bagi ana sendiri, ana suka ada jadual harian atau senarai tentang apa yang ana perlu lakukan setiap hari.. ana akan berusaha untuk ikut jadual yang ana sediakan... untuk menjadi manusia yang produktif, ana bahagikan masa untuk beribadah, belajar, rehat dan tugas ana sebagai seorang anak.... selalu katakan kepada diri yang kita adalah manusia yang hebat dan soleh/ solehah untuk mencapai matlamat kita hidup di dunia... jangan  habiskan masa kita dengan sia-sia.. kerana perbuatan sia-sia itu adalah sikap syaitan... carilah aktiviti yang kita suka dan yang akan membawa faedah kepada kehidupan kita...

apa yang ana nyatakan di atas adalah untuk peringatan untuk diri ana dan sahabat-sahabat...
sesungguhnya ana akan terus ikhtiar untuk terus memperbaiki diri...
mujahidah itu pahit kerana Syurga itu manis...
selalu muhasabah diri dan terus memperbaiki diri...

semoga Allah reda...

No comments:

Post a Comment