Followers

Friday, 31 August 2012

CERPEN: Persahabatan ini..

Adam melangkah pantas menaiki tangga menuju ke tingkat paling atas. Hatinya meronta-ronta agar maklumat yang baru didengarinya hanyalah rekaan semata-mata. Pelajar yang berpusu-pusu menuruni anak tangga langsung tidak menghalang Adam untuk terus berjalan. Waktu rehat baru bermula. Waktu sekarang adalah waktu untuk pelajar berehat dan membuat hal masing-masing.
     Adam menghentikan langkahnya. Cermin mata yang dipakainya dibersihkan dengan baju sekolah yang disarungkannya lalu cermin mata itu diletakkan kembali ke tempat asalnya. Hatinya terus beristighfar. Adam menundukkan pandangan. Lalu meninggalkan tingkat 3 banggunan sekolah itu. kakinya menapak perlahan menuju ke kelas. Adam masih tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.
     Adam melabuhkan punggungnya di atas kerusi kayu yang menjadi tempatnya di dalam kelas 5 Batutah. Matanya terpandang bekalan yang dibawa. Hari ini, dia yang akan membawa bekalan makanan untuk dikongsi bersama Asyraf. Kelmarin, Asyraf yang bawa bekalan makanan. Tugas ini akan mereka lakukan berselang-seli. Rasa yang mencucuk-cucuk perutnya dari pagi langsung hilang apabila teringatkan peristiwa tadi. Adam tidak habis fikir bagaimana Asyraf boleh berjumpa dengan perempuan dalam keadaan yang mesra. Sebelum ini Asyraf tidak begitu. Tapi kenapa hari ini? Adam menyoal sendirian.
     "Adam, ada bawa tak nasi goreng ayam yang anta janji kelmarin?" Asyraf menyapa Adam. Langsung Adam ditarik keluar dari lamunannya. Adam menunduk. Lalu bekalan makanan diletakkan di atas meja Asyraf, iaitu disebelah mejanya.
     "Makanlah. Selera ana dah hilang." Adam bangun lalu meninggalkan Asyraf dalam keadaan terpinga-pinga. Adam mengerutkan dahinya. Pelik dengan kelakuan Adam. Tidak pernah Adam buat begitu kepadanya.

LOCENG berbunyi menandakan waktu persekolahan telah tamat. Adam mengemaskan mejanya lalu dia berlalu keluar dari makmal kimia. Sekali lagi dia meninggalkan Asyraf. Selalunya Adam dan Asyraf bagai isi dengan kuku. Mereka selalu bersama.
     "Adam! Tunggulah." Asyraf memanggil Adam dari belakang. Tapi panggilan Asyraf langsung tidak mematikan langkah Adam yang pantas. Dari tadi dia cuba mengejar Adam yang merupakan antara atlet sukan sekolahnya. 'Berjalan laju mengalahkan zirafah,' Asyraf mengomel dalam hati. Lalu Asyraf mengambil langkah untuk mendapatkan Adam dengan berlari.
     "Adam. Kenapa dengan anta ni?" Asyraf memegang tangan Adam supaya dia berhenti berjalan. Adam merenung tajam ke dalam anak mata Asyraf.
     "Kenapa dengan ana? Anta tu yang kenapa?"
     "Kenapa dengan ana?" Asyraf menyoal kembali. Tidak faham dengan maksud Adam.
     "Anta ingat ana tak nampak apa yang anta buat waktu rehat tadi? Gelak-gelak dengan junior perempuan. Mana Asyraf yang jaga pergaulan yang ana kenal dulu? Ah. Sudahlah!" Adam melepaskan cengkaman Asyraf di lengannya lalu meninggalkan Asyraf bersendirian. Asyraf terpaku. 'Apa yang ada di fikiranmu, sahabat?' Asyraf memandang Adam yang meninggalkannya dengan perasaan sayu. 'Biarkanlah dulu. Esok aku terangkan kepada Adam.' Asyraf cuba menyenangkan hatinya yang gusar kerana tidak percaya akan peristiwa yang baru beberapa saat meninggalkannya.

ASYRAF meletakkan beg sekolahnya di atas kerusi kayu di sebelah Adam. Asyraf memandang Adam. Selalunya pagi-pagi begini pasti mereka akan keluar bertugas di pintu pagar bersama-sama. Mereka akan tukar-tukar cerita akan peristiwa yang berlaku di rumah. Tapi sejak seminggu yang lalu, semua itu telah tiada. Bahkan tiada lagi gelak ketawa Adam untuk didengari. Dalam seminggu itulah Asyraf sudah cuba bermacam-macam cara untuk menerangkan kepada Adam. Tapi, tidak ada apa-apa respon dari sahabat akhrabnya itu. Apa bila ditegur, dia cuba mengelak. Malah kawan-kawan sekeliling pun sudah menyedari kerenggangan hubungan mereka. Asyraf berlalu keluar dari kelas meninggalkan Adam tanpa sebarang kata. Kelmarin ada jugalah dia memberitahu Adam bahawa dia mahu keluar bertugas walaupun Adam hanya buat tidak tahu. Tapi Asyraf malas untuk berbicara. Bukan kerana sudah putus semangat untuk memperbaiki hubungan mereka, tapi dia tidak mahu ganggu Adam buat sementara waktu. Bagi Asyraf, dia mahu Adam punya masa untuk bertenang juga. Tetapi sudah seminggu. Takkanlah hatinya masih begitu?
     Adam yang menyedari pemergian Asyraf terus mengemaskan mejanya untuk pergi ke tapak perhimpunan. Buku teks Bahasa melayu yang hendak disimpan dibawah mejanya di belek-belek. Tiba-tiba terjatuh satu sampul surat di atas lantai. Adam mengambilnya lalu mengerutkan dahinya. Siapa yang bagi ni. Takkanlah peminat. Aku bukannya handsome pun. Adam berdialog sendiri sambil bibirnya tersenyum bak kerang busuk. Menyedari namanya tertera di luar sampul surat itu, Adam terus membukanya lalu membaca surat yang ditulis.

Assalammualaikum warahmatullah wahai sahabatku dari syurga..
sungguh, ana merindui persahabatan kita... ana rindu gelak ketawa anta.. ana rindu masakan anta.. dan yang paling penting, ana rindu nasihat anta... bukankah Adam yang ana kenal adalah seorang hamba Allah yang mulutnya ringan untuk menasihati orang lain... tapi kenapa anta buat ana macam ini? apa yang ada di dalam fikiranmu wahai sahabat?
macam-macam yang ana cuba buat untuk pulihkan hubungan kita.. ana merayu pada anta.. tolonglah dengar penjelasan ana..
junior perempuan yang ana jumpa hari itu hanya pinjam buku 'cinta Habiballah' dari ana.. mungkin anta pelik kenapa kami gelak-gelak.. sebabnya, ada sesuatu yang melucukan yang anta tulis dalam buku itu.. anta ingatkan yang anta pernah pinjam buku tu dahulu dari ana? lepas itu anta tulis pasal apa yang ana buat di kem awal tahun lepas.. peristiwa yang anta anggap lucu itu? masih ingat? junior tu terbaca apa yang anta tulis.. salahkan untuk dia ketawa sebab terbaca apa yang anta tulis? takkanlah ana nak buat muka 'nothing happen' depan dia. mestilah ana senyum kan? semasa ana nak ambil balik buku tu dari dia, kawan dia ada teman dia semasa jumpa ana... mungkin anta tak nampak sebab kawannya duduk di bahagian yang agak terlindung.. kami tak ada apa-apa hubungan.. malah ana hanya anggap dia sebagai saudara seagama sahaja.. tidak lebih dari itu..
berfikirlah wahai sahabat.. jangan bertindak melulu seperti syaitan... tapi bertindaklah seperti kekasih kita, Nabi Muhammad yang sentiasa berfikir sebelum bertindak..
kehadiran anta telah banyak mengubah ana.. malah persahabatan kita sudah tejalin selama 5 tahun.. takkan anta nak robohkan persahabatan ini hanya kerana peristiwa yang kecil itu?
sahabat.. ana masih perlukan anta dalam perjuangan ana ini.. bukankah kita pernah berkata bahawa persahabatan ini terbina semata-mata keranaNya..?
ana mohon maaf jikalau ana ada menyakitkan hati anta dalam ana sedar ataupun tak.. ana masih sayangkan perhubungan kita.. kalau anta maafkan ana.. kita jumpa di depan surau semasa rehat.. kalau anta tak maafkan, jangan datang.. ana faham..

salam sayang, cinta dan kasih: Muhammad Asyraf Syaufiq..

     Adam melipat kembali surat pemberian Asyraf. Air matanya hampir menitis. Ya Allah, apa yang aku fikir selama ini. Maafkan aku sahabat, aku terlalu mengikut nafsu amarahku. maafkan aku. Adam membisik perlahan.

ADAM melangkah laju menuju ke arah surau. Harapnya Asyraf masih ada di situ kerana Adam ada urusan sebentar tadi. Adam memperlahankan langkahnya apabila melihat Asyraf sedang duduk di tangga dihadapan surau.
     "Assalammualaikum. Maaf ana lambat." Adam menyapa Asyraf. Asyraf bangun apabila melihat kehadiran Adam. Lalu dia menjawab salam Adam. Asyraf mengajak Adam untuk mengambil tempat di depan surau. Tanpa teragak-agak, Adam hanya menuruti keinginan Asyraf.
     "Jadi, anta dah maafkan ana?" Asyraf memulakan bicara.
     "Bukan salah anta, ana yang salah sebab bertindak sebelum berfikir. Maafkan ana." Adam tertunduk. Kesal dengan sikapnya. Asyraf terseyum manis. Dia bersyukur kerana Adam sudah sedar akan kesilapannya.
     "Tak apa, salah ana juga sebab pergi tak ajak anta." Angin duha membelai mereka. Asyraf dapat merasakan kedamaikan ketika ini.
     "Persahabatan ini..... Kerana Allah ya?" Adam memandang Asyraf. Mata Adam sudah mula merah kerana kesan menangis.
      "Mestilah. Ana sangat sayangkan anta keranaNya." Asyraf tersenyum dalam menahan air mata. Tanpa disangka-sangka Adam memeluk tubuhnya sambil menangis. Asyraf terharu lalu membalas pelukan Adam. Inilah kali pertama mereka berpelukan dalam keadaan begini. Keadaan yang syahdu dan gembira membaluti mereka.

"EII.. Tengok! Pasangan gay dah masuk kelas!" seorang rakan lelaki bersuara kuat apabila Adam dan Asyraf melangkah memasuki kelas. Adam mengerutkan dahi. Tahulah dia bahawa kata-kata itu ditujukan kepadanya dan Asyraf.
     "Kenapa pula gay?" Adam bertanya. Asyraf mendiamkan diri. Dia hanya berdiri di sebelah Adam.
     "Yalah, aku nampak hampa berpelukan kat depan surau. Eh hampa dua ni. Dah la peluk kat tempat terbuka, kat depan surau pulak tu! Tak malu ka?" Badrul bercakap dengan pelat Kedahnya menceritakan peristiwa yang dilihatnya semasa rehat tadi. Adam terdiam. Otaknya ligat berfikir sambil mencari jawapan yang sesuai untuk makhluk Allah seperti Badrul ini.
     "Salahkah kalau berpelukan? Anta tahu mana haram? Bukankah itu adalah salah satu dari sunnah Rasulullah SAW. Bukan senang nak dapat kawan yang sanggup peluk kita untuk menenangkan kita. Meh sini ana peluk anta untuk bagi anta tenang sikit." Asyraf mendepakan tangannya lalu menuju ke arah Badrul. Badrul mengelak dan bersembunyi di belakang Adam. Satu kelas ketawa dengan sikap Badrul.
      "Eh. hang sabaq la dulu. aku tak habih cakap lagi. Haa... Betul cakap hang. Sunnah Rasulullah SAW. Nasib baik hang ingatkan aku. Tapi aku tak mau lah peluk hang. Cukuplah mak aku yang selalu dok peluk aku." ketawa yang semakin perlahan bertambah kuat kembali atas penerangan Badrul. Badrul mengetuk kepalanya sendiri kerana rahsianya sudah terbongkar.
      "Hasib baik ada Badrul. Kalau tak, tak meriah kelas kita ni. Ni lah sebab ana lagi sayang dekat Badrul ni." Asyraf kembali mendepakan tangannya lalu mengejar Badrul lalu memeluknya. Badrul yang bertubuh cubby itu meronta-ronta agar dilepaskan. Kawan-kawan sekelas hanya ketawa dengan gelagat Asyraf dan Badrul. Setelah melepaskan Badrul. Asyraf lalu mendapatkan Adam lalu tersenyum manis. Adam membalas senyuman Asyraf sambil kepalanya tergeleng-geleng dengan gelagat kelakar kawan-kawannya..
     "Persahabatan ini terbina....." Asyraf bersuara. Lalu memandang Adam..
     "...KeranaNya." Adam dan Asyraf bersuara serentak lalu tersenyum. Indahnya persahabatan ini. Mereka memuji-muji Allah SWT..



TAMMAT

13 comments:

  1. sseronok sgt bce cerita fina nie..fina bleh jd penulis novel or cerpan islamic

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah... doakan fina... ^^
    and kalau nak suruh ana karangkan cerpen pun boleh... just bagi ana rangka jalan cerita... nanty ana tolong buatkan..
    InsyaAllah

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, kak ana.. Ni saya laa..
    Terima Kasih sebab nasihat saya.. Saya sangat menghargai nasihat kak ana..

    Bila saya baca cerpen persahabatan ini, saya terharu... saya berazam ingin membaiki hubungan persahabatan saya dengan Izzul Hakiemi.. Sebenarnya masalah saya berpunca drpd diri saya sendiri.. Saya x dpt terima bahawa dia bercinta... Saya tanya dia banyak kali dh.. Dia tipu saya.. Baru kelmarin, (27/9/2012) , saya tau.. kami dua silat mulut... Saya x tahan... saya sakit hati sangat... nasib baik ada qusyairi.. dia suruh saya istighfar banyak2.. Alhamdulillah... saya dpt tahan kemarahan saya tu.. tapi, saya bertegas nk tegah Izzul drpd bercinta ... Sekian kak...

    ReplyDelete
  4. wa'aliaksalam.. tak apa... teruskan semangat danial... niat da ada.. memang sangt bagus... jadi teruskan berusaha dan berdoa... seterusnya bertawakal kepada Allah... yang pentng, danal kena ingt.. kita tak boleh mengubah seseorang.. kecuali Allah yang mampu mengubahnya... ok??? bergantung hanya kepada Allah... :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq kak... kak memang the best laa... ma sih bagi nasihat.. walaupun hubungan kami agak renggang skrng ni, tapi saya redha ja... kelak, saya mungkin akan ada kawan yg ramai lagi.. berkawan biar beribu, berkasih biar satu...

      kak, saya minta maaf sebab saya kata saya benci perempuan sbb saya kata perempuan gunakan masa silam depa untuk cinta.. tapi, saya rasa ada gk skit jaa.. x banyak.. tu pun saya ambil dri pengalaman saya..

      kak, saya x benci perempuan.. perasaan saya terhadap wanita, biasa2 jaa.. malah, saya dh x de perasaan apa2 pon kecuali nk berkawan/.... hehehe.. :D

      kak, saya nk nombor akak.. ni nombor saya; 0194361985

      keep in touch ok?!

      Assalamualaikum w.b.t.

      Semoga mendapat kejayaan yg cemerlang didunia dan akhirat, InsyaAllah...

      Delete
  5. it's ok danial...
    syukran jazilan..
    doakan akak k??? :')
    wa'alaiksalam warahmatullah...

    ReplyDelete
  6. Menangis saya baca cerpen anti,;)

    ReplyDelete
  7. assalamulaikum....saudari..saya norhafizah ingin..meminta izin tuk berkongsi coretan...tau cerpen ini....terima kasih

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum.....Izinkan saya ambil cerita ni utk lukis komik?

    ReplyDelete
  9. http://beritamurnivip99.blogspot.com/2017/11/terlihat-lebih-kurus-raisa-tak-secantik.html http://beritamurnivip99.blogspot.com/2017/11/ini-alasan-makhluk-astral-kerap-nongol.html http://beritamurnivip99.blogspot.com/2017/11/lee-min-ho-wamil-bagaimana-hubungannya.html http://beritamurnivip99.blogspot.com/2017/11/indahnya-pernikahan-kate-upton-dan.html http://beritamurnivip99.blogspot.com/2017/11/ternyata-9-nama-bayi-ini-tidak-boleh.html
    Tunggu Apa Lagi Guyss..
    Let's Join With Us At Dominovip.com ^^
    Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami :
    - BBM : D8809B07 / 2B8EC0D2
    - Skype : Vip_Domino
    - WHATSAPP : +62813-2938-6562
    - LINE : DOMINO1945.COM
    - No Hp : +855-8173-4523

    ReplyDelete
  10. http://pelangipoker188.blogspot.com/2017/11/cerita-dewasa-selingkuh-dengan-wanita.html
    http://pokerpelangi1131.blogspot.com/2017/11/proses-super-cepat.html
    http://hokipelangi.blogspot.com/2017/11/rajanya-kartu-hoky-hanya-disini.html

    ReplyDelete
  11. salam, saya nk minta izin utk bt koleksi bahan sastera saya. terima kasih :)

    ReplyDelete
  12. Kak , saya minta izin utk ambik idea jalan ceritanya ya

    ReplyDelete